Pages

Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Friday, 3 September 2010

Will go offline for a temporary time.

Malam tadi dan hari ini sungguh gembira.

1. Sebab harini nak balik!
2. .....
3. Malam tadi seronok betul jalan-jalan, tak sangka boleh sampai seronok macam tu haha.
4. Walaupun harini ada exam, buat-buat tak ada exam.





p/s: Kadang-kadang kegembiraan orang lain boleh buat aku berkali-kali ganda gembira. Hidup ni pelik kan.



Selamat balik semua orang! Drive carefully, hati-hati naik bus, hati-hati jalan tu, dll.

Sunday, 20 June 2010

I knew you by heart

You are the best thing in my world, I am so proud to call you my boy. Don't walk into my life if you intend to leave me. How dare you! I hate you! Kata Zaim kepada kakak Julie. Aku jawab "If you have to ask, you are too young to know the answer". Apa-apa je lah. Leave home 2 weeks earlier is no fun at all.



My baby Zaim macam tahu-tahu I got to go soon. Harini dari pagi dia asyik nak duduk dengan aku je. Aku ngadap lappy dia duduk atas riba, aku main kucing dia main kucing, aku pergi luar dia nak ikut, ajak aku main lori main mainan bagai. Entah mana dia tahu aku nak pergi padahal bukan bagitahu dia pun. 6th sense? Hmm mungkin..


Sunday, 13 June 2010

Life is moving too fast, I have to slow down.

Live you life how it should be. I am leaving.

But what if I am leave and you were wrong?

I needed you to stay.



p/s: The man on mission should have played better than what they did last night. Nobody was working harder that the captain. Tak sampai hati nak tengok muka Capello yang masam sahaja. Tak berbaloi juga bersengkang mata tunggu dengan cara main yang sangat hampeh itu. Come and do it right. Please.


Monday, 7 June 2010

Bukan kucari

Bebaskan harimu dengan cintaku
Ekspresi dirimu dengan laguku
Satukan mimpimu dengan mimpiku
All we need in this world is some love



Belajarlah dari bunga, sentiasa tersenyum menyebarkan haruman, menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah dan menggembirakan setiap yang memandang. Baunya bukan hanya terlekat pada tangan orang yang memetiknya, malah terlekat lama hingga ke akhir hayat.



Don't swing that way, yeah yet. I shouldn't anyway. Proud of myself. Go girl its your day!
Monday, 3 May 2010

Problem loading page

Tapi bila aku nak buka facebook sahaja. Kalau buka emel atau blog elok-elok je. Lagi kalau buka game boleh pulak, nak buka home je server not found haha. Bagus kan? Tapi kadang-kadang boleh je. Haih macam-macam lah yang orang lain elok pulak.



We can discover the meaning in this life by three different ways:
  1. By doing a deed
  2. By experiencing a value
  3. By suffering
Sunday, 2 May 2010

Apophis' earth encounters in 2029

Apa benda Apophis nih? Ini bukan tajuk movie terbaru atau nama tajuk buku yang best. Apophis ni adalah salah satu near Earth asteroid. Nama adalah diambil sempena nama an Ancient Egyptian demon, in Greek known as Apophis. Asteroid ni dijangkan akan menghentam (aku rasa ayat ni paling sedap bunyi dia) bumi kita pada tahun 2029 dengan peratusan sebanyak 2.7% dan dijangka sebagai tidak berbahaya atau not dangerous (eh sama lah haha). Jarak dia dengan bumi adalah tersangat-sangat lah dekat bagi saintist.



Besar dia adalah lebih kurang 900 kaki. Berat dia adalah alamak lupa dah berapa tan tapi memang sangat berat. Biasanya kalau 900 kaki ni kira sedang-sedang je berat dia. Dan walaupun tak adalah besar sangat berbanding yang lain-lain tetapi ia boleh memusnahkan satu bandar Perancis kalau dia jatuh kat situ. Kesan dia pula adalah 20,000 kali lebih teruk dari kesan bom nuklear kat Hiroshima dulu. Woh woh aku dengar pun takut. Kandungan asteroid pula adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang hanya terdiri daripada batu kasar sahaja, ada yang mengandungi mineral dan ada yang logam berat dan lain-lain lagi lah.



