Pages

Sunday, 29 November 2009

Mari Berterima Kasih


Dalam bahasa Melayu kalau orang cakap terima kasih kita boleh jawab sama-sama ataupun dalam bahasa yang lebih relaks kita boleh jawab tak ada hal lah. Kalau dalam Bahasa Inggeris cakap "thank you" kita ada banyak pilihan jawapan, boleh jawab "any time" atau "you are welcome" dan sebagainya (rujuk buku haha). Ok sekarang cuba tukarkan dalam bahasa melayu kamu cakap terima kasih (thank you), dan aku jawab bila-bila masa (anytime). Rasa macam kelakar jugak.

Kupinang-pinang tak dapat kupujuk-pujuk ku bawa lari

Musim-musim cuti ni ramai betul orang bertunang dan berkahwin. Dekat-dekat rumah aku je ada tiga itu tak termasuk yang bertunang lagi. Abang kepada Mr Bake juga bertunang hari ini. Aku tak pergi sebab jauh aku malas nak duduk diam-diam dalam kereta lepastu dengki tengok orang tunang sebab teringin nak pakai cantik-cantik macam tu.



Secara jujurnya dari hati bersih suci murni aku jadi dengki dan juga rasa tergugat. Kami yang kenal dulu tapi abang dia yang nak kawin dulu. Aku yang masuk dulu dalam keluarga mereka beberapa tahun dahulu tapi abang ngah yang kawin dulu jadi aku sungguh dengki.



Kadang-kadang kita tak ada pilihan terutama sekali bila melibatkan banyak pihak. Keluarga misalnya. Bukan boleh main suka hati je buat keputusan. Kalau ada jodoh ada lah, kalau tak ada kita masih boleh jadi kawan baik. Apa salahnya.
Thursday, 26 November 2009

Tidak terungkai..



Macam mana nak makan daging dengan gembira tanpa kena ambik anti-histamine sebagai rawatan susulan?
Tapi tak ada lah sampai kena guna steroids atau leukotriene antagonists.
Kadang-kadang bersyukur jugak sebab tak suka daging kalau tak lepas raya ni kena masuk hospital.

Thursday, 19 November 2009

Sesi bemain main


Kesayangan saya



Saya kat luar Zaim kat dalam sungguh romantik


Bayi baru saya



Sebenarnya saya mahu baby lain. Baby Nokia express music yang screen dia besar sikit tu nama apa entah saya lupa. Ingat nanti balik nak cari sponsor dulu baru nak beli tapi tiba-tiba dia dah beli. Saya bukan demand sangat dah orang bagi saya ambik je sebab dia kata saya budak-budak jadi kena pakai yang biasa-biasa je.




Thanks.




Love..
Sunday, 8 November 2009

9 pembaziran tanpa disedari

p/s : Sebenarnya ada description untuk setiap satu tapi aku malas nak state kat sini paham-paham sendiri la.



1. Ilmu pengetahuan

2. Amalan

3. Kekayaan

4. Hati (Ini pun ada pembaziran jugak tau)

5. Tubuh badan

6. Cinta (-_-')

7. Masa

8. Akal

9. Zikir

Marah bukan kebencian tapi tanda sayang

Dalam konteks kamus bahasa hidup aku, marah ditafsirkan sebagai salah satu keadaan normal yang melanda kehidupan kita sehari-hari. Kalau tak marah tu maknanya tak normal la tu. Tapi marah pun ada tahap-tahap dia jugak. Bukan boleh suka hati je nak marah-marah orang tau. Aku biasanya jarang nak marah orang betul-betul aku marah sikit-sikit je lepastu dah ok balik.



Masalahnya disini ialah apa yang kau akan buat bila kau marah? Aku kalau marah aku jadi pelik la. Aku pun tak tau macam mana nak overcome this problem (kata orang putih). Aku kalau marah memang menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Kadang-kadang perkara kecik jadi nak marah lebih-lebih. Benda besar tak marah pulak. Gila pelik.



Aku kalau marah tak tau nak buat apa. Serba tak kena tau. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu macam tu la lebih kurang. Aku kalau marah aku suka tumbuk je orang yang buat aku marah tu senang kan. Ini betul bukan main-main.



Walaupun secara zahirnya aku banyak cakap tapi bila masuk bab marah ni aku surrender sikit. Aku tak pandai ah nak menangani masalah sebegini. Series aku memang tak tau. Nak buat apa eh? Ambik air sembahyang kata emak aku. Aku dah buat dulu tapi memang tak jadi ah haha nampak la sangat.



