" Nak tengok video panas saya malam tadi? Balas YES untuk subscribe."
Macam tu lah contoh aku dah lupa dah macam mana ayat betul dia. Ingat dia seorang je ke panas. Gua pun panas jugak bai. Saje je tak nak tunjuk kepanasan tu kat orang. Bajet sampai 100 degree lah panas dia macam takat didih air tu. Cuba test tengok sampai tak? Kalau sampai memang respek habis lah.
"Nak tengok video panas kawan saya malam tadi? Balas YES untuk subscribe."
Kawan dia pulak. Dia tak nak panas sorang-sorang dia panas bersama kawan-kawan dia. Ajak kawan-kawan lepak kat rumah. Rumah dia panas sangat agaknya sampai dia message ajak orang panas berduet. Aircond not around? Ke bil tak bayar?
"Warning! Hanya untuk 18 tahun keatas sahaja."
Pulak dah. Umur 18 tahun keatas je panas. Kalau umur 18 tahun kebawah nescaya tidak panas. Sejuk je. Bagus betul rumah dia.
p/s : aku tak suka orang bising dalam kelas. Walaupun tak ada yang menarik kat kelas parenting tu, tapi tolong lah jangan bising! Kalau cakap sikit-sikit tak ada hal ini dari mula kelas sampai habis. Dah lah tak ada mic, bro cakap tak dengar sangat kena focus lebih sikit baru dengar. Lepastu sibuk tanya-tanya, orang cakap kat depan dia cakap kat belakang. Doesn't make sense.
0 comments:
Post a Comment