Pages

Thursday, 31 December 2009

Sudahlah sudah, Zue harus pergi

Atau lebih tepat lagi bila aku dah nak blah. Prinsip hidup aku biasanya senang! Simple. Jangan sampai aku give up dengan kamu, jangan sampai aku bosan. Sebab kalau aku pergi, there is no turning back. Kalau hal serius aku tak suka main-main. Sekali dah cukup, no second chance. Kalau sekali, dua kali kau permainkan kata, aku tak akan endah, aku boleh pejam mata. Tapi kalau dah berkali-kali?



Aku jarang nak bagi peluang kedua, sebenarnya. Sebab aku susah nak percayakan orang. Kalau aku percaya memang aku percaya betul-betul. If you break it once, you'll never get it back for the rest of my life. It's impossible. Don't get me wrong. Don't make me stupid for trusting you, after all the bullshit you put me through. Kamu jangan ingat aku lupa, mungkin aku buat-buat tak kisah tapi sebenarnya aku ingat. Its hard to remember. Forgive and forget agak susah untuk orang macam aku.








Bebear sudah tiga tahun! Yuuhoooooo!
(Bebear lompat-lompat gembira)






Me and bebear have been sweethearts for three years! Aku beli bebear tiga tahun dulu dekat KL. Tak sangka dah lama pulak. The one I love the most, the only. Sebab dah lama jadi rasa sayang pula walaupun tak selalu cakap sayang bebear tapi memang sayang betul. After all the obstacles, it's good enough for me to have bebear by my side. Rasa dilindungi, rasa disayangi, rasa selamat.



Susah aku, senang aku, sedih aku, gembira aku, semua bebear tahu. Travel mana-mana mesti bawak bebear. Kalau cuti lama memang tak sah kalau tak bawak balik. Aku ingat nak cari kawan untuk bebear, maybe a girlfriend, tapi susah pulak masa nak bawak balik naik bas dua-dua. Hmm macam mana ni...



p/s: I'll be happy for you, if you can be happy for me.



Wednesday, 30 December 2009

Larut dalam kesedihan yang panjang

Semesta ini aku ada kelas malam. Sebab lecturer aku jadi officer kat satu tempat jadi dia tak boleh ajar masa office hour. Jadi setiap Selasa dan Rabu malam ada kelas yang credit hour adalah empat. Yang kelas malam tu tak kisah lah sangat walaupun tak suka tapi buat-buat suka jugak.



Lecturer tu baru mengajar I guess. Tadi kelas aku bising maklumlah 150++ students, dekat 200 kot. Lepastu tadi tajuk Enzyme, banyak term yang tak faham dan tak dijelaskan jadi ramai yang mula cakap-cakap. Contohnya macam ni, tajuk dia Myocardial Infarction (MI), tapi tak ada pun dijelaskan kat slide benda-alah-apa-tu. Mula-mula madam dah marah sikit, dia pandang je. Lepastu dia kata tak nak bagi note! Habislah aku! Dah lah aku tulis short form je tadi AST, ACP, AM, mana nak ingat semua benda.



Kalau madam tak bagi note rasanya aku kena ambik lagi subject ni sem depan. Mana nak cari note weh? Tapi kelas memang bising tadi. Kitorang memang salah lah kan apa punya kelas bising. Aku dengan member-member cakap sikit je tadi, kawan aku mintak air yang aku bawak, lagi kawan aku tanya yang tak faham itu je sikit je pun.



Aku dengan kawan-kawan aku duduk barisan kedua dari depan. Betul-betul depan komputer dan depan madam. Tapi madam asyik baca slide je, madam tak pandang pun students sebab madam baca slide. Macam membelakangkan audience mungkin sebab tu bising. Bukan hari ini je selalu pun macam tu.



Lepastu note, ini dah week 3 tapi semalam baru dapat note untuk week 1. Itupun madam bagi hard copy suruh photostat untuk semua orang jadi mungkin sebab tu dapat lambat. Madam ajar cepat-cepat jadi mana sempat nak salin semua benda.



