Pages

Monday, 29 December 2008

KASIH ADAM

Kasihku, dialah kebahagiaanku. Kasihku yang manis dan manja. Kasih kesayanganku yang selalu ada dalam hatiku. Kita sama-sama membesar dalam lindungan kasih dan anugerah ciptaan-Nya. Aku senang malihat dia tertawa manja mempamer giginya yang semakin cantik.

Aaron Iskandar, jejaka yang mencintaimu setengah mati, kononnya. Aku tergugat dengan kehadirannya kerana Khadijah ku tidak lagi selalu ingin menemaniku. Cemburukah aku? Kerana aku sudah tidak lagi menjadi perhatianmu. Sememangnya aku harus amat cemburu. Dan kemudian setengah mati Khadijah meratap karana si Aaron nyawanya bermain cinta dengan perempuan lain. Setengah mati juga aku belasah Aaron. Sesungguhnya aku amat benci pada lelaki yang menyakiti Khadijah kesayanganku.

Khadijah, barapa perit untuk meningalkanmu. Namun aku harus akur. Kita bukan lagi anak ramaja. Tingallah sayangku dan kita akan sama-sama menongkah arus ini.
Menangislah bila harus menangis kerana kita semua manusia. Manusia bisa terluka, manusia pasti menangis dan manusia juga bias mengambil hikmah.
Ingatlah kasihku, biar aku tidak lagi dekat denganmu, kau dan aku masih ada Tuhan yang satu. Aku serahkan diriku pada-Nya dan juga aku percaya dirimu selamat dalam perlindungan-Nya.

Di rantauan, aku selalu ingat kenangan kita bersama. Seusia aku membesar bersama melihat kau membesar. Khadijah, aku tahu kau rindukan aku melalaui kunjungan surat-surat mu. Syukurlah kau tidak lupakan aku. Bersabarlah Kasih,selesaikan dulu pengajianmu. Jangan terburu-buru mengikut pilihanmu. Aku akan pulang melepaskan sarat rinduku.

Sekeping kad biru laut tertera namamu dan seseorang yang asing. Kasihku, kau telah dewasa. Terima kasih kerana menunggu hinnga titik akhir aku pulang.


Aku masih ingat..
”Adam mesti jaga adik, jangan gaduh dengan adik. Sayang adik macam Adam sayang diri Adam sendiri”
“Adam tak perlu ikut. Mak Jah ada, dengar kata Mak Jah, jangan nakal tau”

Dan ayah ibu benar-benar meninggalkan aku dan Kasih. Mak Jah yang sebatang kara itu setia menjaga. Bukan lagi sebagai orang gaji, tetapi sebagai pemegang amanah untuk menjaga kami.

Dan akhirnya,ayah..ibu..ku tunaikan amanahmu. Selasai tanggungjawabku menjaga Kasih Khadijah. Aku serahkan Kasih Khadijah pada suami yang akan melindungi dan menyayanginya lebih baik daripada yang aku lakukan.
 

Blog Template by YummyLolly.com