Pages

Showing posts with label untuk diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label untuk diri sendiri. Show all posts
Tuesday, 25 October 2011

Dari mata hati aku yang kau teroka (untuk pembaca yang cukup umur sahaja).


"Dah lama I tak pandang you gembira betul macam ni." Kata dia sambil senyum tengok aku makan sambil sakan bebel-bebel itu dan ini.


Aku masih juga makan dan bercerita itu ini.


"I kan, kalau dapat tengok you senyum macam ni seumur hidup I pun I rela. Bangun pagi ada you. Hari-hari pandang you, kan bahagia hidup I." Kata dia lagi.


Aku terdiam. Bukan terkesima tak biasa dengar dia cakap begitu. Dengar benda-benda begini lewat panggilan-panggilan telefon dia aku boleh tahan lagi. Kalau cakap depan-depan aku begini, hati aku resah juga. Hati rasa bersalah juga.


Dia pandang aku. Aku pandang lantai. Kaki kuis-kuis lantai, mata pandang kasut. Tarik nafas.
"I tak boleh. Tahun depan pun tak boleh. I belum bersedia, I harap you faham. Tak pun, you just let me go, find someone else. Jangan tunggu I lagi."


Dia pandang tempat lain. Tarik nafas. Pandang aku.
"You tahu I tak akan pernah ada orang lain. You tahu I tetap akan tunggu you kan?"


Diam. Seribu tafsir bahasa pun, belum tentu dapat menilai kasih sayang kita.





Tak ada macam salah. Ada pulak macam serba-salah. Masanya belum tiba. Terlalu banyak benda yang perlu diselesaikan. Terlalu banyak benda yang perlu difikirkan. Terlalu banyak hati yang perlu dijaga. Jadi isteri bukan benda main-main. Jadi isteri kena jaga semua benda kalau nak masuk syurga. Bahagiakan suami dulu, bahagiakan anak-anak next, baru dapat bahagiakan diri sendiri. YOSH!



Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada, aku doakan kau bahagia dengan dia (tak ikhlas). Sampai masanya, akan menyatukan hati kita. Sampai masanya, aku akan pastikan hidup kau bahagia ada aku. HAHAHA! Aku sweet pe~


#dahsewel





p/s: haruskah? wajibkah? haila! jangan tinggalkan saya serba-salah begini T___T

P/s/s: sekadar lintasan hati semata-mata. Don't ask. Don't tell.

Saturday, 15 October 2011

Aku dah mula meragui keikhlasan anda.

Selepas beberapa siri berperang dengan perasaan sendiri untuk elakkan ada sebarang curiga dan tak puas hati dikalangan orang-orang terdekat yang aku sayang semua, sampai satu tahap memang dah agak gila untuk dikatakan sebagai "kebetulan" lagi.





Beberapa hari dulu aku cakap "Eh??! Macam mana sampai boleh tahu ni?? Kebetulan je tu kot"



"Eh tahu ke???!! Kebetulan je tu"



"Oh okay! Kebetulan je tu"



"Kebetulan je tu"



"Kebetulan"



"Kebetulan??? GO TO HELL"



Dan harini, aku dah sampai tahap yang last tu. Kalau benda lebih kurang sama berlaku banyak kali, dalam masa seminggu, ingat aku bodoh sangat nak percaya yang tu kebetulan je? Aku cukup bijak untuk main teka-teki. Walaupun aku tak tahu apa yang kau dah bagitahu atau apa yang kau dah buat, tak ke itu pun dah terlalu obvious untuk orang-orang yang pandai berfikir?



Maka aku pun berfikir-fikir kenapa kau buat begitu.

Was it jealousy?



Was it revenge?



Jawapan ada pada kau. Maka aku pun berperang lagi cari-cari apa salah aku kat kau. Mungkin banyak. Mungkin sikit. Mungkin aku rasa tak ada pun salah aku, tapi mungkin kau rasa banyak lalu buat tindakan sebegitu. Tapi apa yang kau buat tak ke rasanya lagi teruk?