Biasanya, ye kawan-kawan, kalau asteroid yang kecik-kecik tak sempat sampai bumi akan pecah lalu hancur dahulu. Kalau yang besar-besar macam Apophis baru sempat sampai. Tetapi, penemuan yang sangat menakjubkan dijumpai di Peru pada tahun 2007, asteroid tu hanya sebesar 3-6 kaki sahaja tetapi boleh menyebabkan kawah sebesar 500 m! Kalau Apophis yang sebesar 900 kaki? Haa pikir sendiri. Kalau asteroid kecik-kecik dah boleh sampai kat bumi kita tanpa pecah atau hancur kat atmosfera ni memang kita ada masalah besar.



Ok apakah langkah pencegahan yang diorang ambil? Tak kan lah tengoh sahaja bumi kena hentam? Para saintis telah memikirkan berbagai-bagai cara untuk menolak asteroid ini supaya orbitnya terpesong sikit pun dah kira ok lah. Mungkin dalam 100 m - 150 m lari dari orbit dia pun should be ok. Tapi agak susah satu sebab dia besar, dua sebab susah nak uji yang betul-betul punya sebab barang-barang yang nak buat semua kena hantar dengan roket. Susah lah kan.



Salah satu cara untuk pesongkan haluan dia adalah dengan tembak guna nuklear. Kena guna yang banyak punya. Tapi kalau guna nuklear akan mengakibatkan kesan kepada bumi juga. Satu cara lagi adalah dengan guna laser dan guna cahaya matahari untuk menghasilkan tindak balas kimia dekat sikit je bahagian asteroid tu lalu menghasilkan gas. Haa susah kan? Semua ni dah diuji kat makmal tetapi belum tentu berkesan ke tidak lagi sebab tak uji betul-betul kat benda yang sebenar. Dia ada nama untuk projek ni serta nama scientists sekali tapi aku malas tulis semua takut traffic tinggi haha.



Aku hairan betul lah diorang ni pandai sangat. Biasanya sangat lah susah nak jumpa asteroid yang dekat-dekat bumi ni itu pun secara kebetulan sahaja jumpa. Biasanya, kita susah nak menghentikan Natural Disaster. Contohnya macam ribut atau tsunami, mana ada cara nak stop. Banjir, kita boleh kurangkan kesan dia tapi still tak boleh nak stop. Nampak tak? Ok kenapa aku tulis benda ni semua? Aku cuma rasa diorang (scientists) super duper best! Kita (read: Zue) bersenang lenang kat sini, diorang bertungkus lumus nak selamatkan bumi. Aku malu dengan diorang. Bersungguh-sunguh nak selamatkan diri sendiri dan semua orang. Tapi aku elok je lepak-lepak. Diorang sakit kepala fikir benda-benda ni semua, tapi aku buat apa je?



p/s: aku tengok ni kat tv tadi, aku ada tengok-tengok kat NASA dengan Wiki juga tapi ada yang tak sama jadi aku buat rumusan sendiri. Sebenarnya tak banyak info yang aku tulis tadi haha, yang lain aku ingat-ingat je kalau salah tu tak tahu lah.
Harap maklum.
Wednesday, 28 April 2010

Cara-cara untuk mengisi masa lapang - Bhg 2

Bukan anak-anak aku jangan salah faham



Eh bukan maksudnya masa cuti pergi kawin lalu beranak ramai-ramai. Bukan. Maksud aku masa cuti kalau ada adik, tolong lah emak jaga adik-adik. Kalau tak ada jaga lah anak siapa-siapa pun. Ye lah sebagai persediaan haha.

Sunday, 25 April 2010

The day that I walked

I am so sorry baby, I was wrong (kamu pun sama). But I will never regret it haha. Yeah I did, tapi apa yang aku buat itu untuk kebaikan kita bersama. Setelah ditimbang segala keputusan, ditelek segala sebab, dinujum segala akibat, dinilai dari semua sudut cakah mahupun tegak tidak dilupa tirus, jadi itulah apa yang terbaik yang dapat I fikirkan dan laksanakan. Aku hanya cuba merendahkan frequency untuk mengurangkan sebarang consequences dimasa akan datang -Zulikha, 2010. Harap faham itu. Mula-mula aku ingat kau kisah, tapi sia-sia je usaha aku, kau tak kisah pun.



