Pages

Sunday, 31 January 2010

Kena post ini kena post ini. Secepat mungkin!

Sebab dah nak habis bulan Januari.



Hadith :
Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya:” Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya:” Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci, begitu pula derma yang didapat dari korupsi (pecah amanah).”
(Muslim)

Huraian
Islam menilai yang terbaik hanyalah yang suci sebagaimana solat hanya akan diterima apabila sesorang itu telah bersuci. Allah SWT tidak menilai sesuatu kebaikan itu hanya daripada luaran semata-mata tetapi dinilai dari dalaman juga yang datangnya daripada hati. Sesungguhnya apa jua kebajikan yang dilakukan walaupun dengan niat kerana Allah perlu diambil kira dari mana punca ia diperolehi sama ada halal atau pun haram. Samalah keadaannya dengan sepohon pokok yang tumbuh subur tetapi sebenarnya ia beracun yang jika dimakan akan membawa maut.


Plasma Cholinesterase

Tajuk yang sungguh ilmiah haha. Ok kembali kepada plasma cholinesterase:
  • similar to cholinesterase in nervous system, degrades acetylcholine (neurotransmitter and hormone)
  • elevated in hepatitis and cirrhosis
  • degrades succinylcholine, a muscle relaxant given during general anesthesia in surgery.
  • some people are deficient in plasma cholinesterase, so the normal dose of of succinylcholine would kill them.
  • therefore, a determination of plasma cholinesterase is made prior to major surgery.

Tak faham??? Tak apa tahu general anesthesia sudah lah haha. Dulu-dulu masa muda doktor aku (cheh mengaku) itu tak tanya pula aku ada defficient benda alah ni ke tak. Dia cuma tanya ada allergic ubat apa-apa ke tak. Aku jawab tak ada. Setakat panadol tu tak ada hal. Tapi kan mana doktor-doktor tu nak tahu kita alah ke tak dengan ubat bius ni?



Diorang tak bagi aku makan nasi dari pagi. Minum air milo dengan biskut je. Dah lah bosan baring atas katil tak buat apa tidur sampai puas. Kadang-kadang nurse baik dan cantik datang tengok adik manis ok ke hidup lagi ke haha. Pukul 2 petang kena tolak masuk bilik ada gunting, ada pisau pastu ada doktor pakai topeng. Masa tu dah dup dap dup dap Zue mengucap banyak-banyak kalau meninggal kang tak sempat nak mengucap. You can't imagine how bad it was unless we were in the same boat, at the same time with the same case. Haha cuak cuak. Suspense tak?



Anda bertuah kalau "ter-baca" entry ini sebab tak ramai yang tahu benda ini. In fact TAK ADA seorang pun kawan-kawan aku yang tahu unless my family and Mr. Bake. Ya memang tak ada orang tahu. Ini baru bagitahu, now you know. Ok mari kita teruskan debaran ini. Nurse akan ambik kau (tukar aku jadi kau) dari katil bilik kau letak atas stretcher dan angkat kau lagi letak atas katil dalam bilik lain. No, dia tak akan biarkan kau jalan sendiri. Macam mana nak jalan sendiri dah sakit. Lalu dia pasang lampu bulat terang kat atas kepala kau (lampu tu ada banyak) sampai kau rasa silau. Tapi silau sikit je masih boleh buka mata lagi.



Terus dia pegang tangan kanan kau, dia pegang picagari, dia raba-raba sikit dan cucuk ubat bius kat dalam saluran darah kau. Ya ubat bius kawan-kawan. Kat belakang tapak tangan. Tak rasa sakit pun sebab cucuk sikit je. Jangan risau. Lepastu dia akan biarkan kau pejam celik pejam celik atas katil sambil jantung kau mengepam darah cepat-cepat dan pam ubat bius tu sekali ke semua anggota badan kau, terutama otak kau sambil nurse dan doktor tu borak-borak.



Then, doktor pun buat kerja dia bla bla yada yada. Nurse yang baik hati dan cantik akan pegang tangan kau sebab dia risau kau takut. Nurse yang lagi seorang akan tolong doktor tu apa-apa yang patut. Kau akan sedar, tapi macam mamai, kepala rasa berat tapi tak sakit, mata berpinar-pinar tapi tak pening. Local anesthetic, bukan general. Kau akan rasa dia sentuh-sentuh kulit kau, jahit-jahit sikit ke, gerak-gerakkan sikit ke, kau akan dengar bunyi doktor tu gunting-gunting, ada banyak darah-darah. Semua lah. Tapi jangan risau tak sakit pun kau cool je boleh senyum. Ok tipu lah kalau kau boleh senyum dalam keadaan macam ini.



Selesai sudah. Nurse-nurse akan angkat kau letak atas strecther dan tolak pergi bilik kau balik. Dan dia angkat kau letak atas katil kau balik. Nasib baik ringan je kalau berat agak-agak berapa orang nurse kena angkat ek? Masa tu kau memang mamai-mamai lagi. Tapi sedar. Lepastu kau akan rasa mengantuk sangat dan kau akan tidur berjam-jam. Bila kau sedar kau akan rasa ok balik. Nurse akan datang tanya adik lapar tak? Dan kau akan angguk cepat-cepat sebab rasa lapar betul. Haha dasar makan banyak.



Cerita Zue tamat.






p/s: memang sebijik macam dalam cerita-cerita yang pernah kau tengok itu lah. Sama sahaja keadaan dia. Cuba kau pergi rasa sendiri dulu baru ada feel. Then bila kau tengok cerita, you can feel how bad it is haha.

p/s/s: tapi kopak jugak lah. Dua tiga ribu baby! Ini swasta, bukan goverment. Aku tak suka pergi goverment punya, macam biasa. Klinik pun tak nak pergi goverment inikan pula hospital besar. Ok aku memang demand. But they will treat you well. Service memang 1st class ah aku memang puas hati tak rugi bayar dua tiga ribu. WOW!
Thursday, 28 January 2010

Honeymoon

Honey-week sahaja sebenarnya. Selepas pergi KL bershopping sakan tak ingat dunia jadi pulang dengan gembira. Rancangan asal hendak membeli baju sehelai dua tetapi terbeli banyak pula, sekali dengan kasut semua haha memang sakan. Setelah menyiapkan semua lab report dan assignment yang perlu dihantar selepas cuti jadi mood malas mula datang. Rasa malas baca buku adalah rasa yang paling teruk.



Walaupun ada exam selepas cuti tapi tetap malas baca buku juga. Konon-kononnya balik lambat untuk baca buku tapi haram baca sikit je. Baca nanti balik kuantan lah ye? Yang lagi teruk adalah bukan sahaja malas baca buku, malas nak online juga. Ini berita gembira buat puan emak sebab tak payah susah-susah bayar bil. Buka kejap je lepastu tutup.



