Pages

Showing posts with label Anything. Show all posts
Showing posts with label Anything. Show all posts
Friday, 3 September 2010

Will go offline for a temporary time.

Malam tadi dan hari ini sungguh gembira.

1. Sebab harini nak balik!
2. .....
3. Malam tadi seronok betul jalan-jalan, tak sangka boleh sampai seronok macam tu haha.
4. Walaupun harini ada exam, buat-buat tak ada exam.





p/s: Kadang-kadang kegembiraan orang lain boleh buat aku berkali-kali ganda gembira. Hidup ni pelik kan.



Selamat balik semua orang! Drive carefully, hati-hati naik bus, hati-hati jalan tu, dll.

Friday, 16 July 2010

Just let you know that, you're not alone.

Everybody come take my hand,
we'll walk this road together.



Kadang-kadang hidup boleh jadi sangat bosan hari-hari rasa kurang bersemangat, kadang-kadang pula hidup jadi sungguh gembira, hari-hari rasa nak senyum je. Inilah yang dipanggil hidup. Kita tak akan selama-lamanya gembira, kita juga tak akan selama-lamanya sedih dan kecewa. Semua tu ada hikmah, mungkin kita yang tak perasan. Rasa macam tak nak hari ini berakhir. Kenapa ya?



Bercakap pasal peluang. Peluang, namanya pun dah p.e.l.u.a.n.g. Dia akan datang sekali sekala je dalam hidup. Jadi bila peluang tu datang, cuba ambik peluang yang datang tu. The outcomes boleh jadi bagus, boleh jadi tak berapa bagus. Bila dah ada depan mata, sebelum ambik peluang tu, bersedia dengan segala keputusan yang bakal kita terima supaya walau apa pun kesudahannya kita tak akan menyesal atas keputusan yang kita sendiri buat. Redha dan bersyukur itu lebih mulia bukan.



Bersyukur kerana aku berada di sini, right here right now. Bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bersyukur dengan segala-galanya. Bersyukur kerana aku ada kamu, sahabat.



p/s: maaflah kalau aku asyik senyum dan gelak je dulu kini dan selamanya. Someone somewhere said "obviously Zue!" Haha I know.

Tuesday, 9 March 2010

Pretty boy of mine

Masalah yang memberat tanpa kehadiran orang-orang tersayang di sisi rasa sangat menyedihkan. Kadang-kadang rasa so unmotivated. Ini yang rasa nak balik ni! Dealing with adult things sometimes make me sick. Family, Zaim, bebear, exams (konon), study, laptop, online, roomates, friends, makan, tidur, jalan-jalan, anak-anak, suami. I'm not dealing with the gun anyway. Rasa nak bawak bebear pergi symposium Jumaat ni sebab rasa sayang nak tinggal dia sorang-sorang kat sini dua tiga hari, tapi tak muat lah. Ada seat kosong tak? Haha. Dah baca surat khabar hari ini belum? Tengok kat Berita Harian dan Metro pun dah cukup memberatkan kepala. Ini belum baca The Star dengan NST lagi ni.



1. Kes orang buang bayi.

- Ini bukan masalah baru, dah lama tapi sekarang macam makin teruk je. Tapi semua pihak asyik nak tunding jari masing-masing orang tu salah orang ni salah. Tapi tak banyak dengar ada orang ambik langkah pencegahan. Semua pakat-pakat mencemuh, mencebik, mengata. Itu je yang tahu. Tapi ada ke orang simpati kat diorang? Ada orang tolong diorang? Memang lah diorang totally salah, itu tak dapat dinafikan. Tapi disamping mengata dan mencebik tu apa kata ambil langkah pencegahan. Bagi pendedahan sikit kat diorang ni. "Mayat pelajar IPT ditemui bersama bayi yang baru dilahirkan". Ini berita betul tapi tak tahu yang bila. Berita macam ni ke yang kita nak baca kat surat khabar? Nak tengok kat tv?