Maka kalau aku salah, kalau kau rasa aku yang salah, aku minta maaf. Kalaupun berdendam dengan aku, sila jangan rosakkan hubungan aku dengan orang-orang sekeliling aku, jangan buat fitnah macam-macam. Itu tak baik. Kalaupun kau tak puas hati dengan aku, kalaupun kau berdendam dengan aku, COME AND PUNCH ME IN MY FACE! PUNCH ME IN MY FUCKINGGG FACE! Itu lebih baik dan adil bukan? Sebab bagi kau aku yang salah, kan? Tapi kenapa kau kacau dia? Ah damn nak menyumpah plak.






p/s: Kata kawan. Tapi kau tikam aku dari belakang. Macam ni lah kan?


Sunday, 20 March 2011

Yes I was alone, but I wasn't lonely.

Hari ni keluar jalan-jalan tengok wayang makan-makan seorang diri. Bila seorang diri baru boleh buka mata dan buka telinga dengan keadaan sekeliling. Tengok, dengar, cuba untuk faham dan belajar dengan situasi. Bila aku cakap aku keluar seorang ramai yang pelik. Sebenarnya itu bukan benda paling pelik dalam hidup aku. Banyak lagi benda pelik lain yang aku buat. Itu antaranya lah.



I could never hurt you the way you hurt me. How could I? Harini keadaan pelik gila. Pagi tadi aku susah nak bernafas. Kalau tarik nafas dalam-dalam macam paru-paru menekan something/menekan paru-paru tu sendiri, kat sebelah kanan. That was hurt. Sebab dalam sakit, pergi ke bahu sampai lengan. Sebelah kanan. Lalu pagi-pagi aku bangun, mandi, sakit dan tidur balik.



Bangun tidur pergi ECM. Tak sakit. Tengok wayang. Tak sakit. Makan. Tak sakit. Nak balik. Sakit. Bagus kan buat benda lain je tak sakit, aku patut berumah kat ECM je. Aku kat ECM, duduk, sorang-sorang, menekan-nekan bahu sendiri tak pernah dibuat dek orang. Nasib baik dah nak balik. Unknown best. Aku rasa nak tengok lagi banyak kali. Nak tulis review banyak lagi tapi dah mengantuk pulak.





p/s: saying you are OK is much more easier rather than explaining all the reasons why you are not.

p/s/s: I feel like I have been strong for too long. Haven't I?

Thursday, 26 August 2010

I am leaving, because I don't belong.

Tak guna neniup tepung, kelak kotornya terpalit ke muka juga.
Tak guna membelah awan, kelak hasilnya sia-sia.



The sand thought me one thing:
You can't hold too many things, no matter what you do to make them stay, and no matter how much they want to stay, the wind will always blow them away.



So learn to let go and choose carefully which you want to stay, because like the sand, only those which are in the center of your palm will last.



If I cant have what I love, then lemme love what I have.
Thank you Allah.


Tuesday, 29 June 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Cinta sang ratu...
Laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru,
saujana mata memandang,
seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik,
suaranya memuji tuhan,
apabila rindu terusik,
rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan,
sang ratu menjadi impian.
(Cinta Sang Ratu, Ramlee Awang Murshid)



Cinta sufi adalah cinta abadi.
Cinta kepada Allah yang pasti tidak akan dikecewakan.
Cinta sufi itu adalah merindui syahid,
kerana syurga itu lebih hebat berbanding dunia ini.
Maka, cinta fitrah itu sebagai hiasan hidup yang harus diatasi
Tergelincir dari fitrah hanya mengundang kemurkaan Allah.
(Cinta Sufi, Ramlee Awang Murshid, Page 234)



- Pilihan hanya diberi ketika kita masih bernyawa. Apabila kita telah mati, maka pilihan itu tertutup dan yang kita bawa hanyalah iman dan taqwa.