Tapi memang thrill duduk sorang-sorang kat bilik haritu. Bilik sebelah kosong, lagi sebelah kosong juga. Bilik lagi satu baru ada orang. Kawan ajak makan sama, ajak tidur bilik dia pun tak mahu. Sampai dia kata berani betul duduk sorang-sorang. Seronok. Selalu mulut bising-bising je ini cakap je lah sorang-sorang. Tak pun borak-borak dengan bebear. Tak pun nyanyi. Sumbang pun bukan ada orang dengar (macam kau nyanyi sedap).



At least kena tahu lah ada orang around kalau tak nahas juga susah nak minta tolong kalau ada apa-apa hal. Jumpa orang pun masa pergi beli lunch je. Tak pun kadang-kadang kawan aku datang check aku hidup lagi ke tidak. Maklumlah baru sihat. Risau betul dia orang dah cakap sihat dah pun datang juga ketuk pintu. Bagus-bagus.



Yang lagi thrill adalah bila malam-malam duduk sorang-sorang, cakap sorang-sorang dan tengok cerita bunuh orang. Memang sial. Siapa yang imiginasi tinggi dan tak kuat iman macam aku tolong jangan buat macam ni. Sebab nanti orang lain duk sibuk takut hantu kamu sibuk duk takut orang datang bunuh. Itulah yang terjadi pada malam last itu. Kalau takut hantu tak heran tau boleh baca Quran tak pun buka je surah-surah kat winamp. Senang cerita. Tapi kalau takut orang memang parah.



Memang rasa takut betul. Takut sampai pergi toilet pun kunci pintu sebab takut orang pakai jubah hitam bawa pisau/parang/kapak datang masuk bilik masa pergi toilet. Tak masuk akal. Sebab aku jenis yang memang menghayati cerita, jadi aku akan rasa benda ini betul. Lagi contoh, semalam aku tengok Case 39. Aku sampai mimpi hantu budak tu. See? Dah taste cerita thriller bantai je lah tengok.



Dah malas nak taip lagi. Haritu aku pergi makan pizza, lepastu kalau biasa aku pergi dia bagi bill terus lepas makan bayar sendiri kat kaunter. Ini aku mintak dulu baru bagi. Lepastu dia bagi bill yang macam makan kat hotel 5 bintang yang harga ratus-ratus yang kalau tak bapa sendiri, sugar daddy je layak bayarkan untuk budak-budak macam aku.



Yang jenis dia letak bill kat dalam benda kecik dan keras macam buku menu, dan kita kena letak duit sebelah bill tu, lepastu nanti dia datang bagi baki. Aku seorang je masa tu, makan pizza, dua tiga ringgit je pun haha tak berbaloi layan macam anak raja. Dah la aku sorang je asyik panggil bidak-budak tu nak itu lah nak ini lah.





p/s: yang best nya budak-budak pizza tu panggil aku akak. Weeeee~
Saturday, 23 January 2010

Fear by the blues, love by the reds

Semalam aku beli surat khabar. Selak dari belakang muka surat 67. Ada carta apa entah yang ada gambar singa biru pakai crown dan pegang bola kat kaki dia (bola tu merah ok!), yang pasti carta itu dari oversea bukan kat sini. Aku rasa carta tu masih sama hari ini. Tengok #1 Arsenal, #2 Chelsea, #3 Manchester United. Damn! Kalau tempat ke-satu itu Chelsea aku tak kisah sangat tau. Ini menda lain pulak. Aku dengan Chelsea je aku boleh compromise. Setakat gilir-gilir number satu number dua gua boleh tolak ansur bai, boleh gaduh-gaduh sayang. Itu pun sikit je lah.





p/s: harap mereka menang malam ni. Sapu bersih 3 mata tu. TOLONGLAH MENANG! TOLONGLAH!!! Hit the ball and score the goal!

Friday, 22 January 2010

My dream wouldn't be complete without you in it

The princess and the frog. Bagi aku ini cerita sedih, walaupun happy ending. Tak masuk akal pun, tapi menyentuh hati. Tentang kasih sayang, tentang friendship, tentang kehidupan. Nilai-nilai macam ini yang cuba mereka terapkan, cuba diketengahkan. Walaupun ada buaya, ada katak, ada ular, macam-macam haiwan lah tapi semua tolong-menolong.



Bila part yang kawan dia (ray) mati mak aiii sedihnya aku. Kawan dia suka ada satu bintang tu, bintang itu paling terang antara bintang-bintang lain. Dia ingat bintang tu dekat jadi dia selalu puja bintang tu. Dia kata bintang tu cantik sangat dan dia tak pernah nampak bintang secantik itu.



Angeline is nothing but a star
A big ball with hot air
that million miles from here
Open your eyes now,
before your get hurt.



Hargailah orang yang berada disekeliling anda. Walaupun dia katak. Katak yang penuh dengan kasih sayang, apa salahnya. Yang penting dia pandai bercakap, baik hati dan sayangkan kau. So sweet baby! Jangan lepas ni cari katak buat boyfriend sudah. Terus berubah taste haha. Walaupun dah cium princess tapi masih tak jadi orang balik, mereka give up. Kasihan. "We are staying in frog ray, and we are staying together" Kata Tania dan Naveen kepada Ray. Damn cute.



p/s: tengok katak pun boleh nangis bersungguh-sungguh. Cis!

I was here, still am




"Islam itu berdiri pada akal dan ilmu, bukan pada marah dan emosi"



"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"





Monday, 18 January 2010

Just another day without you, I can't sleep

Anda rasa anda bijak? Cuba ambil kira keadaan ini, pada hari ini anda ada exam petang, tetapi paginya anda guling-guling sebab abdominal pain sampai kawan anda pelik kenapa tidur atas lantai dan anda dapat MC sebab doktor tak bagi anda pergi exam sebab katanya anda tak sihat, anda tak makan ubat yang doktor kata akan membuatkan anda mengantuk (sebab itu dia bagi MC), sebab nak pergi exam.



Anda mengalami hujung minggu yang teruk sampai tak baca buku dan paling penting tak main game kegemaran di facebook (walau badai melanda biasanya anda memang akan main game itu walaupun sekejap). Dan anda juga tak sempat nak mejengah ke blog yang selalu anda pergi, blog sendiri je sempat buka. Anda juga sebenarnya tidak pasti sama ada anda betul-betul dah hafal ke tidak sebab blur je hari-hari.



Walaupun emak anda marah sebab anda berkeras nak pergi exam juga tapi akhirnya emak anda mengalah dengan kedegilan anda, bukan dia takut anda tidak boleh jawab dengan cemerlang, bukan, dia tak kisah pun kalau anda dapat markah sikit, dia cuma takut anda sakit (budak degil). Tetapi anda tetap pergi jawab exam dengan bersemangat. Dan anda balik dengan rasa nak muntah (sebab tak makan ubat) dan sakit kepala yang teruk. Dan anda tidur tak sedar apa walaupun belum makan lagi. Anda memang budak bijak. Haha.



