Pages

Saturday, 2 January 2010

55 Petua Orang Berjaya




Hmm buku ini. Sebenarnya dah lama nak baca sebab ada quiz haritu jadi ditangguhkan dulu. Semalam baru habis baca. Bahasa sempoi je senang nak faham. Banyak diambil contoh-contoh orang yang berjaya dan pengalaman mereka jadi banyak input yang dapat. Ada juga antara petua-petua itu dari orang-orang yang telah berjaya dan dari pakar-pakar motivasi. Contohnya petua Jack Zenger. Aku rasa Jack Zenger ni yang buat teori Zig Zag. Betul ke? Aku malas nak google. Aku baca masa sekolah menengah lagi jadi dah lupa siapa penulis buku tu.



Sila jangan pelik kenapa aku boleh habiskan banyak buku dalam masa satu hari. Sebab selagi tak habis selagi itu aku akan baca. Walaupun hidup hanya baca novel, makan, solat dan pergi tandas je semata-mata nak habiskan buku, aku rela haha. Rasa sangat ingin tahu ending dia macam mana, apa jadi kat semua orang. Lepastu kalau tak faham kena ulang baca bagi faham. Lagi kalau buku yang aku suka aku akan ulang baca lagi kalau ada masa.This is just typically Zue la. Ppssss ppssss dia memang suka baca buku merepek semua.





p/s: saje je letak banyak-banyak ayat dalam satu perenggan huhu.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com