2. Budak 11 tahun dipaksa kawin

- Sengal ni. Bapa yang sungguh penyayang sebab bagi anak kawin cepat-cepat ye? Memang sial! Bapak dia tak belajar hukum hakam ke? Anak dia yang sekecil tu tahu ke tanggungjawab seorang isteri? Ingat nabi ke apa ni? Aku yang dah tua ni pun tak tahu apa-apa ini kan pulak budak kecik macxam tu. Lepastu dia tak pergi sekolah ke?



3. Kakitangan *** kena tembak depan rumah

- Sekarang dah ada kes macam ni kat sini ye. Sebelum ni tak ada lah macam extreme sangat tembak betul-betul depan rumah. Haih.



4. 2 enjin jet hilang
- No comment



5. Politik
- No comment



6. Ketua sindiket dadah ditahan
- Bagus!



7. Oscar angkat pengarah wanita (Avatar Tewas)
- Pengarah terkenal, James Cameron, pulang dengan tangan kosong apabila filem arahannya, Avatar, kalah kepada The Hurt Locker, sebuah filem perang kos rendah arahan bekas isterinya, Kathryn Bingelow.



8. Usah caci Terry lagi
- Oppssss! Haha.





p/s: no time to think, my turn to go.
Monday, 1 March 2010

Blah blah blah!




Ini asimen CB. Sekarang semua senang upload je kalau ada information apa-apa. News pun cepat je dapat. Bagus-bagus aku suka. Tadi buat cabutan bertuah nak pilih soalan, group aku dapat nombor 1. Nombor satu ok! Maksudnya ialah kena buat asimen soalan nombor satu dan present pun nombor satu. Cool bukan? Soalannya berbunyi begini:



Geriatrics is a subspecialty of medicine that focuses on health care of the elderly. It aims to promote health and to prevent and treat disease and disabilities in older adults.
Discuss the DNA diagnosis and disease of the geriatrics. Describe the physiological condition in the age (elderly).



Masalahnya utama ialah aku dan kawan aku (haha tak tahu lah siapa) tak pernah dengar pun apa itu Geriatrics! Lepastu kita dua orang sibuk cari detail benda alah tu. Semangat! At least we know something tau. Daripada tidak tahu langsung sekarang ada idea sikit apa benda ni (tapi still tak clear sangat).


Lagi:
Main Entry: 1ge·ri·at·ric
Pronunciation: "jer-E-'a-trik, "jir-
Function: noun
1 ge·ri·at·rics plural but singular in construction : a branch of medicine that deals with the problems and diseases of old age and aging people —compare GERONTOLOGY




p/s: dah-dah merepek nak pergi isi borang kejap. Jangan lupa doakan aku sama, sama-sama doakan supaya kita semua dapat offer tu. Boleh? Kalau ada rezeki ada lah, kalau tak ada nak buat macam mana jangan risau. Kita cuba lagi lain kali. Semoga semua berjalan lancar yeah!

p/s/s: aku cuak takut barang yang di-post-laju-kan tak sempat sampai esok dan yang akan di-fax-kan oleh Tuan Syed esok pagi itu tak sampai T.T

Sunday, 21 February 2010

When I text you it means I miss you

And when I don't it means I'm waiting for you to miss me hah sungguh menipu. Aku sampai sekarang masih tak faham kenapa kita boleh kekal berkawan dengan seseorang, I mean best friends, walaupun dah bertahun-tahun, walaupun duk contact setiap masa? Bukan nya buat hal masing-masing tak kisah hal kau hal aku, setahun sekali baru jumpa buat alumni, bukan macam tu. Tahu je hal masing-masing. Kenapa kita masih tak bosan ek??? Contoh terbaik adalah aku dan bebear. Haha. Walaupun bebear diam je tak pernah cakap but we got issues.