Tiba-tiba masa sakit tadi terbuat pantun 4 kerat, khas untuk bakteria:



PANTUN UNTUK BAKTERIA

Bakteria bersuka ria
Cells menderita
System tergendala
Zue sengsara




p/s: Allah knows, we tried to find an easier way. Kalau malam-malam aku tak boleh tidur sebab abdominal pain nyanyi lagu I wanna - All American Rejects, regardless what the real meaning is, who cares! "Tonight I'm weak, it's just another day without you, I can't sleep". Sesuai betul.


Pergi klinik - gaya otai


minah sempit
(pakai helmet pun tak pandai haha)



Klinik paling dekat tutup. Yang menghairankan klinik itu tutup pada hari ahad minggu ini sahaja. Hari lain buka. Nak pergi klinik jauh sikit tapi tak jumpa pula. Walaupun telah diberi direction oleh abang senior tapi tetap tidak jumpa juga haih. Alih-alih balik terus sebab dah panas. Memang tak ada jodoh nak jumpa doktor.



Hujung minggu yang tak berapa bagus, dari segi kesihatan sahaja. Tapi hati senang. Gembira je bergelak ketawa. Walaupun esok ada exam hari ini baru nak baca (nasib baik sikit je), lusa ada quiz yang banyak kena baca (format mcq boleh tembak) tapi boleh senyum sempoi lagi. Ok kena pergi baca buku.



p/s: Thanks for the concerned. Anda semua sangat dihargai, jadi jom secret recipe! Yay!
Sunday, 17 January 2010

Buat pengubat duka





Pengubat duka konon! Haha tapi lawa baju dia tidak salah lagi, kat kolar ada tulis F & T sila perhatikan betul-betul. Comel! Stylo baby! Rambut dah panjang kurang sikit hensem. Dulu rambut pendek hensem sikit (ok tipu hensem banyak). Walaupun aku tak suka lagu ini tapi aku rasa persembahan bagus juga walaupun suara tak lontar habis. Aku rasa tak matching benCInta. Benci tapi cinta. Aku rasa tak masuk akal. Bagi aku kalau benci, benci ah. Kalau cinta, cinta ah. Mana boleh gabung bersama.

Study Case - Part II (follow up)

Hari ini sepatutnya patient ada trip ke rumah anak yatim, tapi terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan. Sungguh kecewa. Masih tidak sihat sepenuhnya seperti yang dijangkakan. Baru sedar yang cirit birit pun tak boleh buat main-main. Ingatkan boleh sembuh seperti biasa dalam masa 24jam tetapi hampa. Walaupun dah makan ubat dan minum re-hydration salts tu tapi perut masih sakit. Tak lalu makan. Aku makan burger je semalam tak makan benda lain. Tak ada selera. Lagi tak boleh tidur, paling lama tidur 1jam je. Malam tadi dengan malam semalam dari pukul 12 lebih sampai 1 lebih. Lepastu tidur kejap-kejap je. Tengah hari pun tak boleh tidur. Pening. Jadi rasa kena pergi klinik.



Sebenarnya semalam sebab pagi dah ok jadi tak mahu pergi klinik, kirim ubat dekat kawan yang pergi farmasi je. Itu pun sebab emak paksa suruh beli ubat dan garam dekat farmasi, dah pergi sendiri klinik malas. Berkali-kali pesan makan garam letak 1 packet dan letak air setengah gelas je dan minum sampai habis, macam aku tak pandai baca arahan haha. Sebenarnya message adik je suruh tanya emak nak kena beli ubat apa terus emak call. Risau betul padahal sikit je. Lagi tak tahan siap suruh inform semua benda. Pergi toilet berapa kali, muntah lagi ke tak haih. Pagi-pagi lagi puan mami call untuk memastikan aku betul-betul pergi klinik hari ini, tidak membenarkan untuk mengelak lagi, seperti kebiasaan.



Kawan aku Dil dengan Sol yang pergi beli ubat tu kata pharmacist tu pesan suruh pergi klinik. Lagi tak boleh minum milo, no more milk, tak boleh makan benda bergoreng, kalau makan roti kena makan yang putih je yang tepi tak boleh makan (macam pantang jugak eh). Diorang kata nasib baik dah beli kfc dulu kalau tidak nak beli bubur McD je. Nasib baik. Kalau tak kempunan aku nak makan burger. Semua orang pesan macam-macam. Itu lah ini lah. Bagus-bagus. Nampaknya semua sayangkan pesakit haha. Ok perasan.



Kawan aku salah eja nama huu~



Beli 5 dah minum satu





p/s: kalau ada diarrhea tolong jangan minum nescafe. Ia akan membuatkan anda marathon ke tandas 2 kali dalam masa 8 minit!

p/s/s: pesakit nak sambung tidur. Itu pun kalau boleh tidur dengan lena haih. Ok kita cuba sedaya upaya!
Saturday, 16 January 2010

Study case

Vomiting. Diarrhoea. Abdominal pain. Pening. Sejuk. Macam nak demam. Tapi tak boleh tidur. Suffering. For hours. Pengalaman pertama pesakit kena diarrhoea. Sebelum ini tidak pernah. Pesakit berusia 22 tahun dan comel dan manja. Mula-mula sakit boleh gelak-gelak lagi, lama-lama bila dah muntah tak boleh nak cakap dah. Duduk diam-diam dalam selimut sebab sejuk. Pesan dekat kawan-kawan, dekat kawan baik dia kalau dia meninggal nanti selalu-selalu ziarah kubur dia, jangan lupa baca Yaasin. Walaupun kawan baik dia kata I pernah kena lagi teruk dari ini dulu tapi hidup je lagi, dah jangan cakap pasal mati lagi semua orang akan mati kata beliau (beliau allergic sikit pasal mati ni). Told ya, we have to get ready for any possible consequences.



Ok rasa salah susun, perut sakit kot!



Abdominal pain, dirrhoea, vomiting.



Patient history: Pagi ada lab microbiology bersama E.coli, salmonella, shigella, B. subtillis, dan beberapa hot bacterias lain. (bakteria mengamuk lalu menyerang pesakit semasa dirumah?)

Minum susu (contaminated milk?) - sayang kot susu 1L baru minum sikit lepastu buang.

Lunch kat cafe (tak mungkin sebab orang lain tak kena).






p/s: patient mula rasa nak allergic dengan bacteria.
Thursday, 14 January 2010

Yakinkan aku Tuhan

Isu berkenaan penggunaan nama Allah. Semua tahu kan isu ini jadi tak payah nak hurai lagi. Bagi aku ini satu isu yang sangat berat. Susah untuk orang yang imannya senipis kulit bawang macam aku ni nak huraikan. Fikir je pun dah pening. Setakat nak hurai tanpa ilmu, tanpa iman, tanpa akal, berpandukan nafsu semata-mata semua orang boleh buat.



