Pages

Tuesday, 29 December 2009

Kisah Zue dan Mr. M

Tidak pernah terlintas pun di hati Zue mahu bergaul mesra dan rapat dengan Mr. M. Sumpah! Selama ni Zue hanya tengok Mr. M tu dari jauh je. Pandang-memandang langsung tak pernah. Kalau terpandang pun lari cepat-cepat sebab malu. Maklumlah kadang-kadang Zue pemalu jugak orangnya.



Kalau paling dekat pun bila Mr. M datang cari makanan dekat tingkap, itu pun Zue dah terjeri-jerit macam kena histeria. Maklumlah teruja tengok bintang pujaan depan mata. Secara live kata orang. Sebab bilik Zue jauh dengan hutan, jadi Mr. M jarang datang sini, Mr. M sombong!



Alkisahnya begini, minggu lepas aku nak pergi basuh baju dekat mesin basuh. Mesin tu terletak kat blok dekat hutan, aku punya blok jauh sikit jadi mana ada pengalaman bergaul mesra dengan binatang peliharaan berbulu dan ada ekor panjang serta aggressive.



Masa nak pergi basuh baju tu kawan aku dah bagitahu ada monyet tapi bukan kat blok aku, jadi aku pergi je lah. Bila bajet-bajet dah siap, aku nak pergi ambik balik baju aku tiba-tiba ada banyak monyet dekat tangga. Aku cuak betul mana biasa duduk dekat-dekat dengan monyet.



Aku kat tangga paling atas, monyet-monyet tu kat tangga paling bawah. Aku tunggu dia lari dulu baru nak turun. Sekali dia pandang aku, lepastu senyum nampak gigi, aku yang lari. Takut! Lepastu sampai bilik gigil-gigil lutut, jantung jangan cerita ah pam cepat-cepat. Macam maraton ratus-ratus meter.



Tapi aku memang takut betul. Mana biasa tengok monyet dekat-dekat. Tengok pun dekat zoo je itu pun dalam sangkar. Ini memang betul depan-depan. Haritu ada monyet tu datang dekat dengan tingkap, tapi tingkap dah memang tutup siap-siap ah sebab biasanya kalau monyet datang diorang bising jadi dah tahu ada monyet jadi tutup cepat-cepat.



Aku kat dalam cermin, monyet bebas bersiar-siar dekat luar. Terbalik pulak kan. Maklumlah zaman moden ni semua benda jadi pelik. Tapi betul monyet tu memang tak TAKUT orang pun. Dia lagi kejar orang ada lah.



--> Yang bagusnya aku dah pandai guna mesin basuh. Yay! yay! yay!

4 comments:

Master J said...

hehe klakar citer ni..hehe..tp br reti pkai mesin bsh??hehe xpnah bsh bj lah ni eh =p

MNM said...

ala... ak ingtkn mr.m tu mohd ke, misya ke ape.. rupenyer sang monyet....

yg kt uia ni xpe lg, try ko tengok yg kt TC tu lg besar ekor dia...... gerenti ko takutnyer kan... haha

miko si maruku said...

minggu ni xdpt jumpa ngan mr.M sebab masing2 bizi...hehe

Zulikha Syed said...

Master J : err...xtau.. huhu..


MNM : memang takut habis.. kalau kejar lagi agaknya boleh pengsan aku. ahaha..


miko si maruku : yep! tak sempat nak beramah mesra dengan mr. m nampaknya!

 

Blog Template by YummyLolly.com