- Apabila kebenaran dikhianati, bukan bermakna kebenaran itu telah kalah, tetapi memberi peluang untuk kita berdoa kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin.

- Ikhlas dan redha atas segala-galanya adalah lebih baik untuk merawat jiwa yang berduka.

Mati itu pasti, hidup insyaAllah. Remember?





p/s: dah lama tak apdet blog semenjak menjejakkan kaki di bumi bertuah ini disebabkan sibuk yang bukan dibuat-buat. Mungkin lambat lagi baru boleh menulis. Too many things to take care of sampai tak ada masa untuk diri sendiri pun. Till then, bye!
Wednesday, 9 June 2010

Wish we could go back in time and have second chance to fix a mistake

Pernahkah kau bicara,
tapi tak didengar,
tak dianggap sama sekali?

Pernahkah kau tak salah,
tapi disalahkan,
tak diberi kesempatan?

Pernahkah kau rasa,
kau dah terambil 'hak' orang lain,
which is totally its not yours?





p/s: I hate when I put something in a safe spot so I don't lose it, but then I can't find it! Mana entah hilang itulah letak merata-rata. It's my heart, anyway. Siapa-siapa terjumpa bolehlah hubungi +6**********.
Memain je haha.

Au revoir.
Monday, 7 June 2010

Bukan kucari

Bebaskan harimu dengan cintaku
Ekspresi dirimu dengan laguku
Satukan mimpimu dengan mimpiku
All we need in this world is some love



Belajarlah dari bunga, sentiasa tersenyum menyebarkan haruman, menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah dan menggembirakan setiap yang memandang. Baunya bukan hanya terlekat pada tangan orang yang memetiknya, malah terlekat lama hingga ke akhir hayat.



Don't swing that way, yeah yet. I shouldn't anyway. Proud of myself. Go girl its your day!
Saturday, 8 May 2010

You and I. Right or wrong.

Holding your hand
I won't fear tomorrow
here where we stand
we never be alone
I was without hopes or dreams
but you saw me through.






p/s: a cog in the murder machine? Oh no baby! Zue dear, you better use your wits!
Friday, 7 May 2010

Very much need each other

Di dirimu aku menemukan
yang mencintaiku
yang menyayangiku

Mengertikah kau siang malamku
dan tangis tawaku
kau semua hidupku

Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu
melangkah tanpamu.
Wednesday, 5 May 2010

Expectations will hurt you

Broken heart means
broke up from the relation
with someone that doesn't love you,
or you doesn't love him or her.
Then what's the badness?


Let's make it simple.
People have faults just cute.
Bersihkan hati.
Jangan berdendam,
tak bagus.


Revenge born revenge,
love born love.
You shouldn't request any condition from other people
because nobody is the same as you.
No one is the winner or loser.



p/s: want other people to love you, only has a secret. That's to be a person that worth to be loved. It's you or you're not. So don't expect anything in your life, especially from others. Expectations will hurt you, someday. Just be nice to everyone.

Sunday, 2 May 2010

Apophis' earth encounters in 2029

Apa benda Apophis nih? Ini bukan tajuk movie terbaru atau nama tajuk buku yang best. Apophis ni adalah salah satu near Earth asteroid. Nama adalah diambil sempena nama an Ancient Egyptian demon, in Greek known as Apophis. Asteroid ni dijangkan akan menghentam (aku rasa ayat ni paling sedap bunyi dia) bumi kita pada tahun 2029 dengan peratusan sebanyak 2.7% dan dijangka sebagai tidak berbahaya atau not dangerous (eh sama lah haha). Jarak dia dengan bumi adalah tersangat-sangat lah dekat bagi saintist.