Macam you both saling sokong-menyokong, saling bantu-membatu tak kisah lah walau dalam apa keadaan sekalipun, walaupun bidang lain-lain tak ada kaitan langsung. Rasa macam diri sendiri tak penting langsung member kita tu lagi penting. Kalau ikut term aku, 'boyfriend' atau 'girlfriend' adalah bukan satu jalinan persahabatan yang dibina berdasarkan keikhlasan. Aku lebih suka guna best friends, rasa lebih jujur dan ikhlas. Sebab kalau best friends it can be girls, it can be boys. Both are accepted. Ikut term aku, please take note. This is a free country. You can throw out you ideas wherever you want, and I can throw mine. Do we understood? Good! Kadang-kadang (sambung balik) kau akan rasa orang lain lagi hensem, lagi comel, lagi baik hati, lagi bla bla bla tapi bila kau fikir nak gantikan sesetengah sifat best friend(s) kau tu contohnya bagi hensem sikit ke, penyayang macam Brad Pitt ke, bagi lawa macam Erra Fazira ke, kau akan fikir dua kali.



Macam biar je lah dia macam tu walaupun dia biasa-biasa je apa salahnya. You don't want more, you don't want anyone else. Betul sila cuba buat di rumah ye haha. 'Boyfriend' atau 'girlfriend' (bagi aku) adalah satu hubungan yang tak pasti, macam dia bukan kawan kau, dan bukan best friend(s) kau jugak. Dia macam completing each other for unknown reasons. Just for fun maybe, don't know, don't care. Macam itu lah bagi aku. Aku tak suka lah term 'boyfriend' dan 'girlfriend' ni. Itu je sebenarnya haha. Contoh, aku dengan kau, kita kawan. Aku, kau, kita, mereka, dia, we all are here for some special reasons, stop being prisoner of your past, become architect of your future. It's not easy you know, dealing with the past, living the present and fighting for the future. Easy, no! Possible, yes! Dah-dah lah tu merepek Zue oii!



Ok ini dah masuk cerita lain tau, ini tentang Dr. Zaid, dia mengajar kat Gombak, fakulti adalah dirahsiakan. Aku suka dia, maksud aku cara dia bagi pendapat tentang sesuatu benda. Dia sekarang ada di Indonesia, ada pertukaran pengajar antara 'U aku sekarang' - Universitas Islam Indonesia dan 'U aku sekarang' - Universitas Muhammadiyah Yogyakarta. Buat research dan mengajar, subject juga adalah dirahsiakan haha kedekut. Baru-baru ini dia pergi naik Gunung Merapi, please take note that Gunung Merapi adalah salah satu gunung berapi aktif, most active volcano, 1700 m above sea level and smoke can be seen emerging from the mountain top at least 300 days a year! Jadi aku kagum betul dan rasa nak pergi sana tengok sendiri apa yang ada kat atas gunung BERAPI tu.



"Nak dtg dsini dtg lah..nanti I bawak u pegi Merapi and I bawak u tawaf Borobudur" kata beliau. Dia cuma ada 3 bulan lebih lagi duduk sana sebab masa pertukaran hanya 8 bulan. Kalau sesiapa nak pergi boleh lah contact beliau. Di boleh tolong arrange semua haha not this time la dr. Ada banyak gambar, aku upload sikit je ni. Gambar yang ambik kat atas gunung tu semua comel! Diorang gerak pagi-pagi, Subuh kat atas sana. Gunung tu penuh dengan batu-batu, tapi kat tempat yang rata dan bawah pokok boleh tidur macam tu je masa rehat-rehat sebab bersih, cuma alas kepala dengan beg. Best! Dr. Zaid bukan geologist or vulcanologist whatsoever, dia naik saje-saje je sebab ada member dia dari Malaysia pergi melawat sana jadi dia ajak naik gunung tu. Dr. Zaid gambar first bawah ni tak nampak sangat sebab memang sengaja tak bagi kenal.














p/s: cantik! Aku sure kat sini tak ada pacat dan monyet. Aku lupa nak tanya dr next time lah.
Saturday, 13 February 2010

No exemptions, no exceptions, no excuses!!!

1, 2, 3 MULA! Jangan lupa baca Bismillah dan mulakan dengan kaki kanan.

Mula naik kat tengah-tengah,
ni dah merayap pergi tepi.

Sampai atas! Hoyeah!

Paintball time! Lalalalala.

Jangan percaya dengan gambar, action je lebih tu haha.



