Blog sudah satu tahun! Woha! Gaya kagum dengan diri sendiri. Maksudnya dah satu tahun aku merepek kat sini haha. Kalau kamu perasan bulan ini aku paling banyak post entry walaupun agak sibuk. Kalau tak sedar scroll ke bawah sebelah kanan sebab sebelah kiri tak ada apa-apa, then tengok stat.
Sebagai pegenalan jom kita kaji sejarah blog ini. Mula-mula aku buat blog ni December tahun lepas. Semua aku buat sendiri dari A sampai Z sebab rasa segan nak tanya orang (bijak bukan haha anak sapa lah tu). Tapi memang betul tak tipu.
Layout awal sempoi je lepastu up sikit cari yang lawa-lawa. Yang latest ini dah diubah kod HTML nya, sebenarnya ada 3 column sebab rasa semak dan tak tahu nak letak apa jadi ubah buat 2 column sahaja. Size column pun sudah ditukar bagi besar yang tengah tu. Sebenarnya nak tukar bagi nampak dewasa sikit sebab macam budak-budak je tapi malas biar je lah macam tu.
Dulu tak bukak komen sebab rasa tak ada orang baca sebab tak expose blog pun, tak bagi link dekat siapa-siapa pun. Menulis dalam diam, lepastu sendiri baca. Bila rasa skill menulis dah bagus sikit baru expose dekat orang. Dulu jadi silent reader je malas nak komen kat page orang, sekarang dah rajin sikit. Baru je follow semua orang dan letak link kat sebelah kanan sebelum ni memang tak ada pun.
Terima kasih kepada siapa-siapa yang sudi dan rajin datang menyinggah disini. Yang baca apa-apa yang aku merepek selama setahun ni, yang baca lepastu tinggal jejak, yang baca lepastu tak tinggal jejak, yang datang dan pergi macam angin, yang baca sikit lepastu kutuk-kutuk, yang baca lepastu kata ah blog aku lagi bagus. Jangan rasa annoying dengan diri sendiri, aku memang menghargai walau siapa pun kamu. Sila lah datang lagi ye anda sangat dialu-alukan! (bajet ada orang baca blog dia)
p/s: Lagi sehari umur dah jadi dua puluh dua tahun (22). What a nice number! Sebab aku rasa umur adalah dikira mengikut tahun jadi kalau tahun dah tukar jadi dua kosong satu kosong (2010) umur pun kena tukar. Secara hakikatnya dah tua err bukan tua, dewasa, tapi perangai budak-budak masih sama. Still. Sebab tak pandai macam mana nak jadi dewasa.
Wednesday, 30 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment