Pages

Sunday, 17 January 2010

Study Case - Part II (follow up)

Hari ini sepatutnya patient ada trip ke rumah anak yatim, tapi terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan. Sungguh kecewa. Masih tidak sihat sepenuhnya seperti yang dijangkakan. Baru sedar yang cirit birit pun tak boleh buat main-main. Ingatkan boleh sembuh seperti biasa dalam masa 24jam tetapi hampa. Walaupun dah makan ubat dan minum re-hydration salts tu tapi perut masih sakit. Tak lalu makan. Aku makan burger je semalam tak makan benda lain. Tak ada selera. Lagi tak boleh tidur, paling lama tidur 1jam je. Malam tadi dengan malam semalam dari pukul 12 lebih sampai 1 lebih. Lepastu tidur kejap-kejap je. Tengah hari pun tak boleh tidur. Pening. Jadi rasa kena pergi klinik.



Sebenarnya semalam sebab pagi dah ok jadi tak mahu pergi klinik, kirim ubat dekat kawan yang pergi farmasi je. Itu pun sebab emak paksa suruh beli ubat dan garam dekat farmasi, dah pergi sendiri klinik malas. Berkali-kali pesan makan garam letak 1 packet dan letak air setengah gelas je dan minum sampai habis, macam aku tak pandai baca arahan haha. Sebenarnya message adik je suruh tanya emak nak kena beli ubat apa terus emak call. Risau betul padahal sikit je. Lagi tak tahan siap suruh inform semua benda. Pergi toilet berapa kali, muntah lagi ke tak haih. Pagi-pagi lagi puan mami call untuk memastikan aku betul-betul pergi klinik hari ini, tidak membenarkan untuk mengelak lagi, seperti kebiasaan.



Kawan aku Dil dengan Sol yang pergi beli ubat tu kata pharmacist tu pesan suruh pergi klinik. Lagi tak boleh minum milo, no more milk, tak boleh makan benda bergoreng, kalau makan roti kena makan yang putih je yang tepi tak boleh makan (macam pantang jugak eh). Diorang kata nasib baik dah beli kfc dulu kalau tidak nak beli bubur McD je. Nasib baik. Kalau tak kempunan aku nak makan burger. Semua orang pesan macam-macam. Itu lah ini lah. Bagus-bagus. Nampaknya semua sayangkan pesakit haha. Ok perasan.



Kawan aku salah eja nama huu~



Beli 5 dah minum satu





p/s: kalau ada diarrhea tolong jangan minum nescafe. Ia akan membuatkan anda marathon ke tandas 2 kali dalam masa 8 minit!

p/s/s: pesakit nak sambung tidur. Itu pun kalau boleh tidur dengan lena haih. Ok kita cuba sedaya upaya!

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com