Aku tahu madam terkilan, madam marah, mungkin juga madam penat. Madam keluar macam tu je tak ucap terima kasih dan senyum macam madam selalu buat bila habis kelas. Mungkin madam terkilan sebab kami tak faham. Aku tahu kami pun salah sebab bising itu memang hakikat yang tak ada siapa boleh ubah.



Aku rindu nak belajar dengan Madam. F, dua sem lepas aku belajar dengan dia. Dia baikkkkk sangat. Dia jenis yang cuba faham keadaan kami sebagai student. Aku ingat lagi masa tu nak exam. Sebenarnya dia nak buat minus marking, tapi semua orang tak mahu lepastu dia cancel. Dia boleh consider, boleh bincang kalau ada yang tak puas hati.



"But you have to promise to study hard then"



Macam tu lah lebih kurang madam cakap. Bagus kan dia? Kalau tak faham pun dia memang explain habis-habisan. Sampai semua orang faham. Entah lah. Aku sedih, sebab rasa dipersalahkan untuk benda yang aku tak buat. Jadi aku macam give up sikit. Sikit je.

Susulan lambakan entry pada bulan December

Blog sudah satu tahun! Woha! Gaya kagum dengan diri sendiri. Maksudnya dah satu tahun aku merepek kat sini haha. Kalau kamu perasan bulan ini aku paling banyak post entry walaupun agak sibuk. Kalau tak sedar scroll ke bawah sebelah kanan sebab sebelah kiri tak ada apa-apa, then tengok stat.



Sebagai pegenalan jom kita kaji sejarah blog ini. Mula-mula aku buat blog ni December tahun lepas. Semua aku buat sendiri dari A sampai Z sebab rasa segan nak tanya orang (bijak bukan haha anak sapa lah tu). Tapi memang betul tak tipu.



Layout awal sempoi je lepastu up sikit cari yang lawa-lawa. Yang latest ini dah diubah kod HTML nya, sebenarnya ada 3 column sebab rasa semak dan tak tahu nak letak apa jadi ubah buat 2 column sahaja. Size column pun sudah ditukar bagi besar yang tengah tu. Sebenarnya nak tukar bagi nampak dewasa sikit sebab macam budak-budak je tapi malas biar je lah macam tu.



Dulu tak bukak komen sebab rasa tak ada orang baca sebab tak expose blog pun, tak bagi link dekat siapa-siapa pun. Menulis dalam diam, lepastu sendiri baca. Bila rasa skill menulis dah bagus sikit baru expose dekat orang. Dulu jadi silent reader je malas nak komen kat page orang, sekarang dah rajin sikit. Baru je follow semua orang dan letak link kat sebelah kanan sebelum ni memang tak ada pun.



Terima kasih kepada siapa-siapa yang sudi dan rajin datang menyinggah disini. Yang baca apa-apa yang aku merepek selama setahun ni, yang baca lepastu tinggal jejak, yang baca lepastu tak tinggal jejak, yang datang dan pergi macam angin, yang baca sikit lepastu kutuk-kutuk, yang baca lepastu kata ah blog aku lagi bagus. Jangan rasa annoying dengan diri sendiri, aku memang menghargai walau siapa pun kamu. Sila lah datang lagi ye anda sangat dialu-alukan! (bajet ada orang baca blog dia)



p/s: Lagi sehari umur dah jadi dua puluh dua tahun (22). What a nice number! Sebab aku rasa umur adalah dikira mengikut tahun jadi kalau tahun dah tukar jadi dua kosong satu kosong (2010) umur pun kena tukar. Secara hakikatnya dah tua err bukan tua, dewasa, tapi perangai budak-budak masih sama. Still. Sebab tak pandai macam mana nak jadi dewasa.
Tuesday, 29 December 2009

Kisah Zue dan Mr. M

Tidak pernah terlintas pun di hati Zue mahu bergaul mesra dan rapat dengan Mr. M. Sumpah! Selama ni Zue hanya tengok Mr. M tu dari jauh je. Pandang-memandang langsung tak pernah. Kalau terpandang pun lari cepat-cepat sebab malu. Maklumlah kadang-kadang Zue pemalu jugak orangnya.