Venus nampaknya agak sibuk kebelakangan ini. Biarlah. Dia kan nak simpan duit. Jangan sibuk dengan benda lain sudah lah. Dulu balik kerja pukul 5pm, sekarang pukul 7pm. Itu pun dah bising-bising bila nak datang tengok dia kerja sebab selalu kalau aku balik je pergi menyibuk kat tempat kerja orang sekarang dah malas. Entah bila lah aku nak bosan duduk rumah. Suka betul. Jiran aku sampai bising kenapa aku tak keluar rumah terperap je tak bosan ke. Kalau keluar pun pergi bandar je lepastu balik.



p/s: rasa nak pergi holiday lah.

update: my baby Zaim woh woh is so clever! Tadi dia bangun tidur, lepastu dia main-main kejap. Then dia nyanyi down down down, lepastu tunjuk-tunjuk kat radio suruh pasang cd lagu tu. Sungguh jinius.
Friday, 23 April 2010

I can still hear what she said




p/s: Almeida da Cunha is now in love with Lt. Noah Ortega. To Lyka Ulay, he is mine. Amaran keras: jangan kacau dia lagi! To folks out there, jangan berebut dengan saya lagi, yang ni saya tak bagi.
Saturday, 17 April 2010

Life is too short to make enemies

Make as many friends as you can and be nice to everyone. Diorang kata "Zue rumah kau banyak hewan betul". Aku kata "memang".



Kembar siam yang my bro baru nak beli

Elsae



Mutiara

Bawak dia pergi jalan-jalan kat luar


Papa Miko

Jelita



p/s: Keistimewaan Mutiara adalah dia tak ada ekor. Cuba tengok betul-betul. Kita pun tak perasan masa beli tu. Bila bawak balik rumah baru perasan dia tak ada ekor. Arnab sepatutnya ada ekor tapi Mutiara tak. She is unique!
Tuesday, 13 April 2010

Tak nak letak site untuk borak-borak di blog

Dulu aku ada letak, masa aku tak officially publish lagi Stoicism. Maksud aku sekarang dah ada orang baca selain diri sendiri. Untuk percubaan sahaja. Maklumlah bila mula-mula buat semua widget pun mahu cuba. Kalau site orang lain ada nak juga tengok benda tu ada kat site sendiri. Berbulan-bulan juga untuk aku betul-betul yakin nak bagi orang baca Stoicism haha. Improve mana yang patut, tambah itu ini, buang itu ini. Maklumlah baru try. Masa tu dah ada banyak entry, dah banyak accessories. Tapi macam tak betul je dulu, buat blog, tulis entry, tapi sendiri je yang baca.



Kalau buka lagu 'talipon', teringat video klip mereka. Starting dah superb, sebijik macam cerita yang boypren I berlakon tu, Prison Break haha tak boleh lupa cerita prison break yang stylo mylo itu. Tapi seksi sangat lah. Diorang menari memang best ah penat nak ikut haha. One two cha cha cha. Kita tengok sekali je tau, ok this one I tak download.



Down down down, Zaim pandai nyanyi dia suka lagu ni. Selalu aku je yang racun otak Zaim merepek bagai, masa Zaim kecik aku bukak lagu omputih sebelum dia tidur. Sekarang semua orang kat rumah ni dah merepek jugak haih. Aku balik nasib tak pengsan emak pun sekarang dah pasang cd lagu omputih, kat Zaim. Kau tahu emak aku nyanyi lagu Bad Romance, aku pun jarang layan lagu tu. Selalu emak suka layan lagu-lagu lama macam lagu MJ ke, Beat It, Billy Jean dia paling suka. Tak pun lagu Everlasting Love sape nyanyi entah. Ini dah lawan tokey ni haha.


Friday, 2 April 2010

Someone asked me if I missed you, I didn't answer.

I just closed my eyes and walked away. Then I whispered:
SO MUCH!