Tapi ini bukan isu main-main, isu akidah. Tak kan kau nak pesongkan diri sendiri dah pesongkan orang lain juga. Jadi aku ambik kesimpulan, aku huraikan dalam diri aku sendiri. Setakat ini aku masih tak setuju dengan penggunaan itu. Dan sekarang aku sedang tertanya-tanya adakah apa yang aku rasa ini betul? Atau aku sepatutnya bersetuju sahaja dengan mereka? Atau aku dah termasuk dalam golongan yang salah? Aku risau. Aku takut.



Kalau ada sumber yang bagus tolong bagitahu aku. Yang menerangkan secara terperinci, dengan hujah. Bukan main hentam je tanpa ilmu. Aku ada beberapa link tapi tak habis baca semua lagi, kena baca dan faham betul-betul. Hati jadi resah. Tak tenang. Betul ke aku dengar kalau kita tak tenang maksudnya Allah nak bagi hidayah kat kita? Betul eh? Atau lagi sekali aku dah salah. Haih nampak sangat banyak kekurangannya.



Satu
Dua
Tiga








p/s: perasan tak tarikh 14 jan tapi entry dah ada 16? Alamak terlebih sudah.

If today was your last day

Semenjak dua menjak ni aku selalu dapat message pelik-pelik. Number entah siapa-siapa aku tak tahu lah. Kadang-kadang sehari sampai dua kali. Ingat kan boyfriend mana lah kan message cepat-cepat buka nak reply, sekali message menyampah pula. Aku tak faham lah macam mana mereka boleh dapat number kita eh? Mesin? Tak kan main tembak je kot.



" Nak tengok video panas saya malam tadi? Balas YES untuk subscribe."



Macam tu lah contoh aku dah lupa dah macam mana ayat betul dia. Ingat dia seorang je ke panas. Gua pun panas jugak bai. Saje je tak nak tunjuk kepanasan tu kat orang. Bajet sampai 100 degree lah panas dia macam takat didih air tu. Cuba test tengok sampai tak? Kalau sampai memang respek habis lah.



"Nak tengok video panas kawan saya malam tadi? Balas YES untuk subscribe."



Kawan dia pulak. Dia tak nak panas sorang-sorang dia panas bersama kawan-kawan dia. Ajak kawan-kawan lepak kat rumah. Rumah dia panas sangat agaknya sampai dia message ajak orang panas berduet. Aircond not around? Ke bil tak bayar?



"Warning! Hanya untuk 18 tahun keatas sahaja."



Pulak dah. Umur 18 tahun keatas je panas. Kalau umur 18 tahun kebawah nescaya tidak panas. Sejuk je. Bagus betul rumah dia.



p/s : aku tak suka orang bising dalam kelas. Walaupun tak ada yang menarik kat kelas parenting tu, tapi tolong lah jangan bising! Kalau cakap sikit-sikit tak ada hal ini dari mula kelas sampai habis. Dah lah tak ada mic, bro cakap tak dengar sangat kena focus lebih sikit baru dengar. Lepastu sibuk tanya-tanya, orang cakap kat depan dia cakap kat belakang. Doesn't make sense.
Tuesday, 12 January 2010

Paper bags and plastic hearts

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Jika derita merindumu
adalah bahagia
Aku pilih derita



All of the wasted time
Hours that were left behind me
Answers that we'll never find
They don't mean a thing tonight
They don't know us anyway



Esok seperti semalam yang tidak berubah. Bohong. Esok tidak akan pernah jadi semalam. Esok midterm P&E. Wohooo! Berdasarkan peta minda aku ada lebih kurang 37 parasites dibawah protozoology. Kena hafal morphology, life cycle, transmission and pathogenesis, laboratory diagnosis, treatment and prevention. Each of 'em. Ok sungguh menperbesarkan cerita. Ada je yang sama sebenarnya, bukan semua lain-lain haha. Tapi masak juga lah aku kena hafal.



Nama pun pelik-pelik. Babesia microti. Baby asia suka makan macaroni dan roti (boleh pakai ke ni). Dulu masa mula-mula belajar ini aku ambik masa seminggu untuk bezakan antara Entamoeba histolytica dan Acanthamoeba sp. Mula-mula tak biasa dah lama-lama ok sikit. Belajar parasite segala bagai ni takut betul, banyak mengajar supaya berhati-hati dan harus mengamalkan personal hygiene. Sambil buang air besar pun boleh duk fikir apa yang mungkin berada dalam hasil-buangan-tersebut.



Dulu masa ambik anatomy dengan physio duk fikir pasal proses-proses yang mungkin terlibat. Sekarang duk fikir pasal parasite(s) yang mungkin terlibat. Ye lah nak fikir apa lagi masa buang air besar? Tak kan nak fikir pasal balik rumah mestilah tak sesuai. Jadi fikir lah pasal apa-yang-sedang-anda-buat haha. Bajet macam saintis lah kan fikir idea dalam toilet. Can I use your loo, please? Tak ada kaitan.



Aku suka panggil proses-proses itu sebagai "proses yang sempurna". Aku paling suka topik ini dulu, digestive system. Complete semua dari masa bila kau makan sesuatu makanan sampai kau buang balik benda tu. Tapi ini topik paling banyak kena baca dan hafal, enzymes, cells, proses-proses yang terlibat, kat mana semua ada. Ini topic yang paling ramai orang tak suka. I guess, sebab masa nak exam sem-sem lepas ramai cakap tak suka topik ini aku diam je sebab suka haha.



p/s: agaknya nanti bila belajar helminthology* takut pulak aku nak buang air haih.

p/s/s: terima kasih roommate untuk balm, Mentholated Rub yang berbau sedap itu. Anda suruh letak di kaki tapi saya letak di bahu dan leher. Rasa selesa sikit, kurang lenguh. Tahniah! memang berkesan. CNI baby!



*Helminths=worms



Aku suka lagu ini





Video clip bagus, meaningful, lepas habis lagu akan tanya diri sendiri kalau aku mati kejap lagi macam mana? Suara sedap, lembut mendayu-dayu haih meremang bulu roma aku, genre kena dengan jiwa, aku suka cara macam ni, sesuai. Ada banyak cara untuk sedarkan diri sendiri. Just go up there and click untuk play. Kalau guna IDM memang terus boleh download.




Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat



Sunday, 10 January 2010

JB





Finally! Dapat juga post video kelakar ini tanpa copy and paste. Sebagai alternative aku drag code tu siapa suruh sial tak boleh nak right click. Tempat lain elok je boleh copy paste pelik betul. Comel je JB dengan Usher tu haha.



p/s: mengapakah kfc sudah tidak mengeluarkan zinger maxx? Nampaknya mereka mengamalkan konsep habis madu sepah dibuang. Bagus! Zinger tower pun habis. Bagus!
Saturday, 9 January 2010

Truth hurts, reality bites

Kadang-kadang hati tidak sekuat mana,
kadang-kadang jemari letih mengesat sedih,
tepis selagi boleh!



Tak sabar nak makan Zinger Maxx malam ini! Woha! (lagi, lagi dan lagi) Makan Zinger adalah benda yang sungguh mengembirakan. Tanpa sebab sebenarnya. Kawan aku kata aku gila burger. Haha. Tak kisah lah apa-apa pun janji sedap. Lagi kawan aku tanya tak bosan ke hari-hari makan burger. Semalam makan zinger tower, hari ini zinger maxx, esok pun kawan aku nak keluar aku dah pesan zinger maxx.



Aku mengambil masa SATU TAHUN untuk bosan dengan sesuatu benda. Memang lama. Walau lautan dalam sanggup aku renangi. Cheh bermadah pujangga, nak makan burger je pun terus semangat berkobar-kobar. Gembira betul. Tak faham kenapa kalau makan Zinger boleh buat hati jadi gembira. Sebab rasa frust dengan Zinger tower semalam yang mula-mula ingat macam lagi sedap tapi sangat hampa, jadi kembali kepada zinger maxx. Apa-apa lah.





Membaca dari sudut pandangan papa bebear.



p/s: baby please call him papa bebear sebab dia dah ada ramai junior sekarang! Oh my bebear sungguh sweet dan pandai jaga anak-anak nanti lah nak post gambar papa bebear dengan the babies semua.

p/s/s: teringin nak pergi tengok game tapi takut over-acting pula. Kang terjerit-jerit macam apa je maklumlah sekali sekala dapat tengok match haha.
Friday, 8 January 2010

You're so special baby

Semalam pergi bank. Pergi dah pukul 1 tak ramai sangat orang. Semua orang pandang aku bila aku masuk. Pelik agaknya sebab mula-mula aku pergi sorang. Lepastu mintak borang dengan akak kaunter. Dia tanya aku umur berapa agaknya cuak kot. Aku pun confuse dah nak jawab umur berapa. Nasib baik dia tak suruh balik lain kali datang dengan ayah haha.



Then lepas isi borang yang berlambak segala bagai dia suruh aku duduk dulu. Urusan setiap orang sangat lambat. Satu meja memang lebih kurang 30 minit. Aku tunggu je sorang-sorang tengok ragam orang sibuk-sibuk buat kerja. Pastu abang yang kat kaunter pertanyaan datang belakang dia tengok aku ada lagi.



Dia tanya aku belum siap lagi ke sebab dah dekat 1 jam lebih aku tunggu. Pastu dia pergi tanya akak-akak lawa yang jaga meja tu bila turn aku, pastu akak tu kata tunggu kejap lagi. Abang tu pergi panggil kawan dia kat dalam office suruh datang luar check borang aku lengkap ke tak. Abang office tu hensem pulak.



Pandai betul sorok yang hensem letak dalam office yang tak hensem je letak kat luar. Yang bagusnya dia check borang aku SORANG je tau! You're so special baby. Tanya macam-macam padahal check borang je pun. Orang lain berlambak lagi tunggu dekat-dekat aku semua pun pegang borang tebal-tebal jugak dia tak check pun. Dia mintak borang aku je lepastu dia suruh isi ada lagi sikit aku tak isi pastu ada kena sign lagi. Ye lah mana aku tahu kod negara lah apa lah (negara pakai kod jugak rupanya). Haha see kan beruntung jadi kecik. Semua orang ambik berat sebab kesian.



Masa tu ada aku dengan budak lelaki umur dalam 24-25 macam tu dekat meja akak tu. Akak lawa sikit je tu tanya aku dengan dia siapa yang nak dulu. Budak tu blur je aku geram betul. TAK GENTLEMAN you know. Dah lah tak hensem. Kalau gentleman dia akan kata "erm awak lah pergi dulu" macam tu. Tak pun cakap "ladies first" kot-kot kalau tak pandai melayu. Bagi laluan walaupun tak ikhlas untuk menunjukkan betapa caringnya kita kat girls. Baru true gentleman.



Ini buat blur plak. Aku pulak yang cakap "kau lah pergi dulu". Terbalik pula. Aku tak ikhlas sebenarnya bagi dia dulu pun. Tak suka lah lelaki macam tu. Tak boleh nak buat keputusan dalam masa yang cepat. Aku pun tak biasa jugak tapi cuba lah untuk sesuaikan dengan keadaan. Budak tu kalau bawak pergi gathering ke party ke sah-sah tak tahu nak buat apa. Mindset macam haram.



Sampai turn aku, tapi aku dapat akak yang lawa, akak tu pelik sebab borang aku dah lengkap semua. Tak payah dah nak suruh aku isi lagi, tandatangan lagi. Aku cakap lah abang tu yang tolong, dia senyum je. Akak tu dah lah lawa haih semua bagus-bagus lah. Dia senyum je mesra betul. Ramah tamah pulak tu. Berbudi bahasa semua ada lah. Dah lah pakai tudung. Bagus-bagus. Akak meja sebelah masam je dah lah buat kerja salah nasib baik aku tak pergi meja dia haha. Pukul 3 baru aku siap semua. 2 jam kot lama betul.



Selesai.



p/s: rasa lagu replay-iyaz macam gentleman betul. "Girl you really change my life, doing things I never do, I'm in the kitchen cooking things she likes". Wow comel!

p/s/s: video klip JB-One Time haha comel jugak. JB nyanyi senyum je, dah lah kantoi dengan Usher. Kelakar je meraka. Nak post tapi tak leh copy html rasanya laptop prob. Malas nak type kod-kod tu haha.

Hop sha la la la la la li li... Unu, doi, shi!

Ini entry yang ke-101 ye kawan-kawan!!! Kalau tak percaya scroll bawah tengok sebelah kanan kira sendiri (91 plus 8 plus 1 sama dengan 100). SERATUS entry bermakna SERATUS jenis merepek disini. Macam tak sangka dengan diri sendiri boleh merepek sampai seratus kali dalam masa SATU tahun lebih 8 hari tambah beberapa jam (-_-').



Pencapaian yang agak mengagumkan untuk budak-budak what. Dulu ingat tak pandai nak merepek dalam tulisan sebab kat luar dah banyak mulut. Rupa-rupanya sama jugak. Tulis pun merepek, cakap pun merepek haih. Ingatkan entry yang ke-100 nak buat gempak sikit tapi sebab semalam emo tak jadi pula.