Besar dia adalah lebih kurang 900 kaki. Berat dia adalah alamak lupa dah berapa tan tapi memang sangat berat. Biasanya kalau 900 kaki ni kira sedang-sedang je berat dia. Dan walaupun tak adalah besar sangat berbanding yang lain-lain tetapi ia boleh memusnahkan satu bandar Perancis kalau dia jatuh kat situ. Kesan dia pula adalah 20,000 kali lebih teruk dari kesan bom nuklear kat Hiroshima dulu. Woh woh aku dengar pun takut. Kandungan asteroid pula adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang hanya terdiri daripada batu kasar sahaja, ada yang mengandungi mineral dan ada yang logam berat dan lain-lain lagi lah.



Biasanya, ye kawan-kawan, kalau asteroid yang kecik-kecik tak sempat sampai bumi akan pecah lalu hancur dahulu. Kalau yang besar-besar macam Apophis baru sempat sampai. Tetapi, penemuan yang sangat menakjubkan dijumpai di Peru pada tahun 2007, asteroid tu hanya sebesar 3-6 kaki sahaja tetapi boleh menyebabkan kawah sebesar 500 m! Kalau Apophis yang sebesar 900 kaki? Haa pikir sendiri. Kalau asteroid kecik-kecik dah boleh sampai kat bumi kita tanpa pecah atau hancur kat atmosfera ni memang kita ada masalah besar.



Ok apakah langkah pencegahan yang diorang ambil? Tak kan lah tengoh sahaja bumi kena hentam? Para saintis telah memikirkan berbagai-bagai cara untuk menolak asteroid ini supaya orbitnya terpesong sikit pun dah kira ok lah. Mungkin dalam 100 m - 150 m lari dari orbit dia pun should be ok. Tapi agak susah satu sebab dia besar, dua sebab susah nak uji yang betul-betul punya sebab barang-barang yang nak buat semua kena hantar dengan roket. Susah lah kan.



Salah satu cara untuk pesongkan haluan dia adalah dengan tembak guna nuklear. Kena guna yang banyak punya. Tapi kalau guna nuklear akan mengakibatkan kesan kepada bumi juga. Satu cara lagi adalah dengan guna laser dan guna cahaya matahari untuk menghasilkan tindak balas kimia dekat sikit je bahagian asteroid tu lalu menghasilkan gas. Haa susah kan? Semua ni dah diuji kat makmal tetapi belum tentu berkesan ke tidak lagi sebab tak uji betul-betul kat benda yang sebenar. Dia ada nama untuk projek ni serta nama scientists sekali tapi aku malas tulis semua takut traffic tinggi haha.



Aku hairan betul lah diorang ni pandai sangat. Biasanya sangat lah susah nak jumpa asteroid yang dekat-dekat bumi ni itu pun secara kebetulan sahaja jumpa. Biasanya, kita susah nak menghentikan Natural Disaster. Contohnya macam ribut atau tsunami, mana ada cara nak stop. Banjir, kita boleh kurangkan kesan dia tapi still tak boleh nak stop. Nampak tak? Ok kenapa aku tulis benda ni semua? Aku cuma rasa diorang (scientists) super duper best! Kita (read: Zue) bersenang lenang kat sini, diorang bertungkus lumus nak selamatkan bumi. Aku malu dengan diorang. Bersungguh-sunguh nak selamatkan diri sendiri dan semua orang. Tapi aku elok je lepak-lepak. Diorang sakit kepala fikir benda-benda ni semua, tapi aku buat apa je?



p/s: aku tengok ni kat tv tadi, aku ada tengok-tengok kat NASA dengan Wiki juga tapi ada yang tak sama jadi aku buat rumusan sendiri. Sebenarnya tak banyak info yang aku tulis tadi haha, yang lain aku ingat-ingat je kalau salah tu tak tahu lah.
Harap maklum.
Wednesday, 28 April 2010

Cara-cara untuk mengisi masa lapang - Bhg 2

Bukan anak-anak aku jangan salah faham



Eh bukan maksudnya masa cuti pergi kawin lalu beranak ramai-ramai. Bukan. Maksud aku masa cuti kalau ada adik, tolong lah emak jaga adik-adik. Kalau tak ada jaga lah anak siapa-siapa pun. Ye lah sebagai persediaan haha.