Tiada kemaafan disini
Tiada penderitaan yang menghambat
Tiada kerinduan yang menyesak
Tiada kekecewaan yang mengguris

Mengapa kau harus hadir menjiwaiku
Mengapa kau harus lukakan hatiku
Mengapa kau harus menghantuiku
Mengapa semuanya harus begini
Sedangkan kau tiada jawapan untuk semua itu

Dengan cinta yang kau ciptakan
Dengan kasih yang kau rekakan
Dengan sayang yang kau lafazkan
Dengan harapan yang kau bina
Takdir menemukan kita buat sementara.

Love is patient
Love is kind
Love is to trust
Love is to protect
Love is to listen
Love is hope
Love is forever...

Wednesday, 31 March 2010

How to train your GIRLFRIEND(S)!

Eh salah, how to train your boyfriends. Owh no baby! How to train' your dragon' (baca cara orang ganu kite baca). Hmm baru betul. Baru-baru ini ada banyak masalah rumahtangga yang menyesakkan fikiran dan emosi aku. Eh bukan masalah rumahtanggan aku, bukan, aku ada rumah je, tangga tak ada lagi. Walaupun memang tak ada kaitan dengan aku secara langsung mahupun tidak langsung, ianya tetap buat aku terfikir. Sebab nya adalah aku mungkin akan fikir sesuatu benda tu banyak kali.



Thanks God he wasn't you! Aku kenal kau lebih daripada kau kenal diri kau sendiri jadi aku takut. Ok tipu mana ada orang lain lebih kenal diri sendiri. Ye lah mana tahu kau dah lain. Manusia berubah, itu lumrah hidup. Remember? Sedangkan pantai lagi berubah ini kan pula hati manusia. Walaupun kita bukan best friend forever, tapi aku memang berharap dia bukan kau. That almost make me cry, if you had know what I knew, you would know why.



Masalah satu: Kadang-kadang laki-laki boleh jadi sungguh annoying dengan tidak menghormati wanita. Wanita pun sama sahaja sebenarnya. Tapi kalau kau nak kawan dengan aku, tolong lah hormat aku. Lantak lah kau tak nak hormat aku banyak pun, sikit pun tak apa. Ini tak. Baru kenal sehari dua dah pandai kutuk-kutuk wanita begitu lah, begini lah. Huh pergi mati. Walaupun kau tak kutuk aku, tapi kau kutuk orang lain tu kira macam tak menghormati orang tahu. Biarlah kami nak pakai sweater masa turun makan. Biarlah kita tak lawa masa beli makan. Buat apa nak dressing lawa-lawa makeup segala turun beli makan je pun. Itu lebih baik daripada pakai baju sama je macam kamu, sah-sah setahun sekali baru basuh. Huh!



Masalah dua: Ini satu lagi masalah, dah ada girlfriend pergi usha orang lain lagi. Yang ini memang aku geram habis (maaf lah tergeram kat sini). Aku cakap kat kawan aku kalau aku jumpa laki tu aku bagi buku lima. Nasib tak kenal. Kalau setakat member-member baik tak apa tau, ini lebih-lebih. Nasib baik tahu awal, itu pun sebab kantoi bukan dia bagi tau sendiri. Menganiaya orang itu kan tak baik. Kalau diri sendiri pun terumbang ambing, jangan lah bagi harapan dekat orang. Kalau tak mahu, jangan layan lebih-lebih, bersederhana itu lebih baik. It's unethical you know. Malas nak taip banyak-banyak sebab bunyi kuat, tak sempat nak update kat bilik pagi tadi bangun lambat. Siapa suruh tengok jugak si Alice tu walaupun dah pagi buta.



Give thy thoughs no tongue,
Nor any unproportion'd though his act.
Be thou familiar, but by no means vulgar.
Those friends thou hast, and their adoption tried,
Grapple them to thy soul eith hoops of steel;
But do not dull thy palm (1) with entertainment
Of each new-hatch'd, unfledg'd (2) courage (3)
Beware
Of entrance to a quarrel, but, being in,
Bear't than th' opposed may beware of thee.
Give every man thy ear, but few thy voice;
Take each man's censure (4), but reserve thy judgement.
Costly thy habit as thy purse can buy,
But not express'd in fancy; rich not gaudy;
For the apparel oft proclaims the man;

Neither a borrower, nor a lender be;
For loan oft loses both itself and friend,
And borrowing dulls the edge of husbandry (5).
This above all-to thine own self be true,
And it must follow, as the night the day.
Thou canst not then false to any man.
  1. too freely shake hand
  2. untested
  3. a young man of spirit
  4. disapproval
  5. careful managemeng of fesources

--- William Shakespeare, Hamlet, Act 1, Scene 3.

p/s: tergeliat tangan aku type. Tak paham?? Aku pun tak paham haha. Tapi baca elok-elok sedap kata-kata dia. Aku kena baca P&A, sibuk je pergi cari poems.
Tuesday, 30 March 2010

Love is now or never.