Hobi baru Zue adalah panjat-memanjat. Ini penyakit berjangkit dengan Mr.M ke apa nih?? Panjat bukit, panjat dinding. Panjat bukit lagi best kot? Minggu ini Zue asyik berjalan dan bermain-main. Bagus-bagus sebab ini boleh mengembangkan minda, mencergaskan badan, dan mencuba benda-benda baru dalam hidup. Kalau panjat bukit tak takut pun, cuma penat sahaja. Ini panjat dinding weh! Dinding tu 7 meter. First timer, cuak takut jatuh. Walaupun dah pakai tali tu sah-sah tak jatuh tapi tetap takut jugak. Walaupun dah yakinkan diri sendiri tak akan jatuh punya, tapi masa mula-mula naik memang pegang kuat-kuat takut jatuh.



Kena pastikan tangan dan kaki cukup kuat untuk menampung berat badan sendiri. Susah nak sampai atas tu. Pastikan tak gayat kalau tak susah juga nanti tak boleh gaduh-gaduh dengan orang kat bawah haha. Kalau sorang-sorang memang tak lepas sebab tak tahu nak pijak mana, nak pegang yang mana. Kena ada orang bagi direction baru tahu. "Kaki kanan pijak yang biru, tangan kiri cuba pegang yang pink tu, jangan angkat guna tangan, tolak guna kaki, bla bla bla yada yada yada". Lepastu dah tak tahu nak pergi mana tanya orang bawah kuat-kuat nak pegang mana ni??? Apa yang penting "KERJASAMA".



Tapi aktiviti ini bagus untuk semua peringkat umur. Tak ada lah asyik tengok dalam tv je x-games. Cuba sendiri lebih seronok rupanya daripada tengok kat tv. Walaupun bising-bising tapi kaki dan tangan sila bergerak untuk membuktikan kepada mereka bahawa budak kecik serta bising pun boleh sampai atas! (sila berlagak). Lepastu cuba naik yang biru sahaja. Tak lepas. Sampai satu tahap dah tak tahu nak pegang mana nak pijak mana nak naik atas lagi sebab jauh-jauh tak sampai tangan nak pegang, lepastu tangan dah tak kuat, tak boleh nak pegang lagi. Lepastu jerit-jerit nak turun.

Naik lagi!

Tak mau!

Naik!

Tak larat, nak turun!

NAIKKKKKK!



p/s: sila pastikan orang yang pegang tali anda cukup bertimbang rasa ye kalau tak nanti dia akan lepaskan tali dengan laju dari ketinggian 4 atau 5 meter dan cover balik 1 meter sebelum badan anda terhempas ke lantai dan anda akan jerit-jerit takut!!! Memang sengaja je haha.

Sunday, 27 December 2009

Nightmare, masa tidur siang.

Boleh pakai ke istilah ini haha lantak lah. Tadi aku tidur sebab little boy Zaim tidur, jadi tak ada siapa nak buli jadi aku pun tidur gak. Tapi kejap je sebab Zaim bangun dan datang kacau aku tidur.



Masa tidur tu aku pergi satu tempat tak tau kat mana tapi ada pantai cantik sangat. Sendiri pun tak faham kenapa pergi sorang. Pergi mandi laut, berenang, makan, macam best ah dah duduk hotel mewah. Memang perfect vacation yang diimpi-impikan oleh semua orang. Pada awalnya sorang-sorang je buat semua benda.



Lepastu masa siap-siap nak balik tiba-tiba aku bawak kereta. Lepastu kereta tu tersekat kat pasir tak boleh keluar dari hotel tempat aku lepak masa tu. Cuak cuak. Lepastu ada orang cakap


"Zue anak kau duduk sorang-sorang tu"


Jangan tanya! Aku pun pelik. Aku pergi ambik budak tu baby boy umur dalam 2 tahun dah pandai jalan dan dah boleh cakap.