  • Mari kita mulakan hari yang baik bulan yang baik ini dengan makanan (sambung terus sebab malas buat entry banyak-banyak haha).




This is it! ZINGER TOWER BURGER baby. Baru di KFC ye adik-adik. Aku rasa macam indah khabar dari rupa huu. Aku tak suka yang ni (berterus terang). Aku ingat ada banyak CHEESE! Tapi hampa. Padan muka siapa suruh tak google dulu baru beli nak surprise konon, haha kan dah kena.





Dia sebenarnya variasi dari Zinger Maxx. Cuma tambah zesty lime chili sauce kat atas salad, hash brown kat bawah zinger fillet. Some thought it was ok. Tapi aku rasa kombinasi hash brown dengan cheese dengan fillet tak kena dengan selera aku. Aku rasa tak sesuai.



Zesty lime chili sauce pun ok. Tapi kalau makan dengan salad lagi sedap aku rasa. Dia agak pedas daripada Zinger Maxx sebab ada sos tu, Zinger Maxx ada mayonaise je.



Dia agak besar dan gemuk. Habis comot aku makan sebab tak muat mulut kecik je. Kalau Zinger maxx tu pun besar ini LAGI besar. Sila cuba sendiri ye sebab selera masing-masing mungkin kamu akan rasa burger ini bagus. Ramai je kata sedap jadi cepat dapatkan di pasaran sementara stok masih ada.






p/s: aku rasa lain kali kfc kena buat CHEESY ZINGER pulak. Zinger Maxx, tapi tambah cheese dua tiga lapis lagi baru WOHA! (Ceh dasar, kompelin kerja orang je pandai haha) Aku prefer zinger maxx la.

p/s/s: pagi ini main-main message dengan emak. Sekali sekala guna message pun best kan. Call tu dah selalu tapi bila kadang-kadang message je pun seronok jugak. Emak memang, kalau dia bangun pukul 5, pukul 5 tu lah dia message orang haih.

Thursday, 7 January 2010

Don't think you can save my life

Aku kalau bangun pagi-pagi rasa nak marah adalah sangat menyampah. Tak awet muda baby! Rule pertama dan yang paling penting untuk jadi kawan Zue adalah JANGAN CALL DIA KALAU DIA DAH TIDUR. Sebab kids need enough sleep for their growth you know haha. Aku kalau tidur aku memang akan silentkan henset. Tak kira lah ada beratus-ratus henset pun memang akan disilent kesemuanya. Aku buat vibrate je. Itu pun aku dah sedar kalau alarm duk vibrate.



I'm freak. Aku mudah tergangu kalau aku tidur. Very sensitive. Light, noise, semua akan buat aku jadi annoying. Kalau aku tak cukup tidur lagi annoying. Mula lah rasa nak marah orang yang membuak-buak. Kalau pergi kelas telinga sumbat earphone tak cukup tidur lah tu, tak pun nak marah orang. Jalan keluar yang singkat. It's hard you know. It's not going to be easy. Dan lagi teruk sebab ramai susah nak faham ini. Aku dah cakap dekat budak-entah-dari-mana-datang-tak-tahu jangan call kalau agak-agak aku dah tidur. Tak faham jugak. Mr.Bake je yang 100% understand this. Very understanding, good.



Rule kedua ialah KALAU DIA TAK REPLY MESSAGE KAU MAKSUDNYA DIA LETIH DAN MALAS LAYAN KAU. Ini international rule and regulation tahu! Semua makhluk kat bumi yang tercinta dan aman damai ini (maka bersyukurlah kamu, semoga kita termasuk dalam golongan yang bersyukur) apply this rule. Kalau orang tak reply messages kau maksudnya dia malas, sendiri mau ingat lah. Tak faham jugak. Kalau seminggu sekali bertanya kabar I tak kisah sangat tau nyah. Ini sehari sampai dua tiga kali buat apa. Tak kan kejap je tiba-tiba boleh demam serta merta. Tak ke peliknya. Adoyai what to do people???



Rule ketiga JANGAN KACAU AWEK ORANG. Ini pun kira international jugak. Dah cakap ada boyfriend(s). Dah bagitahu boy-boy tu semua tengah beratur nak jadi my boy (cheh sungguh pandai menipu haha) tak reti bahasa jugak. Ke kena cakap cina baru faham ni. Aku malas nak report. Not my type la mengadu-mengadu. Tak kan lah sampai kena cakap don't think you can love me better so I want you to move on. Tunggulah sampai I give up. That's for me to know and not for you to find out.



p/s: what kind of people is this? Species lain eh? Filum lain gak? Kingdom pun lain kot. Err bukan setakat strains, aku rasa ini dah tahap genus pun dah lari ni haha kutuk orang #1. Ini yang rasa nak nyanyi lagu What Do You Want From Me haha sangat sesuai LOLZZZZ.

p/s/s: tengah hari ni nak pergi my bank. Well bila lagi nak perasan bank sendiri haha.

p/s/s/s: rasa macam cara aku tulis lain sikit hari ini. Maaf emo sikit. Sikit je. Mana pernah aku nak emo banyak huu tipu~~






End of this conversation, end of emotion.

Jangan kacau balak orang nanti girlfriend dia lempang

How true is that truth? (benda alah apa ni) Yang pertama ialah jangan kacau balak orang. Yang kedua girlfriend dia dan yang ketiga kena lempang. The rest is history. Tahniah kepada Cik Puan Ayu yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Masih teringat saat kita berebut boyfriend dulu haha scandal besar ni, that was sengal ok.



Ceritanya begini, dia kenal Mr.Bake lebih dulu dari aku (konon lah kan padahal rumah aku dan mr.bake dekat-dekat je rumah Ayu jauh sekolah kita pun lain), then emak dia kata masa sekolah tak boleh ada boyfriend secara serius jadi dia dengar cakap emak dia. Lepastu bila habis sekolah habis kolej dalam dua tahun jugak lah dia mula rapat balik dengan Mr.Bake. Pada masa tu, Mr.Bake dah ada orang lain yang rapat dengan beliau (tak tahu lah siapa tu sungguh gatal kan beliau).



Dia rapat balik dengan Mr.Bake. Mr.bake dah serba salah sebab ye lah nanti marah pulak kawan baik dia kan dah lah garang budak tu, dia duk contact dengan orang lain. Lepas tu dia bagitau kawan dia sungguh tulus ikhlas dan tak pandai menipu. Apa lah salahnya message dengan awek lain. Boys memang macam tu. Suka cari spare haih. Biar je diorang rapat dengan orang lain, baru dia sedar betapa baik nya kita daripada orang lain kan?



Then I called her. Sebab Mr.Bake kata tak ada apa-apa dengan Ayu tapi aku tak percaya. Kan dah bagitahu aku susah nak percayakan orang. Aku call Ayu tanya dia ada ehem ehem ke dengan Mr.Bake sebab kalau ada pape aku nak blah aku cakap. Aku tak nak kacau orang punya. Terus terang aku cakap. No hard feelings, no heart feelings.



