Pages

Sunday, 2 May 2010

Apophis' earth encounters in 2029

Apa benda Apophis nih? Ini bukan tajuk movie terbaru atau nama tajuk buku yang best. Apophis ni adalah salah satu near Earth asteroid. Nama adalah diambil sempena nama an Ancient Egyptian demon, in Greek known as Apophis. Asteroid ni dijangkan akan menghentam (aku rasa ayat ni paling sedap bunyi dia) bumi kita pada tahun 2029 dengan peratusan sebanyak 2.7% dan dijangka sebagai tidak berbahaya atau not dangerous (eh sama lah haha). Jarak dia dengan bumi adalah tersangat-sangat lah dekat bagi saintist.



Besar dia adalah lebih kurang 900 kaki. Berat dia adalah alamak lupa dah berapa tan tapi memang sangat berat. Biasanya kalau 900 kaki ni kira sedang-sedang je berat dia. Dan walaupun tak adalah besar sangat berbanding yang lain-lain tetapi ia boleh memusnahkan satu bandar Perancis kalau dia jatuh kat situ. Kesan dia pula adalah 20,000 kali lebih teruk dari kesan bom nuklear kat Hiroshima dulu. Woh woh aku dengar pun takut. Kandungan asteroid pula adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang hanya terdiri daripada batu kasar sahaja, ada yang mengandungi mineral dan ada yang logam berat dan lain-lain lagi lah.



Biasanya, ye kawan-kawan, kalau asteroid yang kecik-kecik tak sempat sampai bumi akan pecah lalu hancur dahulu. Kalau yang besar-besar macam Apophis baru sempat sampai. Tetapi, penemuan yang sangat menakjubkan dijumpai di Peru pada tahun 2007, asteroid tu hanya sebesar 3-6 kaki sahaja tetapi boleh menyebabkan kawah sebesar 500 m! Kalau Apophis yang sebesar 900 kaki? Haa pikir sendiri. Kalau asteroid kecik-kecik dah boleh sampai kat bumi kita tanpa pecah atau hancur kat atmosfera ni memang kita ada masalah besar.



Ok apakah langkah pencegahan yang diorang ambil? Tak kan lah tengoh sahaja bumi kena hentam? Para saintis telah memikirkan berbagai-bagai cara untuk menolak asteroid ini supaya orbitnya terpesong sikit pun dah kira ok lah. Mungkin dalam 100 m - 150 m lari dari orbit dia pun should be ok. Tapi agak susah satu sebab dia besar, dua sebab susah nak uji yang betul-betul punya sebab barang-barang yang nak buat semua kena hantar dengan roket. Susah lah kan.



Salah satu cara untuk pesongkan haluan dia adalah dengan tembak guna nuklear. Kena guna yang banyak punya. Tapi kalau guna nuklear akan mengakibatkan kesan kepada bumi juga. Satu cara lagi adalah dengan guna laser dan guna cahaya matahari untuk menghasilkan tindak balas kimia dekat sikit je bahagian asteroid tu lalu menghasilkan gas. Haa susah kan? Semua ni dah diuji kat makmal tetapi belum tentu berkesan ke tidak lagi sebab tak uji betul-betul kat benda yang sebenar. Dia ada nama untuk projek ni serta nama scientists sekali tapi aku malas tulis semua takut traffic tinggi haha.



Aku hairan betul lah diorang ni pandai sangat. Biasanya sangat lah susah nak jumpa asteroid yang dekat-dekat bumi ni itu pun secara kebetulan sahaja jumpa. Biasanya, kita susah nak menghentikan Natural Disaster. Contohnya macam ribut atau tsunami, mana ada cara nak stop. Banjir, kita boleh kurangkan kesan dia tapi still tak boleh nak stop. Nampak tak? Ok kenapa aku tulis benda ni semua? Aku cuma rasa diorang (scientists) super duper best! Kita (read: Zue) bersenang lenang kat sini, diorang bertungkus lumus nak selamatkan bumi. Aku malu dengan diorang. Bersungguh-sunguh nak selamatkan diri sendiri dan semua orang. Tapi aku elok je lepak-lepak. Diorang sakit kepala fikir benda-benda ni semua, tapi aku buat apa je?



p/s: aku tengok ni kat tv tadi, aku ada tengok-tengok kat NASA dengan Wiki juga tapi ada yang tak sama jadi aku buat rumusan sendiri. Sebenarnya tak banyak info yang aku tulis tadi haha, yang lain aku ingat-ingat je kalau salah tu tak tahu lah.
Harap maklum.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com