Kalau paling dekat pun bila Mr. M datang cari makanan dekat tingkap, itu pun Zue dah terjeri-jerit macam kena histeria. Maklumlah teruja tengok bintang pujaan depan mata. Secara live kata orang. Sebab bilik Zue jauh dengan hutan, jadi Mr. M jarang datang sini, Mr. M sombong!



Alkisahnya begini, minggu lepas aku nak pergi basuh baju dekat mesin basuh. Mesin tu terletak kat blok dekat hutan, aku punya blok jauh sikit jadi mana ada pengalaman bergaul mesra dengan binatang peliharaan berbulu dan ada ekor panjang serta aggressive.



Masa nak pergi basuh baju tu kawan aku dah bagitahu ada monyet tapi bukan kat blok aku, jadi aku pergi je lah. Bila bajet-bajet dah siap, aku nak pergi ambik balik baju aku tiba-tiba ada banyak monyet dekat tangga. Aku cuak betul mana biasa duduk dekat-dekat dengan monyet.



Aku kat tangga paling atas, monyet-monyet tu kat tangga paling bawah. Aku tunggu dia lari dulu baru nak turun. Sekali dia pandang aku, lepastu senyum nampak gigi, aku yang lari. Takut! Lepastu sampai bilik gigil-gigil lutut, jantung jangan cerita ah pam cepat-cepat. Macam maraton ratus-ratus meter.



Tapi aku memang takut betul. Mana biasa tengok monyet dekat-dekat. Tengok pun dekat zoo je itu pun dalam sangkar. Ini memang betul depan-depan. Haritu ada monyet tu datang dekat dengan tingkap, tapi tingkap dah memang tutup siap-siap ah sebab biasanya kalau monyet datang diorang bising jadi dah tahu ada monyet jadi tutup cepat-cepat.



Aku kat dalam cermin, monyet bebas bersiar-siar dekat luar. Terbalik pulak kan. Maklumlah zaman moden ni semua benda jadi pelik. Tapi betul monyet tu memang tak TAKUT orang pun. Dia lagi kejar orang ada lah.



--> Yang bagusnya aku dah pandai guna mesin basuh. Yay! yay! yay!

Serasi bersama

Perasan tak kalau kita ada banyak persamaan dengan seseorang itu kita rasa dekat sangat dengan dia? Contohnya macam roomates, macam kawan-kawan sekelas, walaupun baru kenal seminggu dah boleh borak-borak macam dah kenal lama.



Baru sebulan kenal dah boleh kecoh sana kecoh sini macam memang kenal dari kecik lagi. Tak kisah lah siapa dia, kaya ke miskin ke, pandai ke, lawa ke tak, semua tu dah tak diambil kira. Semua itu tolak tepi. Sweet kan?



Satu 1,

Jika ini memang yang terbaik
untuk dirimu dan dirinya
kan ku terima
semua demi cinta

Jujur aku tak kuasa
saat terakhir ku genggam tanganmu
namun yang pasti terjadi
kita mungkin tak bersama lagi

Bila nanti esok hari
ku temukan dirimu bahagia
izinkan aku titipkan
kisah cinta kita
selamanya.



Dua 2,

Adakah disana kau rindu padaku
meski kita kini ada di dunia berbeza
bila masih mungkin waktu ku putar
kan kutunggu dirimu

Biarlah ku simpan
sampai nanti aku kan ada disana
tenanglah dirimu dalam kedamaian
ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
namun cintamu abadi.



Itu lagu sebenarnya. Lagu dari Kerispatih. Tajuk yang satu: Demi cinta, dua: Mengenangmu. Secara jujurnya tak tau pun dia siapa malas nak google, dah lupa ambik lagu ni dekat siapa sebab kalau aku download sendiri sure ada video klip tapi tak ada pulak.



