Pages

Tuesday 25 October 2011

Dari mata hati aku yang kau teroka (untuk pembaca yang cukup umur sahaja).


"Dah lama I tak pandang you gembira betul macam ni." Kata dia sambil senyum tengok aku makan sambil sakan bebel-bebel itu dan ini.


Aku masih juga makan dan bercerita itu ini.


"I kan, kalau dapat tengok you senyum macam ni seumur hidup I pun I rela. Bangun pagi ada you. Hari-hari pandang you, kan bahagia hidup I." Kata dia lagi.


Aku terdiam. Bukan terkesima tak biasa dengar dia cakap begitu. Dengar benda-benda begini lewat panggilan-panggilan telefon dia aku boleh tahan lagi. Kalau cakap depan-depan aku begini, hati aku resah juga. Hati rasa bersalah juga.


Dia pandang aku. Aku pandang lantai. Kaki kuis-kuis lantai, mata pandang kasut. Tarik nafas.
"I tak boleh. Tahun depan pun tak boleh. I belum bersedia, I harap you faham. Tak pun, you just let me go, find someone else. Jangan tunggu I lagi."


Dia pandang tempat lain. Tarik nafas. Pandang aku.
"You tahu I tak akan pernah ada orang lain. You tahu I tetap akan tunggu you kan?"


Diam. Seribu tafsir bahasa pun, belum tentu dapat menilai kasih sayang kita.





Tak ada macam salah. Ada pulak macam serba-salah. Masanya belum tiba. Terlalu banyak benda yang perlu diselesaikan. Terlalu banyak benda yang perlu difikirkan. Terlalu banyak hati yang perlu dijaga. Jadi isteri bukan benda main-main. Jadi isteri kena jaga semua benda kalau nak masuk syurga. Bahagiakan suami dulu, bahagiakan anak-anak next, baru dapat bahagiakan diri sendiri. YOSH!



Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada, aku doakan kau bahagia dengan dia (tak ikhlas). Sampai masanya, akan menyatukan hati kita. Sampai masanya, aku akan pastikan hidup kau bahagia ada aku. HAHAHA! Aku sweet pe~


#dahsewel





p/s: haruskah? wajibkah? haila! jangan tinggalkan saya serba-salah begini T___T

P/s/s: sekadar lintasan hati semata-mata. Don't ask. Don't tell.

 

Blog Template by YummyLolly.com