Wednesday, 21 April 2010

Come with me and share the view

Buat gambar profile



Itu spek Zue dan beg duit Zue. Dua-dua comel kan tengoklah siapa tuan dia aawwww! Itu fokus depan jadi belakang nampak kabur. Ok mari kita melihat what is/are beyond the picture. Kalau orang letak gambar-gambar lain selain gambar mereka sendiri, biasanya they have something to talk about. Ada benda tersurat yang mereka nak sampaikan, biasanya bukan sekadar gambar semata-mata. Kalau letak gambar muka sendiri tu memang tahu lah tak ada apa-apa maksud pun. Gambar kat atas tu menggambarkan apa yang penting dalam hidup aku.



1. Bagi aku, dalam hidup aku, apa yang penting, kena ada kasih sayang. Tak kisah lah ahli keluarga ke kawan-kawan ke. Aku tak kisah benda lain, kasih sayang paling penting. Tak ada benda yang sesuai jadi tak letak dalam gambar.

2. Yang kedua ilmu. Itu digambarkan dengan spek tu.

3. Ketiga kewangan. Kaya atau miskin bukan satu issue besar bagi aku. Aku bukan jenis orang yang menilai orang melalui mesin kira! Hell man I'm not. Duit memang penting ini bakan zaman purba guna sistem barter. Cukup makan ada simpanan dalam bank dah kira ok lah kan. Kalau boleh usaha lebih apa salahnya, tapi kalau dah rezeki sampai situ nak buat macam mana, ye tak?



p/s: pendapat individu semata-mata. Tidak ada kaitan dengan orang lain. Harap maklum.

Monday, 19 April 2010

She laughs then smiles to hide the pain.

Saya lahir pada tahun sembilan belas 88, jadi umur saya 22 tahun. Cantik nombor-nombor itu. Tapi kesihatan aku tidaklah secantik nombor-nombor tersebut. Tahun ni mencatatkan jumlah tertinggi temujanji aku dengan doktor dibandingkan dengan tahun lepas. Ini baru bulan empat tapi entah dah berapa kali aku pergi jumpa doktor. Doktor semalam tak best whatthe****! Semalam pergi klinik lain tak pergi klinik yang selalu pergi sebab ayah aku nak cepat.



Doktor tu macam nak tak nak je jadi doktor tau, macma sial. Dia tak bagi pun ubat yang sepatutnya dia bagi cheh cheh dah biasa sangat jadi tau dah. Demam is not a big deal, setakat demam tak kuasa nak pergi klinik. Bagi panadol, ubat batuk, antibiotik bla bla bla je. Itu semua boleh beli sendiri lah. Orang nak suruh check lebih sikit. At last emak aku bali ubat lain kat farmasi. Baik tak payah pergi klinik kalau macam tu!





I feel good today, BIGGGGG SMILE then!

Sunday, 18 April 2010

God has you in His arms, I have you in my heart!




Wish Heaven had a phone so I could hear your voice again. I thought of you today, but that is nothing new. I thought about you yesterday and the days before that, too. I think of you in silence, I often speak your name. All I have are memories and a picture in a frame. Your memories are keepsake, from which I'll never part. You'll never know how much I miss you.
--> to my love, my heart and my soul, Balqis.

Thursday, 15 April 2010

Walaupun jauh kamu dekat di hati




"You are not best friends because you sit together at lunch or talk together on the phone, or have sengal-sengal together at facebook or lepaking in the middle of nowhere. You're best friends because when she smiles, a grain forces itself across your face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you look her in the eyes, you know that there's no one you could ever tryst more regardless how many broken heart you've had. That's what it means to be a best friends."