--> Aku rasa dua lagu ni macam ada persamaan. Itu je.
Sunday, 27 December 2009

Nightmare, masa tidur siang.

Boleh pakai ke istilah ini haha lantak lah. Tadi aku tidur sebab little boy Zaim tidur, jadi tak ada siapa nak buli jadi aku pun tidur gak. Tapi kejap je sebab Zaim bangun dan datang kacau aku tidur.



Masa tidur tu aku pergi satu tempat tak tau kat mana tapi ada pantai cantik sangat. Sendiri pun tak faham kenapa pergi sorang. Pergi mandi laut, berenang, makan, macam best ah dah duduk hotel mewah. Memang perfect vacation yang diimpi-impikan oleh semua orang. Pada awalnya sorang-sorang je buat semua benda.



Lepastu masa siap-siap nak balik tiba-tiba aku bawak kereta. Lepastu kereta tu tersekat kat pasir tak boleh keluar dari hotel tempat aku lepak masa tu. Cuak cuak. Lepastu ada orang cakap


"Zue anak kau duduk sorang-sorang tu"


Jangan tanya! Aku pun pelik. Aku pergi ambik budak tu baby boy umur dalam 2 tahun dah pandai jalan dan dah boleh cakap.


"Darwish jangan kacau atuk nanti mama report kat papa"


Itu aku yang cakap! Macam tak percaya. Dan dan tahu nama budak tu Darwish pastu dan dan bahasakan diri sendiri mama haha sial. Pastu Darwish diam je ada sorang laki-laki tua yang aku rasa atuk dia la kan aku pun tak tau. Pastu aku suruh Darwish minta maaf kat atuk dia. Darwish senyap je takut kena marah.



Pastu aku tengok balik kat kerete aku tadi ada lelaki tengah adjust tak bagi tersekat. Rupanya orang tu papa si Darwish haha lagi sengal. Pastu borak-borak kejap dengan papa Darwish (tak boleh bagitau siapa sebab rasa nak gelak dan tak sesuai).



Darwish pulak nak pergi tengok laut. Aku sebagai mamanya bawak lah pergi jalan-jalan. Papanya pesan jangan pergi jauh sebab dah nak balik. Pastu bila lama sikit papa si Darwish call tanya aku dan Darwish ada kat mana sebab kereta dah tak tersekat dah nak balik.



Tiba-tiba aku pun tak tau ada kat mana. Orang-orang dekat situ semua pelik. Semua senyap je sambil tengok laut. Aku tanya mak cik kat sebelah aku duduk nama tempat ni apa aku pun dah lupa apa dia cakap.



Lepastu papa Darwish cari kami tak jumpa aku tunggu sampai dah nak malam. Aku ingat nak balik sendiri, jalan sikit ada hotel. Hotel kecik je sebab dah nak malam, jadi aku cakap kat papa Darwish aku tunggu kat situ. Tapi orang tu kata dah penuh. Aku risau betul sebab Darwish dah merengek. Lepastu orang tu bagi bilik kecik sebab kesiankan aku bawak budah kecik. Aku ingat lagi duduk tingkat 3.



Dah malam sikit rupanya ada perang. Semua jadi orang macam dalam ps. Bukan orang betul orang kartun. Aku cuak. Darwish pun. Kesian kot dah la tercampak entah kemana sekali ada perang. Memang macam perang betul ada bendera semua, ada bom jugak. Aku dengan Darwish duduk diam dalam bilik sambil intai-intai sebab takut.



Tada! Papa Darwish datang selamatkan kami. Then tak tahu bawak pergi mana sebab aku tersedar, Zaim bangun dan kacau aku. Tak sempat habis mimpi haha. Aku bangun rasa penat betul, tangan pulak sakit. Entah mana-mana lah aku pergi, entah siapa-siapa lah aku jumpa.