Saturday, 27 March 2010

Bersempena dengan Earth Hour

Sebelum pukul lapan setengah telefon adik "jangan lupa tutup semua lampu kat rumah!". Emak sedang buat karipap yummy yummy lepastu adik suruh emak cepat-cepat buat karipap sebab nak bergelap. Ya semua sokong Earth Hour. Bukan lama pun sejam sahaja, setahun sekali pulak tu. Jadi kami roomates juga tutup lampu sebagai sokongan yang tidak terhingga, aktiviti selama sejam adalah nyanyi. Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Bumi kita, Allah selamatkan kamu. Sungguh bias sepatutnya kena nyanyi untuk alam semesta juga. Hmm lain kali pula.



Rasa lagu ni sesuai lah:

SongLyrics.com
One Day

Boleh tekan (+) to speed it up!
Enjoy heh!
Friday, 26 March 2010

You're so sweet. That's why I love you. Heh?

Yes, all of you! Think the emotional between human are very fragile. Can have great changes in one minute, one second, even in a moment. This second, you all maybe are friends, next second maybe are enemies forever. Life is only traveled once. Today's moment becomes tommorrow's memory. Enjoy every moment. Good or bad, because the gift of life is the life itself. For making sure that other people love you unconditionally, you shouldn't request any condition from other people.



Hari ini hari Jumaat. Hari ini dua puluh enam haribulan tiga. Aku sangat bertuah dikeliling orang-orang yang yang aku sayang sebab diorang pun sayangkan aku, buktinya diorang ambil berat pasal aku haha. I don't want more. Aku super-duper bahagia. Sejak malam tadi kerja aku sehari harini adalah gelak serta sengeh-sengeh sahaja. Perut pun kenyang. Apa lagi yang bagus nya? Masak instant bubur bersama-sama roommates, serta jalan-jalan di pusat beli belah sambil makan free bersama sahabat-sahabat adalah benda yang bagus (bagus lah sebab aku tak kena keluar duit haha!)



Tadi dah lah makan pizza, tapau Zinger Max serta Big Apple juga. Ini tak kira pasar malam lagi. Zue memang makan besar hari ini tanpa mempedulikan dia on cholesterol diet! Lain kali aktifkan balik ok. Tapi walaupun gembira betul dan senyum-senyum serta gelak, masih ada yang tertinggal. Rasa ada sesuatu yang tak lengkap, yang haruslah dilengkapkan dengan segera. Rasa kosong. You're not welcome anymore! Chewah. Tadi pergi juga cari untuk menghilangkan kekosongan tu, tapi tak ada. Cari kat kiri, kat kanan, cari kat tengah, kat tepi. Semua tak ada. Kenapa lambat sangat sampai sini haih. Aku tak sabar-sabar dah ni.



I want this badly! I want this badly!
Hadiah hari jadi yang paling berharga untuk diri sendiri pada tahun ini.

Tajuk: Cinta Sufi
Pengarang: Ramlee Awang Murshid
Harga: Rm 19.90
Orang yang akan beli: Zue



p/s: waiting other people to cherish you, is a long path. Cherish ourselves, is an avenue.

Wednesday, 24 March 2010

You're so sweet. That's why they love you. Oh no, not I.

You have been a kind friends to me when I have none, and I would never do what to make you unhappy or cause you any trouble, so I will go. Kita kena belajar menerima kenyataan. Setiap perkara ada hikmahnya, ada rahsianya. Cuma kita kadang-kadang jadi tidak sabar dan selalu menurut nafsu dan perasaan. Aku ada prinsip hidup aku sendiri. Kalau aku rasa siapa-siapa atau apa-apa yang tak kena dengan prinsip tu aku akan jadi pelik. Jadi jangan tanya kenapa aku buat begini tak buat begitu, dan kenapa aku buat ini, tak buat itu. Cheh Zue tahu lah nak balik cepat-cepat tak payah buat entry kesian.