Tuesday, 13 April 2010

Tak nak letak site untuk borak-borak di blog

Dulu aku ada letak, masa aku tak officially publish lagi Stoicism. Maksud aku sekarang dah ada orang baca selain diri sendiri. Untuk percubaan sahaja. Maklumlah bila mula-mula buat semua widget pun mahu cuba. Kalau site orang lain ada nak juga tengok benda tu ada kat site sendiri. Berbulan-bulan juga untuk aku betul-betul yakin nak bagi orang baca Stoicism haha. Improve mana yang patut, tambah itu ini, buang itu ini. Maklumlah baru try. Masa tu dah ada banyak entry, dah banyak accessories. Tapi macam tak betul je dulu, buat blog, tulis entry, tapi sendiri je yang baca.



Kalau buka lagu 'talipon', teringat video klip mereka. Starting dah superb, sebijik macam cerita yang boypren I berlakon tu, Prison Break haha tak boleh lupa cerita prison break yang stylo mylo itu. Tapi seksi sangat lah. Diorang menari memang best ah penat nak ikut haha. One two cha cha cha. Kita tengok sekali je tau, ok this one I tak download.



Down down down, Zaim pandai nyanyi dia suka lagu ni. Selalu aku je yang racun otak Zaim merepek bagai, masa Zaim kecik aku bukak lagu omputih sebelum dia tidur. Sekarang semua orang kat rumah ni dah merepek jugak haih. Aku balik nasib tak pengsan emak pun sekarang dah pasang cd lagu omputih, kat Zaim. Kau tahu emak aku nyanyi lagu Bad Romance, aku pun jarang layan lagu tu. Selalu emak suka layan lagu-lagu lama macam lagu MJ ke, Beat It, Billy Jean dia paling suka. Tak pun lagu Everlasting Love sape nyanyi entah. Ini dah lawan tokey ni haha.


Wednesday, 7 April 2010

Everyone is trying to accomplish something big...

Not realizing that life is made up of little things. Manusia, macam itu lah kan. Kadang-kadang berlumba-lumba mendapatkan sesuatu yang bukan hak kita, sampai sanggup berebut dengan orang. Haha POOR YOU! Tolong jangan berebut apa-apa dengan Zue, please lah weh. Kalau korang nak aku bagi je lah tak payah berebut. Aku letih. Aku yang tak terlibat, tak ingin terlibat dan tak akan pernah terlibat sampai bula-bila ni pun terheret sama. Aku letih fikirkan sikap korang. Rasa macam kesian pun ada, simpati pun ada. Berebut dengan aku pasal benda yang tak akan jadi milik aku sampai bila-bila pun, juga tak akan jadi milik kau. Itu pun nak berebut tahu tak. Nonsense bhai. Nonsense. Mentaliti macam haram. Ubah lah sikit perangai tu, kalau ya pun, jangan lah bagi nampak sangat. Aku dah lama perhatikan benda ni cuma baru teringin merepek kat sini. I am not too blind to know!



Fuh fuh fuh lama betul tak online. Tak update blog, tak main game. Tahniah lah sebab pakat-pakat hantar hadiah walaupun aku tak buka. Sabar-sabar aku baru nak buka ni haha. Aku rasa aku dah letih meng-annoying-kan diri sendiri kat facebook. Kadang-kadang aku rasa kalau aku merepek kat situ banyak-banyak rasa diri sendiri annoying. Maaflah kalau home penuh dengan status-status aku haha. Siapa yang ada cuti tu balik lah kawan, sementara masih ada masa. Aku bagi cadangan je. Kawan kita boleh cari, emak, ayah, adik beradik mana nak cari? Masa belajar ni lah masa kita nak balik rumah selalu. Cuba bayangkan dua tahun lagi aku grad, dah kena kerja, ingat bos aku tu nak bagi cuti 3 4 bulan duduk rumah diam-diam? Tak ada maknanya. Masa ni lah nak bermesra-mesra dengan semua orang, tengok-tengokkan nenek dengan atuk. Buatlah sementara masih ada masa. Jangan dah terlambat baru nak menyesal. Jangan cakap tak pernah baca kat Stoicism pulak.