Sebab prinsip aku cukup mudah, no berebet-berebut lelaki. Sungguh budak-budak. Memalukan. No sharing-sharing segala. Then dia kata tak ada apa-apa dia kawan je. Dia kata Mr.Bake pun ada cerita pasal aku (aiyak kantoi). Fine. Mission accomplish. Macam tu lah cara dia. Tanya terus terang. Jangan nak salahkan perempuan tu seratus peratus. Dengar dulu kedua-dua belah pihak baru buat keputusan. Adil bukan?



Then kita bertiga jadi kawan baik. Ayu sungguh baik. Dia jenis perempuan yang melayu terakhir cam gitu lah. Sopan je. Suara pun sedap. Aku jadi tak kisah kalau dia nak Mr.Bake, aku bagi je. Sebab yeah you know sekurang-kurangnya kau tahu orang kau suka dijaga dengan baik. Betul. dia memang baik sangat. Kalau kau dengar dia cakap perlahan je, sopan je. Jauh sangat nak dibandingakan dengan aku haha.



Then she met someone else. Kesian dia Mr.Bake tak mahu dia. Mr.Bake sungguh tak pandai ambik hati tau! Aku dah cakap kesian Ayu sekali sekala message lah dia. Malas. Kalau Ayu message dia, dia forward message tu dekat aku dia kata takut aku marah. Haha aku tak kisah pun. Kawan kan? Apa salahnya.



She not meant for him then. She deserve someone else better. Lets fate fare her better. This is the way how we dealing with people. This is the way how we see people without stigma and being judgemental. Untuk jadi selfish and narrow-minded, huh, ini bukan masanya.




"Allah protect those spreding love through His Glory.
Where are those who love one another through My Glory?
Today I shall give them shade in My shade,
it being a day where there is no shade but my shade.

It was related by al-bukhari (also Malik)







p/s: kalau kamu rasa cerita ini betul, maka betul lah dia. Kalau kamu rasa ini rekaan semata-mata, maka itulah dia.


Wednesday, 6 January 2010

Remaja dan cinta dan masalah

Kisah 1:

Saya mengenali M sejak setahun yang lalu. Pada awalnya hubungan kami bahagia, namun sejak kebelakangan ini M seperti mengelak dari bertemu dengan saya. Memang sejak kebelakangan ini wajah saya banyak ditumbuhi jerawat. Mungkin faktor itu yang menyebabkan M menjauhi saya.



Kisah 2:

Saya mempunyai kekasih yang saya kenali beberapa bulan, namun saya belum pasti bagaimana latar belakangnya. Sekarang hubungan cinta kami hampir mencecah sebulan. Tetapi saya masih meragui dirinya atas sebab-sebab tertentu.



Kisah 3:

Saya ada masalah dalam perhubungan. Saya dapati saya terlalu cepat bosan dengan pasangan. Paling lama hubungan saya bertahan selama 3 ke 4 bulan sahaja.



Ini cerita orang. Bukan cerita aku. Bukan ceritera cinta. Aku baca kat majalah (rajin pulak baca semua benda). Latest edition ini yang 2010 punya. Rasa macam menyampah je lepastu aku post ke-menyampah-an tu sebab tak nak menyampah sorang-sorang.






Jom aku tolong jawab ikut versi aku sendiri. Mula dengan kisah 1 ye adik-adik. Kalau ikut logik akal akak yang tak seberapa berimiginasi (konon) ni lah kan, lelaki YANG BAIK tak akan tinggalkan kau sebab jerawat tahu! Dia malah akan kata "eh awak comelnya jerawat tu, jerawat rindu ek?" Kalau sebab jerawat pun tak nak bertegur sapa macam mana kalau kau sakit kemudian hari? Sakit yang sampai terlantar tak boleh gerak tak boleh buat apa-apa? Kau rasa dia akan tunggu kau kat hospital suapkan nasi untuk kau mandikan kau borak-borak dengan kau? Kau rasa dia akan angkat kau pergi ladies? Kau rasa dia akan jaga kau bila kau dah tua dan sakit-sakit? Aku rasa muda-muda lagi kau dah dapat madu tau.



Kisah 2 ni lagi parah. Macam mana dik kau boleh benarkan strangers yang kau kenal beberapa bulan masuk dalam hidup kau? Nak kenal hati budi orang bukan sehari dua. Berbulan tau, malah bertahun pun kadang-kadang macam ada jugak yang tak tahu. Kenal dulu siapa dia, keluarga dia, apa dia selalu buat. Kawan je lah dulu sebab kalau kawan rasa lebih telus, tak kekok. Nak buat apa pun tak kisah, nak makan comot-comot ke, nak makan banyak ke masa keluar jadi tak ada hal sebab kawan.



Jangan jadi hipokrik sudah. Biasanya ramai yang macam ni. Kenapa tak boleh jadi diri sendiri ye? Mula-mula kenal memang lah malu-malu kucing. Tapi dah kenal tak ada hal lah kan. Biarlah dia tahu kau kalau makan Zinger Tower (oh dayem) comot macam budak-budak, biarlah dia tahu kau kalau makan ais krim comot jugak. Sekurang-kurangnya dia tak terkejut (culture shock) bila dah kawin nanti kang pengsan pulak sebab terkejut sangat bini makan burger comot.



Kisah 3 pulak. Aiya amoi! Yang ini senang je jawapan dia. Kau cari lah orang yang cara dia pikir sama macam kau pikir. Rasanya kalau ikut situasi sekarang ni ramai ciri-ciri lelaki macam yang kau nak tu. Tak susah nak cari tu. Berlambak-lambak tepi jalan selonggok dua ringgit. Pilih je mana yang berkenan. Tak kan kau nak cari yang baik jugak kot? Ish tak sesuai pulak kan?



Tak payah lah sibuk-sibuk nak cari boyfriend. Kalau siapa-siapa yang tak ada lagi tu tak payah lah cari melainkan kau nak kawin dalam masa terdekat. Baru boleh plan. Ini entah bila-bila, entah kan jadi entah kan tidak tak payah lah. Ikhlas ni aku cakap. Tak ada pun tak apa. Apa yang kau kisah sangat kalau tak ada boyfriend?