Aku kalau dah marah sangat aku diam je cakap banyak pun tak guna. Dulu masa tu aku sekolah lagi. Aku tutup henset aku dan aku guna pin number. Adik aku cuba bukak tepon aku tu teka-teka pin number tu tapi tak jadi. Sampai tiga kali kena block. Aku marah betul masa tu. Aku ambik tepon tu aku masuk bilik hempas pintu kuat-kuat. Kalau aku dah marah macam tu memang semua akan diam je tak berani cakap apa dah.



Pastu adik aku keluar rumah, lari tak balik-balik. Kira macam kes lari dari rumah jugak ah. Masa tu dah malam tau. Dia takut sangat kalau aku marah (kan dah cakap aku pelik sikit kalau aku marah). Dia tak balik rumah langsung malam tu dia tidur rumah nenek aku. Haha padan muka. Walaupun aku tidak akan mengapa-apakan beliau kalau beliau balik pun tapi dia memang takut betul masa tu. Emak dengan abah aku buat tak tahu je tak ada orang pun yang pegi pujuk dia suruh balik rumah semua diam je tak cakap apa. Esok pagi baru dia balik rumah. Haha kelakar je kalau ingat balik.



Tapi betul ke orang kata kalau marah jadi cepat tua? Aku nak marah-marah sokmo ah lepas ni nak bagi nampak tua sikit sebab ramai orang kata muka aku macam budak-budak. Aku jumpa kawan abang haritu dia kata aku macam budak tingkatan tiga. Apalah punya orang tak reti nak tengok orang ke. Betul ke tak ek teori tu?



"The strong one is not the one who overcome people,
the strong one is he who overcome his anger"
Thursday, 5 November 2009

Sendiri mau ingat la bhai!

Aku, dia, kau, kita, mereka
bukan budak kecik lagi
nak kena ajar semua benda
kau bukan tak ada otak
tak reti pikir sendiri
ini benda kecik je
benda simple kata orang putih
konsep ni tetap sama
sifir tu terus kekal
pilihan kat tangan kau
bukan tangan orang lain
kita yang menentukan arah kita
We do have a choice
always!





Ingat tu.


Sunday, 1 November 2009

Exam Mode - Versi diri sendiri yang malas baca buku

Sekarang minggu peperiksaan (read:exam week). Semua orang dah sibuk off laptop, letak tepi, no more games, no more chatting, no more chasing after boys (ehem), kalau online sekali sekala pun dalam kadar yang sangat singkat. Bukak kejap lepastu cepat-cepat tutup. Ok itu orang lain punya aktiviti sehari-hari.



Berlainan pula dengan budak kecik yang malas baca buku (read:Zue), dia biasanya akan online setiap masa pada minggu peperiksaan jadi jangan segan kalau nak buzz dia haha. Aku sebenarnya tak faham kenapa kita kena off laptop masa exam. Sebab aku kena sumbat telinga dengan earphone masa aku baca buku jadi tak kan nak dengar radio je setiap masa jadi aku bukak je la laptop tu nak dengar lagu. Kalau dak bukak laptop mesti online kalau tak membazir je bayar bulan-bulan.



Frankly speaking, aku sebenanrnya TAK ADA masalah langsung dengan laptop aku masa exam. I really need it not because I want to, but I HAVE to. No need to throw away get out from my life ke apa ke memang tak ada. Cuma mungkin ada sedikit disorder je kot masa exam ni. Terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya ialah:

1) Sleeping disorder - Masa tidur jadi pelik. Untuk orang yang sistematik macam aku (means masa tidur aku biasanya akan ikut jadual aku sendiri, contoh kalau ada kelas aku tidur pukul berapa kalau tak ada kelas tidur pukul berapa memang akan ikut jadual la) Tapi kalau exam je semua ikut suka hati.

2) Behaviour disorder - Aku bukan orang yang boleh ikut suka hati nak baca buku di mana-mana pun boleh. No I can't. Aku kalau baca buku kena baca atas meja. Aku tak boleh baca buku kat lantai, kalau baca atas katil sure aku tidur. Tapi dah bosan asyik duduk atas meja je jadi aku lepak atas lantai. Bawak turun semua buku, nota dengan laptop duduk atas lantai.

3) Eating disorder - Sebab duduk je dekat meja jadi asyik lapar.

4) Facebooking disorder (ada ke macam ni?) - Ok ini pelik. Aku asyik online je. Bosan betul. Aku duduk dekat meja, bukak buku, bukak laptop. Aku jarang bukak buku without my laptop on tau! Bukan sebab aku belajar guna soft copy ke guna webcam ke tapi aku online ok.

5) Googling disorder - Ini lagi pelik. Asyik google benda-benda pelik je. Ada ke aku cari gambar phone-phone yang baru keluar padahal bukan nak beli pun. Setakat google nama sendiri tu biasa ah.



Sekarang sejuk sangat ah dah tengah hari pun kaki aku sejuk lagi.
 

Blog Template by YummyLolly.com