Hidup ni kejap je tau 'awak'. Kalau kita marah, kita terasa dengan orang, kita maafkan lah dia. Kalau hari ini kita hidup, esok belum tentu lagi. Haritu pun nasib baik aku selamat tau 'awak'. Kalau tak memang korang kena datang rumah aku, bukan kenduri kawen, kenduri arwah. Cerita dia macam ni, kita keluar simpang, memang tak ada kereta atau motor yang lalu masa tu, then nak buat u-turn. Lepastu ada kereta dari arah sana tiba-tiba masuk line sini dan masuk simpang yang aku keluar tadi. Then kena brek kat tengah-tengh jalan kalau tak both of us collide lah. Tiba-tiba ada motor datang dia ingat boleh lepas, by all means pun dia boleh lepas unless ada kereta parking kat tepi, lebih pada line putih tu tau, then gedegang!!!



Nasib baik motor, kalau kereta? Rasanya kalau kereta sempat brek sebab itu jalah lurus je mesti boleh nampak. Motor tu sebab dia ingat boleh lepas. Tapi kalau lori? Then we die lah. Dia macam kalau dia tak langgar kita, dia akan langgar kereta yang parking kat tepi tu, jadi dia pilih langgar kita, anda menang besar, tahniah! Menanggung kesakitan. Tapi semua masih hidup, pakcik motor tu tangan dia luka sikit kena jalan itu lah siapa suruh tak brek awal-awal. Dia langgar kat belah aku tau huk huk. Aku memang nampak dia datang, lepastu dia langgar AKU, then tergolek-golek atas jalan. Tak sempat aku nak kelip mata pun, yang orang cakap sekelip mata tu haa, memang betul lah tu. Gigil-gigil aku keluar then update status facebook sebab tak tahu nak buat apa, memang pengguna tegar boleh dapat award ni. Mana tak gigil nya saye tak pernah kemalangan tau! Memang shock habis lah. Sakit juga rupanya ye ingatkan tak. Mau tak pecah bibir, tak comel dah. Dah lah selama ni pun memang tak comel, makin tak comel lah aku haha. Bebear je sihat sejahtera. Asalkan bebear tak apa-apa, aku dah senang hati.

Kalau ada masa lebih:
1. Cuba kira berapa banyak kesalahan kat dalam kemalangan tu.
2. Cuba kira kat dalam satu post ni je ada berapa issue yang aku tulis haha.





p/s: I'm back! Cheh sihat sikit terus online. Sibuk dengan Zaim je lah. Kadang-kadang si Elsae datang naik atas laptop aku ni haih.
p/s/s: Nani is 'lyke' wolf wolf wolf! Haha comel gile tengok muka masa lari-lari sambil depa-depa tangan. Sungguh bersemangat yo! I love 17! Ok tiba-tiba je.

Friday, 2 April 2010

Someone asked me if I missed you, I didn't answer.

I just closed my eyes and walked away. Then I whispered:
SO MUCH!



Tiada kemaafan disini
Tiada penderitaan yang menghambat
Tiada kerinduan yang menyesak
Tiada kekecewaan yang mengguris

Mengapa kau harus hadir menjiwaiku
Mengapa kau harus lukakan hatiku
Mengapa kau harus menghantuiku
Mengapa semuanya harus begini
Sedangkan kau tiada jawapan untuk semua itu

Dengan cinta yang kau ciptakan
Dengan kasih yang kau rekakan
Dengan sayang yang kau lafazkan
Dengan harapan yang kau bina
Takdir menemukan kita buat sementara.

Love is patient
Love is kind
Love is to trust
Love is to protect
Love is to listen
Love is hope
Love is forever...

Wednesday, 31 March 2010

How to train your GIRLFRIEND(S)!

