Kisah 1:
Saya mengenali M sejak setahun yang lalu. Pada awalnya hubungan kami bahagia, namun sejak kebelakangan ini M seperti mengelak dari bertemu dengan saya. Memang sejak kebelakangan ini wajah saya banyak ditumbuhi jerawat. Mungkin faktor itu yang menyebabkan M menjauhi saya.
Kisah 2:
Saya mempunyai kekasih yang saya kenali beberapa bulan, namun saya belum pasti bagaimana latar belakangnya. Sekarang hubungan cinta kami hampir mencecah sebulan. Tetapi saya masih meragui dirinya atas sebab-sebab tertentu.
Kisah 3:
Saya ada masalah dalam perhubungan. Saya dapati saya terlalu cepat bosan dengan pasangan. Paling lama hubungan saya bertahan selama 3 ke 4 bulan sahaja.
Ini cerita orang. Bukan cerita aku. Bukan ceritera cinta. Aku baca kat majalah (rajin pulak baca semua benda). Latest edition ini yang 2010 punya. Rasa macam menyampah je lepastu aku post ke-menyampah-an tu sebab tak nak menyampah sorang-sorang.
Jom aku tolong jawab ikut versi aku sendiri. Mula dengan kisah 1 ye adik-adik. Kalau ikut logik akal akak yang tak seberapa berimiginasi (konon) ni lah kan, lelaki YANG BAIK tak akan tinggalkan kau sebab jerawat tahu! Dia malah akan kata "eh awak comelnya jerawat tu, jerawat rindu ek?" Kalau sebab jerawat pun tak nak bertegur sapa macam mana kalau kau sakit kemudian hari? Sakit yang sampai terlantar tak boleh gerak tak boleh buat apa-apa? Kau rasa dia akan tunggu kau kat hospital suapkan nasi untuk kau mandikan kau borak-borak dengan kau? Kau rasa dia akan angkat kau pergi ladies? Kau rasa dia akan jaga kau bila kau dah tua dan sakit-sakit? Aku rasa muda-muda lagi kau dah dapat madu tau.
Kisah 2 ni lagi parah. Macam mana dik kau boleh benarkan strangers yang kau kenal beberapa bulan masuk dalam hidup kau? Nak kenal hati budi orang bukan sehari dua. Berbulan tau, malah bertahun pun kadang-kadang macam ada jugak yang tak tahu. Kenal dulu siapa dia, keluarga dia, apa dia selalu buat. Kawan je lah dulu sebab kalau kawan rasa lebih telus, tak kekok. Nak buat apa pun tak kisah, nak makan comot-comot ke, nak makan banyak ke masa keluar jadi tak ada hal sebab kawan.
Jangan jadi hipokrik sudah. Biasanya ramai yang macam ni. Kenapa tak boleh jadi diri sendiri ye? Mula-mula kenal memang lah malu-malu kucing. Tapi dah kenal tak ada hal lah kan. Biarlah dia tahu kau kalau makan Zinger Tower (oh dayem) comot macam budak-budak, biarlah dia tahu kau kalau makan ais krim comot jugak. Sekurang-kurangnya dia tak terkejut (culture shock) bila dah kawin nanti kang pengsan pulak sebab terkejut sangat bini makan burger comot.
Kisah 3 pulak. Aiya amoi! Yang ini senang je jawapan dia. Kau cari lah orang yang cara dia pikir sama macam kau pikir. Rasanya kalau ikut situasi sekarang ni ramai ciri-ciri lelaki macam yang kau nak tu. Tak susah nak cari tu. Berlambak-lambak tepi jalan selonggok dua ringgit. Pilih je mana yang berkenan. Tak kan kau nak cari yang baik jugak kot? Ish tak sesuai pulak kan?
Tak payah lah sibuk-sibuk nak cari boyfriend. Kalau siapa-siapa yang tak ada lagi tu tak payah lah cari melainkan kau nak kawin dalam masa terdekat. Baru boleh plan. Ini entah bila-bila, entah kan jadi entah kan tidak tak payah lah. Ikhlas ni aku cakap. Tak ada pun tak apa. Apa yang kau kisah sangat kalau tak ada boyfriend?
Just my 5 cents.
p/s: nasib baik bukan aku jadi kauselor kalau tak dah lama aku tibai budak-budak ni.
p/s/s : Zinger tower oh dayem siapa nak keluar wiken ni cepat contact aku haha.
Wednesday, 6 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mak aii..pasal jerawat ja pun...zinger tower pun masuk cita gak!haish sungguh lah kamu....
yup. jerawat je tau.. yg zinger tower tu aishh.. sedap! haha..
haha..ptt zue ada column sndiri dlm majalah2 ni..blh bedal remaja2 yg xreti makne cinta ni haha..
KFC wikend ni jom?? tp xde blanje2 ah..juz jmp nk mkn2..td pun cik gabriella msg kt fb kata lama xjmp en jaz..hehe nk? en jaz ajak bangbil skali..
2 ah.. tapi agaknya kalau kita kerja sebulan kena berhenti. sebab komen berjela-jela sampai tak cukup page.. hakhak..
kfc?? entah tak tau en.jaz tanya gabby ah.. haih wiken ni?? ada exam lor minggu depan. huhu. tapi kalau belanja lagi dialu-alukan kot =p
Post a Comment