Moral of the story: kalau nak tidur basuh kaki. Jangan main ps banyak sangat nanti terpengaruh.

p/s: Aku kena balik esok pagi sebab ada kelas RKUD pukul 5! Hmm mungkin sampai tengah hari dalam pukul 1 lebih atau pukul 2. Semoga ada yang tak ada kelas esok boleh buat delivery pergi ambik aku kat terminal.

PIC, atau Partner In Crime








Kasut Timberland yang I tak mampu nak belanja.



Selebet tapi masih buat-buat comel, sebenarnya tak comel pun haha.


Macam dah tua. Alamak!



p/s: saje je letak tulisan tu kat atas-atas, boleh je kalau nak letak bawah.
p/s/s: sebenarnya nak buat book review tapi ter-buat tajuk lain pula. Esok lah ye?
Friday, 25 December 2009

No hard feeling

Berada di rumah. Mungkin tak update untuk sementara waktu maklumlah sibuk dengan anak haha. My sister beli arnab, I ingat dia main-main masa dia call bagitau, sekali betul pulak. I am here of course no worry. Secara zahirnya tak, secara batin mungkin.




















don't miss me that much
till then.

Love.





p
/s: minggu depan ada quiz Medical Microbe, haaa cuak cuak.
Thursday, 24 December 2009

Lappy, lappy oh lala

Pening aku dengan kau ni. Dah la beberapa hari ni aku sakit kepala je. Cuba kau bagitau terus terang dengan aku kau sakit apa? Apa yang tak kena nya? Dah pergi repair banyak kali pun sama jugak. Aku dah cuba banyak benda nak bagi kau senang hati, bagi kau selesa, bagi kau rasa tak terbeban.



Aku pegang dengan lemah lembut sopan santun takut kau buat hal, kalau bukak tab bukak sikit je takut berat, dah guna plug dekat luar takut plug yang ada masalah tapi hasilnya? Sama sahaja. Nampaknya tidak banyak membantu atau lebih tepat lagi tidak membantu langsung. Kang aku trade in kang sia-sia je jadi laptop. Huh!



Ke kau nak start perang dengan aku ni? Merajuk? Kita bukan baru kenal. Dah bertahun dah susah senang bersama-sama. Merantau entah mana-mana berdua tapi ini balasannya? Nak auto restart lagi? Try me!












Kalau trade in boleh dapat berape sen ek???
Tuesday, 22 December 2009

Sedikit yang bererti

Aku copy, paste, edit, dan dialih bahasa:



Sabtu, 19 Disember 2009:



Hari ini aku mendapat sebuah pelajaran berharga dari seorang penjual buku di sebuah masjid besar di wilayah kampus megah di Yogyakarta. Alhamdulillah, Allah meringankan langkahku hari ini untuk menuju rumah-Nya untuk menunaikan solat zohor. Setelah solat, aku menuju ke gerai buku yang memang selalu ada di sekitar masjid itu. Awalnya, aku mencari buku tentang Keutamaan Surah Al-Fatihah. Namun, aku mendapatkan dua buku yang lain, yang insyaAllah bermanfaat untuk menambah ilmu agamaku.



Pada saat sang penjual sedang menyampul buku yang aku beli, terciptalah percakapan yang cukup bertema. Awalnya, aku tidak sengaja memegang buku tentang positive feeling, tentang quantum Ikhlas yang sedang dia baca. Kemudian dia menawarkan buku itu kepadaku. Dia bercerita bahwa isi buku itu benar-benar bagus.



Aku fikir, tentu saja dia cakap begitu supaya aku beli buku itu. Kemudian dia bercerita sedikit tentang isi buku tersebut. Salah satu hal yang diajarkan buku itu adalah bahawa Allah melihat kesungguhan hati seseorang yang berdoa. Sampai mulut berbuihpun mengucap kata-kata doa, memohon kepada Sang Khalik tentang ini dan itu, tapi hatinya pesimis, tapi hatinya tak turut berdoa, tapi hatinya kosong, Allah tak akan mendengarnya.