"kadang-kala kita menjadi buntu bagaimana untuk menulis tentang apa dan untuk siapa. cuba untuk menulis dalam skop yang menyeluruh tetapi tetap diterima perit. sebaik mungkin tidak mahu menjadi imejan buruk untuk semua. mereka yang kurang senang, mengandaikan pelbagai kesimpulan yang di luar jangkaan. sudah banyak kali kita diserang dengan pihak tertentu melalui media. penulisan kita disalah tafsir kod demi kod. orang tetap akan fikir macam-macam. bukan semua akan faham. jiwa juga suatu yang penting. kita cuba menjadi logikal, cuba berfikiran di luar kubik dan jadi lebih rasional." - cilok.



Kadang-kadang, dalam dunia pemblogan, most of time kita tak sedar pun apa yang kita buat tu sebenarnya salah di sisi undang-undang hidup bermasyarakat. Kadang-kadang kalau ada orang baca tulisan-tulisan aku kat sini dan ada rasa something kat hati dia aku akan rasa diri sendiri tak guna. Series aku bukan nak minta simpati, minta kesian, buat orang marah, sedih, kecewa, kecik hati whatsoever. I'm just trying to tell the truth. Aku biasanya tulis apa yang aku rasa, apa yang aku patut buat dan apa yang aku dah buat. Sebab kita berbeza latar belakang serta prinsip hidup jadi kita kemungkinan menilai sesuatu yang sama dari sudut yang berbeza.



Jom balik Bebear!


Wednesday, 10 March 2010

Untuk jadi selfish and being narrow minded, ini bukan masanya.

I am not the person who dealing with theories, sometimes. If you like me, then you really really really do, prove it! Tak payah cakap banyak. Tapi aku suka bila kau bagi aku lagu dan kau nyanyikan sendiri lagu tu sebelum kau pergi, walaupun tak ada siapa tahu lagi bila kau boleh balik. Walaupun aku 50% bagi 50% tak bagi kau pergi, walaupun aku berat hati bagi juga kau pergi. Tapi aku suka lagu tu, aku memang suka. Sumpah!



Bila ku tak disini
tetaplah kau bernyanyi
dan bila ku telah pergi
kenanglah yang terjadi
pastikan padaku bahawa kamu
akan baik-baik saja
kerana disetiap mimpiku
pasti selalu ada kamu


Dengarkan dan rasakan
lagu yang ku ciptakan untuk mu
walau mungkin terdengar tak merdu
tapi hanya untukmu
kita pernah bersama disini
lalui hari penuh warna warni
meski tak seindah pelangi
tapi kita pernah bermimpi


Percayalah padaku
meski di gelap malam
kamu tak sendirian
dan disemua bintang
yang ku tinggalkan
temani kau
sampai akhir malam


Mungkin ini
hanya sementara
mungkin juga
untuk selamanya
tapi nanti jika ku kembali
kau harus ada disini..





p/s: susah juga kalau dua-dua hantu music.
Tuesday, 9 March 2010

Pretty boy of mine

Masalah yang memberat tanpa kehadiran orang-orang tersayang di sisi rasa sangat menyedihkan. Kadang-kadang rasa so unmotivated. Ini yang rasa nak balik ni! Dealing with adult things sometimes make me sick. Family, Zaim, bebear, exams (konon), study, laptop, online, roomates, friends, makan, tidur, jalan-jalan, anak-anak, suami. I'm not dealing with the gun anyway. Rasa nak bawak bebear pergi symposium Jumaat ni sebab rasa sayang nak tinggal dia sorang-sorang kat sini dua tiga hari, tapi tak muat lah. Ada seat kosong tak? Haha. Dah baca surat khabar hari ini belum? Tengok kat Berita Harian dan Metro pun dah cukup memberatkan kepala. Ini belum baca The Star dengan NST lagi ni.



