Pages

Saturday, 19 December 2009

Penghargaaan



Semalam keluar membeli belah cis duit dah masuk awal pergi shopping pulak. Ok sebenarnya beli barang sikit je sebab minggu lepas dah keluar shopping haha. Sebab rasa macam dah lama tak bagi hadiah untuk orang-orang tersayang jadi semalam aku beli banyak hadiah.



Aku bukan biasa nak bagi hadiah masa tahun baru ke, masa birthday ke tak aku jarang buat macam tu. Aku nak wish hepi birhday pun aku malas tau ini kan pulak nak bagi hadiah segala. Biasanya beli hadiah ikut suka hati je dan ikut mood juga dan yang paling penting mesti lah ikut tahap kewangan pada masa membeli hadiah itu.



Paling teratas Puan Emak. Biasanya beliau memang dapat hadiah paling mahal. Aku order set Tupperware. Dalam 3 set dan harga satu set tu seratus lebih lepastu tu ada yang offer sikit beli jugak tambah cost untuk pos lagi tak tahu berapa dah. Hadiah untuk emak-emak macam tu lah tak faham kenapa emak-emak suka tupperware (ke emak aku je?).



Last time aku bagi hadiah tupperware juga tapi set lain dia senyum je berminggu-minggu suka betul. Lagi emak aku gembira bila aunty aku dengki sebab dia kata aku pandai cari, lepastu suruh aku order set yang sama tapi aunty aku bayar sendiri lah kopak aku nak belanja beratus-ratus.



Lepastu beli hadiah Encik Abah dan Mr. Azhisham. Beli baju brand sama dan harga sama untuk menunjukkan bahawa tidak ada istilah pilih-pilih kasih semua sama rata sahaja. Sebenarnya tak tahu nak beli hadiah apa untuk laki-laki. Nasib tak beli baju yang sama sebab rumah dekat-dekat jadi tak mahu ambik risiko takut mereka pakai baju sama pada hari yang sama.



Nak cari baju untuk Zaim jugak tapi tak ada yang sesuai. Aku nak bila Zaim pakai baju tu dia boleh nampak macho dan matang sebagai budak lelaki berumur satu tahun empat bulan.



--- Ish tak puas hati baju Zaim tak ada nanti balik pergi beli dekat rumah lah.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com