Pages

Sunday, 26 June 2011

Kasih sayang yang membeku.

Sometimes we have to accept the fact that some people are going to stay in our heart forever, even if we are long ago gone in their hearts. And sometimes, some people have to accept the fact that they are long ago gone in our heart. I promise someday you will regret losing me, and someday you will look back and say "damn! that girl really did love me". Hikhik tipu je.



Hidup kita ni, saya, awak, dia, mereka, jangan pernah berhenti untuk bahagiakan orang lain. Diri sendiri tak bahagia pun tak apa. Diri sendiri merana pun tak apa, asalkan orang lain bahagia. Tak ke kita bangga kalau orang tu senyum sebab kita? Walaupun kita tak tahu pun dia senyum ke tidak tapi agak-agak je lah. Kalau memang nampak tu tak apa lah.



Jangan sia-siakan hari-hari kita berusaha untuk menggembirakan orang lain. Kalau kita buat orang rasa gembira secara tak sengaja kita pun tergembira jugak. Macam eh tergembira plak harini. Diri sendiri pun kadang-kadang emo juga. Salahkan pengawalan hormone. Kadang-kadang termarah orang yang tak sepatutnya dimarahi, kadang-kadang terasa tiba-tiba, kadang-kadang benda kecik je pun kalau masa lain tak kesah bila masa lain kesah bebenau. Itulah. Sebab tu lah manusia ni pelik.



Selalu orang kata kan wanita ni complicated. Tuduhan tak berasas. Lelaki, more or less the same sahaj. Kita sama manusia kot jangan mengada nak beza-beza pulak. Yang membezakan kita hanya amalan, bukan jantina mahupun taraf hidup atau dengan siapa saya berkawan. Start dari kingdom, phylum, class, order, family, genus, species; Homo sapiens (source:wiki) kita sama sahaja. Lain lah kau percaya kau berasal dari apes. Mu-ha-ha!


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com