1. Kes orang buang bayi.

- Ini bukan masalah baru, dah lama tapi sekarang macam makin teruk je. Tapi semua pihak asyik nak tunding jari masing-masing orang tu salah orang ni salah. Tapi tak banyak dengar ada orang ambik langkah pencegahan. Semua pakat-pakat mencemuh, mencebik, mengata. Itu je yang tahu. Tapi ada ke orang simpati kat diorang? Ada orang tolong diorang? Memang lah diorang totally salah, itu tak dapat dinafikan. Tapi disamping mengata dan mencebik tu apa kata ambil langkah pencegahan. Bagi pendedahan sikit kat diorang ni. "Mayat pelajar IPT ditemui bersama bayi yang baru dilahirkan". Ini berita betul tapi tak tahu yang bila. Berita macam ni ke yang kita nak baca kat surat khabar? Nak tengok kat tv?



2. Budak 11 tahun dipaksa kawin

- Sengal ni. Bapa yang sungguh penyayang sebab bagi anak kawin cepat-cepat ye? Memang sial! Bapak dia tak belajar hukum hakam ke? Anak dia yang sekecil tu tahu ke tanggungjawab seorang isteri? Ingat nabi ke apa ni? Aku yang dah tua ni pun tak tahu apa-apa ini kan pulak budak kecik macxam tu. Lepastu dia tak pergi sekolah ke?



3. Kakitangan *** kena tembak depan rumah

- Sekarang dah ada kes macam ni kat sini ye. Sebelum ni tak ada lah macam extreme sangat tembak betul-betul depan rumah. Haih.



4. 2 enjin jet hilang
- No comment



5. Politik
- No comment



6. Ketua sindiket dadah ditahan
- Bagus!



7. Oscar angkat pengarah wanita (Avatar Tewas)
- Pengarah terkenal, James Cameron, pulang dengan tangan kosong apabila filem arahannya, Avatar, kalah kepada The Hurt Locker, sebuah filem perang kos rendah arahan bekas isterinya, Kathryn Bingelow.



8. Usah caci Terry lagi
- Oppssss! Haha.





p/s: no time to think, my turn to go.
Saturday, 6 March 2010

Total allergic test dan IMR

Semalam pergi lawatan ke Institute for Medical Research (IMR). Kat sana ada banyak division, namely Entomology, Herb, Envi, banyak lagi lah tak ingat. Kitorang pergi empat div sahaja sebab tak cukup masa. Aku nak focus kat bahagian allergic sahaja sebab ada kena mengena dengan diri sendiri haha. Kami dibawa melawat (macam buat karangan masa kecik-kecik dulu) ke makmal untuk test allergic ni. Ok mari kita lihat sejauh mana otak Zue boleh mengingati apa yang akak itu terangkan sebab budak nakal dia tak salin apa-apa sebab tak bawak notebook pun! Just ingat by chance sahaja. Orang lain semua sibuk salin-salin, dia angguk-angguk je.



First of all, testing for allergic ada dua jenis, satu guna macam acupuncture, satu lagi blood test. Yang acupuncture test ni tak payah ambik blood sample. Yang ni kat hospital doktor boleh buat sendiri, tak payah susah-susah masuk lab atau hantar pergi IMR. Cara-cara dia doktor akan cucuk lengan anda dengan banyak-banyak jenis allergen dan doktor akan tengok kalau ada bengkak sikit maksudnya anda ada allergic dengan that kind of allergens. Ini tunggu dalam 15 mins sahaja kalau tak silap.



Yang bood test pulak susah sikit sebab melibatkan banyak pihak. Ada specific mesin untuk test ini. Akak kat sana kata blood sample from gov hospitals akan hantar pergi sana. Tak sure pulak semua hospital ke sesetengah je. Tapi yang paling sure HKL lah, lagipun sebelah tu je haha. Then diorang check. Biasanya diorang akan buat all allergic testing, kalau ada request baru diorang buat specific test. Kat sana ada lebih kurang 70 jenis benda yang diorang test, namely jenis-jenis seafood, kacang, dust mite etc.



