Cinta sang ratu...
Laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru,
saujana mata memandang,
seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik,
suaranya memuji tuhan,
apabila rindu terusik,
rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan,
sang ratu menjadi impian.
(Cinta Sang Ratu, Ramlee Awang Murshid)
Cinta sufi adalah cinta abadi.
Cinta kepada Allah yang pasti tidak akan dikecewakan.
Cinta sufi itu adalah merindui syahid,
kerana syurga itu lebih hebat berbanding dunia ini.
Maka, cinta fitrah itu sebagai hiasan hidup yang harus diatasi
Tergelincir dari fitrah hanya mengundang kemurkaan Allah.
(Cinta Sufi, Ramlee Awang Murshid, Page 234)
- Pilihan hanya diberi ketika kita masih bernyawa. Apabila kita telah mati, maka pilihan itu tertutup dan yang kita bawa hanyalah iman dan taqwa.
- Apabila kebenaran dikhianati, bukan bermakna kebenaran itu telah kalah, tetapi memberi peluang untuk kita berdoa kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin.
- Ikhlas dan redha atas segala-galanya adalah lebih baik untuk merawat jiwa yang berduka.

Mati itu pasti, hidup insyaAllah. Remember?
p/s: dah lama tak apdet blog semenjak menjejakkan kaki di bumi bertuah ini disebabkan sibuk yang bukan dibuat-buat. Mungkin lambat lagi baru boleh menulis. Too many things to take care of sampai tak ada masa untuk diri sendiri pun. Till then, bye!