"Darwish jangan kacau atuk nanti mama report kat papa"


Itu aku yang cakap! Macam tak percaya. Dan dan tahu nama budak tu Darwish pastu dan dan bahasakan diri sendiri mama haha sial. Pastu Darwish diam je ada sorang laki-laki tua yang aku rasa atuk dia la kan aku pun tak tau. Pastu aku suruh Darwish minta maaf kat atuk dia. Darwish senyap je takut kena marah.



Pastu aku tengok balik kat kerete aku tadi ada lelaki tengah adjust tak bagi tersekat. Rupanya orang tu papa si Darwish haha lagi sengal. Pastu borak-borak kejap dengan papa Darwish (tak boleh bagitau siapa sebab rasa nak gelak dan tak sesuai).



Darwish pulak nak pergi tengok laut. Aku sebagai mamanya bawak lah pergi jalan-jalan. Papanya pesan jangan pergi jauh sebab dah nak balik. Pastu bila lama sikit papa si Darwish call tanya aku dan Darwish ada kat mana sebab kereta dah tak tersekat dah nak balik.



Tiba-tiba aku pun tak tau ada kat mana. Orang-orang dekat situ semua pelik. Semua senyap je sambil tengok laut. Aku tanya mak cik kat sebelah aku duduk nama tempat ni apa aku pun dah lupa apa dia cakap.



Lepastu papa Darwish cari kami tak jumpa aku tunggu sampai dah nak malam. Aku ingat nak balik sendiri, jalan sikit ada hotel. Hotel kecik je sebab dah nak malam, jadi aku cakap kat papa Darwish aku tunggu kat situ. Tapi orang tu kata dah penuh. Aku risau betul sebab Darwish dah merengek. Lepastu orang tu bagi bilik kecik sebab kesiankan aku bawak budah kecik. Aku ingat lagi duduk tingkat 3.



Dah malam sikit rupanya ada perang. Semua jadi orang macam dalam ps. Bukan orang betul orang kartun. Aku cuak. Darwish pun. Kesian kot dah la tercampak entah kemana sekali ada perang. Memang macam perang betul ada bendera semua, ada bom jugak. Aku dengan Darwish duduk diam dalam bilik sambil intai-intai sebab takut.



Tada! Papa Darwish datang selamatkan kami. Then tak tahu bawak pergi mana sebab aku tersedar, Zaim bangun dan kacau aku. Tak sempat habis mimpi haha. Aku bangun rasa penat betul, tangan pulak sakit. Entah mana-mana lah aku pergi, entah siapa-siapa lah aku jumpa.



Moral of the story: kalau nak tidur basuh kaki. Jangan main ps banyak sangat nanti terpengaruh.

p/s: Aku kena balik esok pagi sebab ada kelas RKUD pukul 5! Hmm mungkin sampai tengah hari dalam pukul 1 lebih atau pukul 2. Semoga ada yang tak ada kelas esok boleh buat delivery pergi ambik aku kat terminal.
Monday, 21 December 2009

Mencari 'Zue' di Google Image

Yang ini oh damn it kills me! Terbaek!
Memang cantik lawa hensem kacak cute dan sebagainya.
--> No more words left to describe <--



Benda apa entah tak tau


Erk?


Kucing itu yang nama Zue, bukan laptop tu.



"Zue loves my laptop"
Sunday, 20 December 2009

Jurujual dari kedai kaca mata

Jumaat lepas aku ada pergi kedai kaca mata di satu pusat membeli belah terkemuka di Kuantan. Aku beli contact lens sebab bulan tujuh haritu baru buat spec baru tak kan nak buat spec lagi. Sekurang-kurangnya setahun baru tukar ok!



Diorang ada buat promotion, tapi untuk yang colour lens sahaja sepasang Rm 38. Biasa dalam Rm 60 atau Rm 70 kalau tak silap aku. Jadi cepat dapatkan segera sementara stock masih ada terhangat di pasaran. Promotion untuk bulan ini sahaja tau!



Yang colourless pun ada promotion jugak. Tapi tak ada limit masa promotion seumur hidup gitu aawwww. Kalau beli tujuh (7) kotak contact lens itu dapat percuma satu kotak. Aku beli satu je, jadi diorang simpan aku punya data dan nanti kalau aku pergi beli lagi diorang akan simpan sampai cukup tujuh kotak seterusnya dapat percuma satu.