Ok sekarang mari talk about how does that machine works. Mesin tu macam mesin centrifuge tu ada banyak lubang-lubang bulat. Tapi mesin centrifuge tu kecik je kan ini besar lagi. Lubang-lubang tu pun besar. Dia kena ada blood sample of course lah kan. By the way, diorang bukan guna red blood cell, diorang akan asingkan dulu darah tersebut dan ambik serum sahaja. Then dia kena ada sample benda yang boleh menyebabkan allergic (called allergens). Contohnya sotong ke udang ke. Diorang memang prepare sendiri allergens tu. Ada cara dia jugak, bukan masukkan udang seketul dalam mesin tu, tak. Sotong pulak ada jenis-jenis dia, bukan main ambik je sotong mana-mana.



Cara prepare allergens senang sahaja (macam salin recipe lah aha!) mula-mula beli udang, kopek kulit dia, basuh bersih-bersih. Lepastu rendam semalaman dengan buffer (tak ingat apa benda-benda dia). Then blend it. Lepastu tapis bagi turun air lalu keringkan. Bila dah kering masuk dalam benda kecik lepastu susun kat dalam 'pen'. Pen ni dia panjang macam pen biasa tu lah tapi dia besar sikit in diameter. Kalau nak guna masukkan dalam mesin tak boleh masukkan kering-kering, kena basahkan sedikit dengan distill water. Faham murid-murid? Haha.



Lepastu mesin tersebut akan buat kerja dia lah, dia detect sendiri nanti. Then dia akan keluar result kat atas kertas macam keluar resit kat mesin ATM masa kita keluar duit tu tapi panjang lagi dalam 10 kali lebih panjang daripada resit tu kalau tak silap. Dah habis cerita pasal lawatan. Aku rasa nak buat total allergic testing tu. Sebabnya yang aku tahu aku allergic daging dan pacat sahaja. Tapi baru-baru ni aku tak termakan daging, tak kena gigit pacat tapi tiba-tiba ada symptom allergic. Aku pun pelik jugak apa lagi yang aku allergic. Gambar-gambar aku pergi IMR tak lawa dah haih!



Kat university aku ni ada buat juga allergic testing ni, but it quit costly here. Aku belum survey lagi gov kena bayar berapa. Kat sini yang acupuncture around RM 250+, yang blood test RM350+. Aku rasa mahal lah untuk orang miskin macam aku, student pulak tu. Lagipun allergic testing je kalau teruk sangat tu berbaloi jugak buat mahal-mahal ini sikit je. Kalau blood test lambat sikit kot baru keluar result sebab dealing with the labs all.



Caranya adalah mula-mula diorang bagi kaunseling pasal allergic ni, lepastu doktor akan bagi ubat masukkan dalam mata, ubat tu pedih, then dia check bawah mata hitam. Kalau tak allergic dia smooth je, kalau ada allergic dia rough sikit. Kalau allergic teruk doktor tak buat yang acupuncture, takut reaction kuat pulak kat pesakit, dia hanya buat yang blood testing. Kalau patient yang bergantung kepada ubat, untuk buat acupuncture, tak boleh makan ubat dulu nanti tak berkesan.



Yang special dan menariknya di IMR ini adalah mereka akan buat allergens ini dan akan supply it to the hospitals yang nak beli. Woha! Bukan allergen ni je, ada banyak lagi diorang buat benda-benda then supply it. Kira macam bukan buat untuk diorang punya research sahaja. Contohnya kat bahagian entomology, diorang bela nyamuk. YES! Nyamuk. Kita masuk ada banyak jenis nyamuk yang diorang bela. Ada larvae, ada telur semualah diaorang bagi tengok. Disamping buat research by their own, ada jugak yang diorang supply. Macam in case kita buat research pasal nyamuk, then kalau kita nak nyamuk tu ada kat lab kita, kita boleh beli lah dengan diorang. Ada procedure dia lah bukan main beli macam beli ayam kat pasar tu.





p/s: sugar daddy diperlukan! Nak 'pau' buat bayar allergic testing ahaha sengal. Mati kena tembak nanti. Ok ini sahaja yang aku ingat (hmm banyak jugak yang aku ingat ye hahaha).


p/s/s: sakit kat bahu lah tidur atas bas. Setiap minggu kot asyik tidur atas bas je. Sekarang sibuk(konon) sampai tak ada masa nak balik rumah. I miss baby Zaim, I miss everything. Tak sabar nak cuti panjang. Yuhooooo!
 

Blog Template by YummyLolly.com