Katanya lagi, "Allah itu mendengar dari hati kita, bukan apa yang kita ucapkan. Soalnya kata-kata yang diucapkan itu kebanyakan dipengaruhi fikiran, bukan hati. Harusnya, hati yang berkata, bukan fikiran. InsyaAllah kalau hati kita yang berdoa, dan optimis, Allah pasti akan mengabulkan". Aku sempat terpegun.



Jangan-jangan, itulah caraku berdoa saat ini. Baca doa, minta ini itu, tapi hatiku kemana? Adakah pada saat yang bersamaan hatiku juga memohon kepada Sang Pemilik? Adakah pada saat mulutku berdoa, hatiku juga berdoa? Adakah selama ini, hatiku dikontrol oleh fikiranku yang sempit? Adakah selama ini hatiku ditutupi hawa nafsu hingga tak sanggup lagi berdoa? Adakah selama ini hatiku kosong?



Serta merta aku beristighfar. Astaghfirullah… Percakapan yang awalnya hanya menawarkan buku, menjadi topik yang menggugah hatiku, mengusik jiwaku, menyentuh perasaanku.
Kemudian ia melanjutkan, "Pernah dengar tak kak, kalau Allah itu sedikitpun tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Manusia yang menzalimi dirinya sendiri.



Makanya, penting untuk berprasangka baik pada Allah. Kalau prasangka kita selalu baik, insyaAllah jadinya baik. Kalau kita menekankan sesuatu, nanti kembalinya kepada kita juga. Itu berlaku pada hal yang baik dan yang buruk. Hukum alam kak” Aku sibuk menyemak kata-katanya.



Subhanallah, memang sebagus itu isi buku tersebut? Aku benar-benar berminat dengan isi buku itu. Sang penjual telah menceritakan sedikit cerita, karana dia sendiri belum habis membacanya. Tapi dari sedikit cerita itu, benar-benar membuka mataku, untuk segera memperbaiki caraku berdoa.



Berdoa dengan betul, dengan hati, diiringi keikhlasan, kesabaran, dan optimis. Tak lupa ikhtiar, sehingga yang diinginkan termakbul. Allah tempat meminta, Allah Maha Menolong. Berdoa juga kan salah satu ibadah.



Terima kasih ya Allah. Tidak pernah sia-sia segala peristiwa yang Engkau jadikan kepada hambaMu. Terima kasih atas segala hikmah hari ini. Sedikit yang bererti.
Alhamdulillah.
Monday, 21 December 2009

Mencari 'Zue' di Google Image

Yang ini oh damn it kills me! Terbaek!
Memang cantik lawa hensem kacak cute dan sebagainya.
--> No more words left to describe <--



Benda apa entah tak tau


Erk?


Kucing itu yang nama Zue, bukan laptop tu.



"Zue loves my laptop"
Sunday, 20 December 2009

Jurujual dari kedai kaca mata

Jumaat lepas aku ada pergi kedai kaca mata di satu pusat membeli belah terkemuka di Kuantan. Aku beli contact lens sebab bulan tujuh haritu baru buat spec baru tak kan nak buat spec lagi. Sekurang-kurangnya setahun baru tukar ok!



Diorang ada buat promotion, tapi untuk yang colour lens sahaja sepasang Rm 38. Biasa dalam Rm 60 atau Rm 70 kalau tak silap aku. Jadi cepat dapatkan segera sementara stock masih ada terhangat di pasaran. Promotion untuk bulan ini sahaja tau!



Yang colourless pun ada promotion jugak. Tapi tak ada limit masa promotion seumur hidup gitu aawwww. Kalau beli tujuh (7) kotak contact lens itu dapat percuma satu kotak. Aku beli satu je, jadi diorang simpan aku punya data dan nanti kalau aku pergi beli lagi diorang akan simpan sampai cukup tujuh kotak seterusnya dapat percuma satu.



Yang menariknya bukan promosi-promosi hangit di pasaran itu. Beberapa minit yang lalu akak yang jual tu call aku. Dia call cuma nak tanya aku selesa tak pakai lens tu, ok ke tak. Sungguh bagus. First class I tell ya! Mana ada orang kedai cermin mata call tanya pelanggan dia selesa tak pakai spec mereka atau pun contact lens yang dibeli dari kedai mereka.



Mengikut sejarah, sepanjang pengalaman aku pakai spec dan contact lens selama bertahun-tahun ini TAK PERNAH ada orang kedai call tanya selesa ke tak pakai. Sungguh memang tak ada. Ini yang pertama kalinya. Dia call aku pagi tadi tapi aku tak jawab sebab ada design workshop jadi dia call balik.



--> Ini nama dia jurujual yang concern dengan pelanggan. Aku kagum betul. Pandai diorang ambik hati aku (baca:pelanggan).
Saturday, 19 December 2009

Buku-buku

Dah habis baca buku ini,




Dan buku ini juga, dalam masa seminggu.

--> orang cover page tu hensem macam my boyfriend,
ala yang hero Prison Break tu haha.



Kesimpulan: Trigger sangat best! Man and Boy pun ok tapi tak suka sangat sebab cerita pasal perpecahan keluarga sebab laki dia gatal jadi tak suka. Tapi masih baca sampai habis sebab nak tahu ending. Baik baca trigger, pasal dia tembak diri dia sendiri. Masih hidup. Dia lupa kenapa dia tembak diri dia sendiri jadi dia find out why. Ada banyak conflict nak tahu baca sendiri.



Sekian.

Penghargaaan



Semalam keluar membeli belah cis duit dah masuk awal pergi shopping pulak. Ok sebenarnya beli barang sikit je sebab minggu lepas dah keluar shopping haha. Sebab rasa macam dah lama tak bagi hadiah untuk orang-orang tersayang jadi semalam aku beli banyak hadiah.



Aku bukan biasa nak bagi hadiah masa tahun baru ke, masa birthday ke tak aku jarang buat macam tu. Aku nak wish hepi birhday pun aku malas tau ini kan pulak nak bagi hadiah segala. Biasanya beli hadiah ikut suka hati je dan ikut mood juga dan yang paling penting mesti lah ikut tahap kewangan pada masa membeli hadiah itu.



Paling teratas Puan Emak. Biasanya beliau memang dapat hadiah paling mahal. Aku order set Tupperware. Dalam 3 set dan harga satu set tu seratus lebih lepastu tu ada yang offer sikit beli jugak tambah cost untuk pos lagi tak tahu berapa dah. Hadiah untuk emak-emak macam tu lah tak faham kenapa emak-emak suka tupperware (ke emak aku je?).



Last time aku bagi hadiah tupperware juga tapi set lain dia senyum je berminggu-minggu suka betul. Lagi emak aku gembira bila aunty aku dengki sebab dia kata aku pandai cari, lepastu suruh aku order set yang sama tapi aunty aku bayar sendiri lah kopak aku nak belanja beratus-ratus.



Lepastu beli hadiah Encik Abah dan Mr. Azhisham. Beli baju brand sama dan harga sama untuk menunjukkan bahawa tidak ada istilah pilih-pilih kasih semua sama rata sahaja. Sebenarnya tak tahu nak beli hadiah apa untuk laki-laki. Nasib tak beli baju yang sama sebab rumah dekat-dekat jadi tak mahu ambik risiko takut mereka pakai baju sama pada hari yang sama.



Nak cari baju untuk Zaim jugak tapi tak ada yang sesuai. Aku nak bila Zaim pakai baju tu dia boleh nampak macho dan matang sebagai budak lelaki berumur satu tahun empat bulan.