Eh salah, how to train your boyfriends. Owh no baby! How to train' your dragon' (baca cara orang ganu kite baca). Hmm baru betul. Baru-baru ini ada banyak masalah rumahtangga yang menyesakkan fikiran dan emosi aku. Eh bukan masalah rumahtanggan aku, bukan, aku ada rumah je, tangga tak ada lagi. Walaupun memang tak ada kaitan dengan aku secara langsung mahupun tidak langsung, ianya tetap buat aku terfikir. Sebab nya adalah aku mungkin akan fikir sesuatu benda tu banyak kali.



Thanks God he wasn't you! Aku kenal kau lebih daripada kau kenal diri kau sendiri jadi aku takut. Ok tipu mana ada orang lain lebih kenal diri sendiri. Ye lah mana tahu kau dah lain. Manusia berubah, itu lumrah hidup. Remember? Sedangkan pantai lagi berubah ini kan pula hati manusia. Walaupun kita bukan best friend forever, tapi aku memang berharap dia bukan kau. That almost make me cry, if you had know what I knew, you would know why.



Masalah satu: Kadang-kadang laki-laki boleh jadi sungguh annoying dengan tidak menghormati wanita. Wanita pun sama sahaja sebenarnya. Tapi kalau kau nak kawan dengan aku, tolong lah hormat aku. Lantak lah kau tak nak hormat aku banyak pun, sikit pun tak apa. Ini tak. Baru kenal sehari dua dah pandai kutuk-kutuk wanita begitu lah, begini lah. Huh pergi mati. Walaupun kau tak kutuk aku, tapi kau kutuk orang lain tu kira macam tak menghormati orang tahu. Biarlah kami nak pakai sweater masa turun makan. Biarlah kita tak lawa masa beli makan. Buat apa nak dressing lawa-lawa makeup segala turun beli makan je pun. Itu lebih baik daripada pakai baju sama je macam kamu, sah-sah setahun sekali baru basuh. Huh!



Masalah dua: Ini satu lagi masalah, dah ada girlfriend pergi usha orang lain lagi. Yang ini memang aku geram habis (maaf lah tergeram kat sini). Aku cakap kat kawan aku kalau aku jumpa laki tu aku bagi buku lima. Nasib tak kenal. Kalau setakat member-member baik tak apa tau, ini lebih-lebih. Nasib baik tahu awal, itu pun sebab kantoi bukan dia bagi tau sendiri. Menganiaya orang itu kan tak baik. Kalau diri sendiri pun terumbang ambing, jangan lah bagi harapan dekat orang. Kalau tak mahu, jangan layan lebih-lebih, bersederhana itu lebih baik. It's unethical you know. Malas nak taip banyak-banyak sebab bunyi kuat, tak sempat nak update kat bilik pagi tadi bangun lambat. Siapa suruh tengok jugak si Alice tu walaupun dah pagi buta.



Give thy thoughs no tongue,
Nor any unproportion'd though his act.
Be thou familiar, but by no means vulgar.
Those friends thou hast, and their adoption tried,
Grapple them to thy soul eith hoops of steel;
But do not dull thy palm (1) with entertainment
Of each new-hatch'd, unfledg'd (2) courage (3)
Beware
Of entrance to a quarrel, but, being in,
Bear't than th' opposed may beware of thee.
Give every man thy ear, but few thy voice;
Take each man's censure (4), but reserve thy judgement.
Costly thy habit as thy purse can buy,
But not express'd in fancy; rich not gaudy;
For the apparel oft proclaims the man;

Neither a borrower, nor a lender be;
For loan oft loses both itself and friend,
And borrowing dulls the edge of husbandry (5).
This above all-to thine own self be true,
And it must follow, as the night the day.
Thou canst not then false to any man.
  1. too freely shake hand
  2. untested
  3. a young man of spirit
  4. disapproval
  5. careful managemeng of fesources

--- William Shakespeare, Hamlet, Act 1, Scene 3.

p/s: tergeliat tangan aku type. Tak paham?? Aku pun tak paham haha. Tapi baca elok-elok sedap kata-kata dia. Aku kena baca P&A, sibuk je pergi cari poems.
 

Blog Template by YummyLolly.com