Pages

Saturday, 6 March 2010

Total allergic test dan IMR

Semalam pergi lawatan ke Institute for Medical Research (IMR). Kat sana ada banyak division, namely Entomology, Herb, Envi, banyak lagi lah tak ingat. Kitorang pergi empat div sahaja sebab tak cukup masa. Aku nak focus kat bahagian allergic sahaja sebab ada kena mengena dengan diri sendiri haha. Kami dibawa melawat (macam buat karangan masa kecik-kecik dulu) ke makmal untuk test allergic ni. Ok mari kita lihat sejauh mana otak Zue boleh mengingati apa yang akak itu terangkan sebab budak nakal dia tak salin apa-apa sebab tak bawak notebook pun! Just ingat by chance sahaja. Orang lain semua sibuk salin-salin, dia angguk-angguk je.



First of all, testing for allergic ada dua jenis, satu guna macam acupuncture, satu lagi blood test. Yang acupuncture test ni tak payah ambik blood sample. Yang ni kat hospital doktor boleh buat sendiri, tak payah susah-susah masuk lab atau hantar pergi IMR. Cara-cara dia doktor akan cucuk lengan anda dengan banyak-banyak jenis allergen dan doktor akan tengok kalau ada bengkak sikit maksudnya anda ada allergic dengan that kind of allergens. Ini tunggu dalam 15 mins sahaja kalau tak silap.



Yang bood test pulak susah sikit sebab melibatkan banyak pihak. Ada specific mesin untuk test ini. Akak kat sana kata blood sample from gov hospitals akan hantar pergi sana. Tak sure pulak semua hospital ke sesetengah je. Tapi yang paling sure HKL lah, lagipun sebelah tu je haha. Then diorang check. Biasanya diorang akan buat all allergic testing, kalau ada request baru diorang buat specific test. Kat sana ada lebih kurang 70 jenis benda yang diorang test, namely jenis-jenis seafood, kacang, dust mite etc.



Ok sekarang mari talk about how does that machine works. Mesin tu macam mesin centrifuge tu ada banyak lubang-lubang bulat. Tapi mesin centrifuge tu kecik je kan ini besar lagi. Lubang-lubang tu pun besar. Dia kena ada blood sample of course lah kan. By the way, diorang bukan guna red blood cell, diorang akan asingkan dulu darah tersebut dan ambik serum sahaja. Then dia kena ada sample benda yang boleh menyebabkan allergic (called allergens). Contohnya sotong ke udang ke. Diorang memang prepare sendiri allergens tu. Ada cara dia jugak, bukan masukkan udang seketul dalam mesin tu, tak. Sotong pulak ada jenis-jenis dia, bukan main ambik je sotong mana-mana.



Cara prepare allergens senang sahaja (macam salin recipe lah aha!) mula-mula beli udang, kopek kulit dia, basuh bersih-bersih. Lepastu rendam semalaman dengan buffer (tak ingat apa benda-benda dia). Then blend it. Lepastu tapis bagi turun air lalu keringkan. Bila dah kering masuk dalam benda kecik lepastu susun kat dalam 'pen'. Pen ni dia panjang macam pen biasa tu lah tapi dia besar sikit in diameter. Kalau nak guna masukkan dalam mesin tak boleh masukkan kering-kering, kena basahkan sedikit dengan distill water. Faham murid-murid? Haha.



Lepastu mesin tersebut akan buat kerja dia lah, dia detect sendiri nanti. Then dia akan keluar result kat atas kertas macam keluar resit kat mesin ATM masa kita keluar duit tu tapi panjang lagi dalam 10 kali lebih panjang daripada resit tu kalau tak silap. Dah habis cerita pasal lawatan. Aku rasa nak buat total allergic testing tu. Sebabnya yang aku tahu aku allergic daging dan pacat sahaja. Tapi baru-baru ni aku tak termakan daging, tak kena gigit pacat tapi tiba-tiba ada symptom allergic. Aku pun pelik jugak apa lagi yang aku allergic. Gambar-gambar aku pergi IMR tak lawa dah haih!



Kat university aku ni ada buat juga allergic testing ni, but it quit costly here. Aku belum survey lagi gov kena bayar berapa. Kat sini yang acupuncture around RM 250+, yang blood test RM350+. Aku rasa mahal lah untuk orang miskin macam aku, student pulak tu. Lagipun allergic testing je kalau teruk sangat tu berbaloi jugak buat mahal-mahal ini sikit je. Kalau blood test lambat sikit kot baru keluar result sebab dealing with the labs all.



Caranya adalah mula-mula diorang bagi kaunseling pasal allergic ni, lepastu doktor akan bagi ubat masukkan dalam mata, ubat tu pedih, then dia check bawah mata hitam. Kalau tak allergic dia smooth je, kalau ada allergic dia rough sikit. Kalau allergic teruk doktor tak buat yang acupuncture, takut reaction kuat pulak kat pesakit, dia hanya buat yang blood testing. Kalau patient yang bergantung kepada ubat, untuk buat acupuncture, tak boleh makan ubat dulu nanti tak berkesan.



Yang special dan menariknya di IMR ini adalah mereka akan buat allergens ini dan akan supply it to the hospitals yang nak beli. Woha! Bukan allergen ni je, ada banyak lagi diorang buat benda-benda then supply it. Kira macam bukan buat untuk diorang punya research sahaja. Contohnya kat bahagian entomology, diorang bela nyamuk. YES! Nyamuk. Kita masuk ada banyak jenis nyamuk yang diorang bela. Ada larvae, ada telur semualah diaorang bagi tengok. Disamping buat research by their own, ada jugak yang diorang supply. Macam in case kita buat research pasal nyamuk, then kalau kita nak nyamuk tu ada kat lab kita, kita boleh beli lah dengan diorang. Ada procedure dia lah bukan main beli macam beli ayam kat pasar tu.





p/s: sugar daddy diperlukan! Nak 'pau' buat bayar allergic testing ahaha sengal. Mati kena tembak nanti. Ok ini sahaja yang aku ingat (hmm banyak jugak yang aku ingat ye hahaha).


p/s/s: sakit kat bahu lah tidur atas bas. Setiap minggu kot asyik tidur atas bas je. Sekarang sibuk(konon) sampai tak ada masa nak balik rumah. I miss baby Zaim, I miss everything. Tak sabar nak cuti panjang. Yuhooooo!

2 comments:

miko si maruku said...

for blood donation pun kita boleh asing nk derma apa, wbc,rbc&etc.
technology..technology..dunia makin canggih.

Zulikha Syed said...

kalau nak derma bone marrow pun sama. diorang ambik darah dulu kat lengan sebelah kanan, asingkan components, dan masuk balik benda-benda yang diorang tak nak kat lengan sebelah kiri. memang canggih habis lah.. jimat pulak tu. heee~

 

Blog Template by YummyLolly.com