Pages

Wednesday, 30 December 2009

Larut dalam kesedihan yang panjang

Semesta ini aku ada kelas malam. Sebab lecturer aku jadi officer kat satu tempat jadi dia tak boleh ajar masa office hour. Jadi setiap Selasa dan Rabu malam ada kelas yang credit hour adalah empat. Yang kelas malam tu tak kisah lah sangat walaupun tak suka tapi buat-buat suka jugak.



Lecturer tu baru mengajar I guess. Tadi kelas aku bising maklumlah 150++ students, dekat 200 kot. Lepastu tadi tajuk Enzyme, banyak term yang tak faham dan tak dijelaskan jadi ramai yang mula cakap-cakap. Contohnya macam ni, tajuk dia Myocardial Infarction (MI), tapi tak ada pun dijelaskan kat slide benda-alah-apa-tu. Mula-mula madam dah marah sikit, dia pandang je. Lepastu dia kata tak nak bagi note! Habislah aku! Dah lah aku tulis short form je tadi AST, ACP, AM, mana nak ingat semua benda.



Kalau madam tak bagi note rasanya aku kena ambik lagi subject ni sem depan. Mana nak cari note weh? Tapi kelas memang bising tadi. Kitorang memang salah lah kan apa punya kelas bising. Aku dengan member-member cakap sikit je tadi, kawan aku mintak air yang aku bawak, lagi kawan aku tanya yang tak faham itu je sikit je pun.



Aku dengan kawan-kawan aku duduk barisan kedua dari depan. Betul-betul depan komputer dan depan madam. Tapi madam asyik baca slide je, madam tak pandang pun students sebab madam baca slide. Macam membelakangkan audience mungkin sebab tu bising. Bukan hari ini je selalu pun macam tu.



Lepastu note, ini dah week 3 tapi semalam baru dapat note untuk week 1. Itupun madam bagi hard copy suruh photostat untuk semua orang jadi mungkin sebab tu dapat lambat. Madam ajar cepat-cepat jadi mana sempat nak salin semua benda.



Aku tahu madam terkilan, madam marah, mungkin juga madam penat. Madam keluar macam tu je tak ucap terima kasih dan senyum macam madam selalu buat bila habis kelas. Mungkin madam terkilan sebab kami tak faham. Aku tahu kami pun salah sebab bising itu memang hakikat yang tak ada siapa boleh ubah.



Aku rindu nak belajar dengan Madam. F, dua sem lepas aku belajar dengan dia. Dia baikkkkk sangat. Dia jenis yang cuba faham keadaan kami sebagai student. Aku ingat lagi masa tu nak exam. Sebenarnya dia nak buat minus marking, tapi semua orang tak mahu lepastu dia cancel. Dia boleh consider, boleh bincang kalau ada yang tak puas hati.



"But you have to promise to study hard then"



Macam tu lah lebih kurang madam cakap. Bagus kan dia? Kalau tak faham pun dia memang explain habis-habisan. Sampai semua orang faham. Entah lah. Aku sedih, sebab rasa dipersalahkan untuk benda yang aku tak buat. Jadi aku macam give up sikit. Sikit je.

4 comments:

Master J said...

mmg ada je lecturer yg xpndi sgt ngajar..smpikan yg dh ada phd pun xreti sgt ajar..pndi dh pndi dh..tp xreti ajar..ssh lah stdnt..buku ada x?

Zulikha Syed said...

tak ada buku, dia x suggest pape buku. dia kata note dia pun dah cukup tapi kalau tak bagi note nak jadi apa??? huu..

Master J said...

dlm course outline kana ada recommended buku?x tgk yg 2 ke?

Zulikha Syed said...

course outline pun baru dapat kelmarin jugak. dalam tu ada 4 jenis buku. Dan stiap chapter guna buku lain-lain. E.g: week 1 guna buku 2 n 4, week 2 guna buku 2 n 3, dan seterusnya.. ada chapter yg guna empat-empat buku tu. hee~

 

Blog Template by YummyLolly.com