--- Ish tak puas hati baju Zaim tak ada nanti balik pergi beli dekat rumah lah.
Saturday, 12 December 2009

Sepanjang perjalanan itu











Aku lah manusia itu

" Barang siapa tidur dengan tenang di tempat tidurnya,
sihat badannya dan cukup keperluannya,
maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya
telah diperuntukkan untuknya"



Aku lah manusia itu. Seminggu ni semua yang aku nak makan aku dapat. Dua kali makan KFC dan makan pizza dalam masa seminggu. Kat rumah pun melantak habis-habisan maklumlah cuti tiga minggu. Tapi semalam berat aku 40 kilogram je ayak! Kena tambah ni. Kalau 40 kg aku jadi underweight. Biasanya berat aku paling tinggi pun 42.5 kg tak naik-naik dah itu je paling tinggi.



Aku terkilan jugak sebab tak boleh derma darah sebab berat bawah 45kg. Kesian aku kan? Makan dah banyak tapi tak berat-berat jugak macam mana nak buat bagi berat sikit? Rasa macam kalau gemuk sikit lagi comel kot.
Friday, 11 December 2009

Zaim dan bantal busuknya


Tengok elok-elok baju cap apa yang dia pakai

Stop car litter!



Apa kau ingat jalan raya tu tong sampah ke??

Cinta datang lagi






Benda alah ni cantik!
Thursday, 3 December 2009

Kemarahan yang datang dan pergi

Bangun pagi-pagi sepatutnya kena senyum dan gembira sebab result dah keluar semalam dan malam tadi dah boleh check sedangkan ramai lagi sahabat-sahabat yang masih belum dapat buka. Result masih ok macam biasa selagi tak ada C selagi itulah aku rasa result aku akan jadi ok sungguh gembira.



Ingat ada yang dapat C sebab sem lepas semua subjects adalah sangat mencabar sampai semua orang tidur lambat mungkin ada yang tak tidur langsung atau pun tidur sikit je sebab stadi. Aku sorang je yang asyik online dan main game sambil baca buku dengan gembira dan kadar tidur per jam adalah tinggi. Sebenarnya sem lepas adalah sem yang paling banyak aku main gem masa exam pun aku bantai jugak apa salahnya kan.



Bila bangun pagi tadi tiba-tiba aku rasa nak marah orang adalah sesuatu yang jarang aku buat. Sungguh tak awet muda. Lepastu aku dapat mesej ini:



Hidup ini susah kita nak duga,
Kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang
Tapi sebenarnya kita jauh,
Walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia,
Belum tentu hati dia kita dapat selami,
Mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa,
Tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyumannya.

Bila dia menangis,
Kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya,
Walhal kehadiran kita langsung tak disenangi.

Rencah dunia,
Kita tak kan tahu siapa kawan dan siapa lawan,
Sehinggalah sampai satu masa kita jatuh,

Saat itu
Lihatlah siapa yang datang menghulurkan tangan.



Disertakan dengan gambar ini,
dan ada lagu juga.





Terus tak jadi marah
Terus rasa terharu
You can always make me smile
No matter what,
remember.


Tuesday, 1 December 2009

Saye rindu Zizan, dan Ai'san juga


Ai'san suka buli Zizan!



Suka pic ni! Nampak sungguh bersemangat!






Masa untuk mandi -Zizan-






Suka panjat-panjat


Bebear yang paling bijak dan kacak. Any objection?


Kan dah bagitau dia bijak. Mana ada bebear dalam dunia ni yang rajin baca buku Human Genetics sambil online dengan makwe?




Dan dia juga kacak *wink wink*

Cekodok cinta kasih sayang




Roomate aku ter-buat, secara tak sengaja tau! Bukan dibuat-buat. Macam woha kagum betul haha. Lepastu rasa macam dah asingkan letak tepi sebab sayang takut termakan. Masa tu aku tengah siap-siap nak balik sambil copy movie sambil makan. Lepastu cari balik cekodok ni dah hilang. Nasib baik dah ambik gambar dulu. Tak tahu siapa makan tak perasan. Haih. (-_-')
 

Blog Template by YummyLolly.com