Tapi ini bukan isu main-main, isu akidah. Tak kan kau nak pesongkan diri sendiri dah pesongkan orang lain juga. Jadi aku ambik kesimpulan, aku huraikan dalam diri aku sendiri. Setakat ini aku masih tak setuju dengan penggunaan itu. Dan sekarang aku sedang tertanya-tanya adakah apa yang aku rasa ini betul? Atau aku sepatutnya bersetuju sahaja dengan mereka? Atau aku dah termasuk dalam golongan yang salah? Aku risau. Aku takut.
Kalau ada sumber yang bagus tolong bagitahu aku. Yang menerangkan secara terperinci, dengan hujah. Bukan main hentam je tanpa ilmu. Aku ada beberapa link tapi tak habis baca semua lagi, kena baca dan faham betul-betul. Hati jadi resah. Tak tenang. Betul ke aku dengar kalau kita tak tenang maksudnya Allah nak bagi hidayah kat kita? Betul eh? Atau lagi sekali aku dah salah. Haih nampak sangat banyak kekurangannya.
Satu
Dua
Tiga
p/s: perasan tak tarikh 14 jan tapi entry dah ada 16? Alamak terlebih sudah.