Just my 5 cents.



p/s: nasib baik bukan aku jadi kauselor kalau tak dah lama aku tibai budak-budak ni.

p/s/s : Zinger tower oh dayem siapa nak keluar wiken ni cepat contact aku haha.
Tuesday, 5 January 2010

Thanks for loving me, cause you're doing it perfectly





Dressing perrggeheh!!! Cantik. I like that way. Suara power, ini live baby, terutama masa nak habis tu whoa. Rasa macam nak ulang-ulang tengok banyak kali haha. Tengok muka dia masa minit ke 2:9, 3:0 pandai buat muka sweet cam gitu! Senyum pun comel. Ish ish isk. Kalau tak dah lama boleh jadi boyfriend I. Tsk.



p/s: Neyo live, KL baby! Friday kalau tak silap. My faveret tu. Cheh kalau muka tak kacak sangat cakap fav je. Tapi kalau kacak terus mengaku boyfriend.
Saturday, 2 January 2010

55 Petua Orang Berjaya




Hmm buku ini. Sebenarnya dah lama nak baca sebab ada quiz haritu jadi ditangguhkan dulu. Semalam baru habis baca. Bahasa sempoi je senang nak faham. Banyak diambil contoh-contoh orang yang berjaya dan pengalaman mereka jadi banyak input yang dapat. Ada juga antara petua-petua itu dari orang-orang yang telah berjaya dan dari pakar-pakar motivasi. Contohnya petua Jack Zenger. Aku rasa Jack Zenger ni yang buat teori Zig Zag. Betul ke? Aku malas nak google. Aku baca masa sekolah menengah lagi jadi dah lupa siapa penulis buku tu.



Sila jangan pelik kenapa aku boleh habiskan banyak buku dalam masa satu hari. Sebab selagi tak habis selagi itu aku akan baca. Walaupun hidup hanya baca novel, makan, solat dan pergi tandas je semata-mata nak habiskan buku, aku rela haha. Rasa sangat ingin tahu ending dia macam mana, apa jadi kat semua orang. Lepastu kalau tak faham kena ulang baca bagi faham. Lagi kalau buku yang aku suka aku akan ulang baca lagi kalau ada masa.This is just typically Zue la. Ppssss ppssss dia memang suka baca buku merepek semua.





p/s: saje je letak banyak-banyak ayat dalam satu perenggan huhu.

Bila Tuhan Berbicara

Dah habis baca buku ini semalam sambil makan Zinger Maxx.





Buku ini haih. Sangat berat. Banyak isu masa kini yang diutarakan secara mendalam, secara terang-terangan. Bila kau baca kau akan sedar betapa dunia kini tak aman mana pun, tak berapa stabil. Isu tentang gunung berapi contohnya, diuraikan satu persatu sampai aku rasa kalau kira muka surat nak sampai setengah buku. Penulis memang buat kajian sangat terperinci pasal gunung berapi ni. Aku kagum! Sebab tak ramai penulis (biasanya) yang akan terangkan sesuatu benda sampai aku rasa puas hati. Sebab semua benda berkaitan gunung berapi ada ditulis termasuk sejarah semua.



Hadis dan Quranic verses pun banyak, setiap satu diselitkan dengan makna dan kesimpulan, disesuaikan mengikut keadaan masa dalam novel ni dan yeah tak salah kalau kita mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain. Walaupun ini hanya novel tapi isu-isu kat dalam novel ini buat kita banyak berfikir. Berfikir tentang alam dan hikmahnya. Berfikit tentang kenapa Allah jadikan sesuatu, semuanya bersebab. Lepastu juga ambil pengajaran dari tragedi Pompeii, tentang kisah Ashabul Kahfi.



Ini sebuah novel drama sebenarnya, sebuah novel tapi dengan format drama. Menarik sebab lain dari yang lain dan penuh imiginasi tapi masih tidak lari dari fakta, dari hakikat. Masih lagi BEST sampai rasa macam nak bagitahu semua orang "tolong lah baca novel ini!" Banyak pengetahuan yang aku dapat, yang kebanyakannya aku tak tahu langsung, dan mungkin kamu juga tak tahu.



Novel ini bercerita tentang hari kebangkitan, tentang keinsafan sesudah maksiat, tentang kehidupan yang sementara, tentang bagaimana menuju negeri yang abadi. Bercerita tentang Sahlan (seorang vulcanologist), Mazlan (doktor perubatan), dan Razlan (Ustaz muda) yang terperangkap bersama-sama di dalam bunker semasa menyelamatkan diri dari letusan gunung berapi. Ada sense of humor jugak jadi tak bosan. Ada isu berat, ada juga isu ringan yang mereka bincangkan.




Barangkali di sana ada jawapannya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
bersahabat dengan kita
cuba kita bertanya
pada rumput yang bergoyang..





p/s: Hujung minggu yang superb sebab ada banyak buku untuk dibaca jadi rasa sangat seronok. Kalau lah hari-hari kerja baca buku je tak yah belajar kan bagus.





Sekian.
Friday, 1 January 2010

I won't stop until that boy is mine

"Boy" dalam tajuk diatas merujuk kepada laptop bukan laki-laki. Seperti biasa laptop aku jadi restart balik jadi aku bengang. Buying a new laptop sounds good, berdasarkan situasi sekarang. Tapi budget sikit ah kena beli yang biasa-biasa je la dulu tak leh upgrade.



Jadi nerd lah aku lepas ni. No more games, no more facebooking, no more blogging, no more stalking. Duduk diam-diam baca buku. What a life! Haha sial mampu ke tak tak tahu lah.



Banyak benda yang aku kena lepaskan sebab duit simpanan nak guna buat beli laptop baru, banyak perancangan terpaksa ditangguhkan contohnya untuk kahwin pada 10-10-2010, sama tarikh dengan Dr. Sheikh Muszafar kawin, nampaknya kena tunda 5 tahun lagi. (haha calon pun tak ada, ada hati nak kawin).



Aku ingat nak keluar hari ini nak pergi Popular Bookstore cari 2 atau 3 novel. Tapi tak jadi kena simpan duit. Cuti tiga bulan ni ingat nak pergi vacation tapi kena cancel juga. Nak beli benda semua kena pikir balik. Ini aku malas jadi tua ni banyak benda kena pikir sendiri.



P/s: Aku tak buka komen sebab tak tau bila boleh balas komen anda huu~







p/s/s: Jangan rindu saya.

Message Tahun Baru 2010

" Selamat tahun baru 2010.
Azamilah dirimu sayang dengan menilai baik dan buruk.
Kami semua sayang kamu"


From: My mummy
Sent: 01-01-2010
04.55am



Emak memang suka hantar message sedih-sedih haha. Satu yang aku perasan masa tahun baru ni ramai orang update status dekat facebook wish happy new year semua. Tapi masa awal Muharam dulu berapa ramai je yang update kan? Perasan tak?



Mungkin sebab dah biasa dengan tahun Masihi. Ye lah dekat calendar guna tahun masihi, dekat diary (diary baru aku ada tahun Hijrah yay!), dekat jam, dekat laptop semua guna tahun masihi. Aku? Aku pun update gak kat facebook. Update message yang emak aku hantar kat atas tu.
 

Blog Template by YummyLolly.com