Yang menariknya bukan promosi-promosi hangit di pasaran itu. Beberapa minit yang lalu akak yang jual tu call aku. Dia call cuma nak tanya aku selesa tak pakai lens tu, ok ke tak. Sungguh bagus. First class I tell ya! Mana ada orang kedai cermin mata call tanya pelanggan dia selesa tak pakai spec mereka atau pun contact lens yang dibeli dari kedai mereka.



Mengikut sejarah, sepanjang pengalaman aku pakai spec dan contact lens selama bertahun-tahun ini TAK PERNAH ada orang kedai call tanya selesa ke tak pakai. Sungguh memang tak ada. Ini yang pertama kalinya. Dia call aku pagi tadi tapi aku tak jawab sebab ada design workshop jadi dia call balik.



--> Ini nama dia jurujual yang concern dengan pelanggan. Aku kagum betul. Pandai diorang ambik hati aku (baca:pelanggan).
Saturday, 12 December 2009

Aku lah manusia itu

" Barang siapa tidur dengan tenang di tempat tidurnya,
sihat badannya dan cukup keperluannya,
maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya
telah diperuntukkan untuknya"



Aku lah manusia itu. Seminggu ni semua yang aku nak makan aku dapat. Dua kali makan KFC dan makan pizza dalam masa seminggu. Kat rumah pun melantak habis-habisan maklumlah cuti tiga minggu. Tapi semalam berat aku 40 kilogram je ayak! Kena tambah ni. Kalau 40 kg aku jadi underweight. Biasanya berat aku paling tinggi pun 42.5 kg tak naik-naik dah itu je paling tinggi.



Aku terkilan jugak sebab tak boleh derma darah sebab berat bawah 45kg. Kesian aku kan? Makan dah banyak tapi tak berat-berat jugak macam mana nak buat bagi berat sikit? Rasa macam kalau gemuk sikit lagi comel kot.
Monday, 29 June 2009

Oliver James dan rambutnya

Amaran: Tengok rambut dia sahaja ok.









Thursday, 21 May 2009

I want help him but I cant

Macam ada satu perasaan yang sangat teruk bila aku nak buat tapi aku tak boleh. Tadi petang sepupu aku datang minta tolong ajar dia buat homework yang cikgu dia bagi. Dia lelaki baru darjah tiga.



Mak dia kerja, jadi dia datang minta tolong sama aku. Petang aku memang free jadi aku tak ada masalah nak tolong dia. Selalunya kalau petang aku lepak dan borak-borang dengan mak aku. Jadi petang tadi aku tolong dia buat homework tu.



Aku macam pelik apa kena dengan cikgu dia bagi homework sampai enam tujuh pages dan esok dah kena hantar. Everything in english and he must finish all those 3 subjects, which one have six to seven pages. Cikgu dia pakat-pakat ke ape ni? Dia sampai tak pergi main-main petang tadi then aku sampai sakit kepala buat 4 karangan budak-budak. Thats crazy to me.



Lepastu malam ni dia kata nk minta tolong aku ajar lagi. Even I've told him that I am fucking buzy at night. Ya malam adalah sangat sibuk bagi aku. Aku kena online, lepastu nak tengok berita lepastu nak tengok cerita lagi lepastu nak tidur. Aku cakap buat dekat rumah lah sebab malam mak dia boleh tolong ajar kan.



Tiba-tiba dia datang jugak rumah aku nak suruh aku ajar. Sangat sakit hati sebab aku dah cakap awal-awal dekat dia. Aku boleh je ajar dia tapi aku memang tak suka orang ganggu aku malam-malam sebab bagi aku night is time to rest. Finish.



Aku macam geram pun ada kasihan pun ada. Aku sampai tak sempat tengok berita sebab ajar dia. Ajar pun sambil marah-marah sikit sampai aku rasa macam tak berapa ikhlas pun ada jugak.



