Pencapaian yang agak mengagumkan untuk budak-budak what. Dulu ingat tak pandai nak merepek dalam tulisan sebab kat luar dah banyak mulut. Rupa-rupanya sama jugak. Tulis pun merepek, cakap pun merepek haih. Ingatkan entry yang ke-100 nak buat gempak sikit tapi sebab semalam emo tak jadi pula.
- Mari kita mulakan hari yang baik bulan yang baik ini dengan makanan (sambung terus sebab malas buat entry banyak-banyak haha).
This is it! ZINGER TOWER BURGER baby. Baru di KFC ye adik-adik. Aku rasa macam indah khabar dari rupa huu. Aku tak suka yang ni (berterus terang). Aku ingat ada banyak CHEESE! Tapi hampa. Padan muka siapa suruh tak google dulu baru beli nak surprise konon, haha kan dah kena.
Dia sebenarnya variasi dari Zinger Maxx. Cuma tambah zesty lime chili sauce kat atas salad, hash brown kat bawah zinger fillet. Some thought it was ok. Tapi aku rasa kombinasi hash brown dengan cheese dengan fillet tak kena dengan selera aku. Aku rasa tak sesuai.
Zesty lime chili sauce pun ok. Tapi kalau makan dengan salad lagi sedap aku rasa. Dia agak pedas daripada Zinger Maxx sebab ada sos tu, Zinger Maxx ada mayonaise je.
Dia agak besar dan gemuk. Habis comot aku makan sebab tak muat mulut kecik je. Kalau Zinger maxx tu pun besar ini LAGI besar. Sila cuba sendiri ye sebab selera masing-masing mungkin kamu akan rasa burger ini bagus. Ramai je kata sedap jadi cepat dapatkan di pasaran sementara stok masih ada.
p/s: aku rasa lain kali kfc kena buat CHEESY ZINGER pulak. Zinger Maxx, tapi tambah cheese dua tiga lapis lagi baru WOHA! (Ceh dasar, kompelin kerja orang je pandai haha) Aku prefer zinger maxx la.
p/s/s: pagi ini main-main message dengan emak. Sekali sekala guna message pun best kan. Call tu dah selalu tapi bila kadang-kadang message je pun seronok jugak. Emak memang, kalau dia bangun pukul 5, pukul 5 tu lah dia message orang haih.