Last-last siap jugak kerja dia yang macam homework untuk cuti satu minggu tu. Lepas tu hantar dia balik rumah. Bila aku hantar dia lepastu tengok muka tak bersalah dia rasa macam kasihan pulak. Dia datang rumah nak belajar tapi aku ajar macam tak ikhlas je. It hurt me at last.
Sunday, 11 January 2009

SEBIJI EPAL

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di puncak.

Sejak seminggu lalu, epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin dan mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihatku pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manis rasaku. Tetapi kenapa aku masih tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan kenapa manusia memilih rakan-rakan nya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini. Bukankah rakan-rakan ku itu ada yang sudah dirosakkan oleh serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek tetap menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang? Apa kurang nya dia?

Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipetik manusia. Warnaku yang merah berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia yang bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tidak ada seorang pun yang datang mengambilnya. Buah-buah yang tergantung dan mudah dicapai tangan itu juga yang menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga yang mrnjadi buruan. Rasa gembira menjadi risau. Dari risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu, kasihan.. Akhirnya epal itu busuk di atas tanah menjudi habuan ulat dan serangga perosak.

Monday, 29 December 2008

KASIH ADAM

Kasihku, dialah kebahagiaanku. Kasihku yang manis dan manja. Kasih kesayanganku yang selalu ada dalam hatiku. Kita sama-sama membesar dalam lindungan kasih dan anugerah ciptaan-Nya. Aku senang malihat dia tertawa manja mempamer giginya yang semakin cantik.

Aaron Iskandar, jejaka yang mencintaimu setengah mati, kononnya. Aku tergugat dengan kehadirannya kerana Khadijah ku tidak lagi selalu ingin menemaniku. Cemburukah aku? Kerana aku sudah tidak lagi menjadi perhatianmu. Sememangnya aku harus amat cemburu. Dan kemudian setengah mati Khadijah meratap karana si Aaron nyawanya bermain cinta dengan perempuan lain. Setengah mati juga aku belasah Aaron. Sesungguhnya aku amat benci pada lelaki yang menyakiti Khadijah kesayanganku.

Khadijah, barapa perit untuk meningalkanmu. Namun aku harus akur. Kita bukan lagi anak ramaja. Tingallah sayangku dan kita akan sama-sama menongkah arus ini.
Menangislah bila harus menangis kerana kita semua manusia. Manusia bisa terluka, manusia pasti menangis dan manusia juga bias mengambil hikmah.
Ingatlah kasihku, biar aku tidak lagi dekat denganmu, kau dan aku masih ada Tuhan yang satu. Aku serahkan diriku pada-Nya dan juga aku percaya dirimu selamat dalam perlindungan-Nya.

Di rantauan, aku selalu ingat kenangan kita bersama. Seusia aku membesar bersama melihat kau membesar. Khadijah, aku tahu kau rindukan aku melalaui kunjungan surat-surat mu. Syukurlah kau tidak lupakan aku. Bersabarlah Kasih,selesaikan dulu pengajianmu. Jangan terburu-buru mengikut pilihanmu. Aku akan pulang melepaskan sarat rinduku.

Sekeping kad biru laut tertera namamu dan seseorang yang asing. Kasihku, kau telah dewasa. Terima kasih kerana menunggu hinnga titik akhir aku pulang.


Aku masih ingat..
”Adam mesti jaga adik, jangan gaduh dengan adik. Sayang adik macam Adam sayang diri Adam sendiri”
“Adam tak perlu ikut. Mak Jah ada, dengar kata Mak Jah, jangan nakal tau”

Dan ayah ibu benar-benar meninggalkan aku dan Kasih. Mak Jah yang sebatang kara itu setia menjaga. Bukan lagi sebagai orang gaji, tetapi sebagai pemegang amanah untuk menjaga kami.

Dan akhirnya,ayah..ibu..ku tunaikan amanahmu. Selasai tanggungjawabku menjaga Kasih Khadijah. Aku serahkan Kasih Khadijah pada suami yang akan melindungi dan menyayanginya lebih baik daripada yang aku lakukan.
 

Blog Template by YummyLolly.com