Tak tahulah kenapa boleh mengantuk bersungguh-sungguh kalini, biasanya akan ada upset kat mana-mana. Pastu bangun malam-malam buta cari sebab kenapa kecewa. Ok aku merindui Kolumpo. Tak puas bergebang di Sunway Lagoon. Tak puas menilik-nilik barang-barang. Tak mahu berhujung minggu sunyi sepi kat sini lagi. Kat sini kalau weekend sunyi gila, macam ada aku sensorang je yang hidup kat sini. Makan sensorang, cakap sensorang, tengok cerita sensorang, kemas rumah sensorang. Dah orang lain pergi jumpa boyfriend, keluar pergi mana-mana. Aku duduk je lah diam-diam.
Aku rasa nak try lah ubat anti-depression. For God sake! Kau bayangkan aku duduk dengan orang lain tapi why am I the only one who have to check things under control? Kalau aku tak buat benda tu, then tak ada siapa nak buat. Padahal orang lain yang sepah-sepahkan, atau guna jugak. For God sake. Kalau sekali dua aku tak kisah tau. Its been almost 2 months. Baik aku duduk sorang-sorang bukan. And that's not the only thing that makes me upset, anyway.
Dan kerana itulah aku berkawan baik dengan lagu. Konon cuba alihkan keupsetan. It works, for 2 months at least. Dan sebab tu lah cemas gila bila earphone rosak semalam. Boleh guna sebelah je mana nak feel. Nasib baik dah ada earset baru, sound terbaik wooo!
Nasib baik dah nak habis, dan duduk sini kejap je. Kalau lama lagi lepas habis aku masuk hospital, atau kena makan ubat anti-depression, atau kedua-duanya sekali.
0 comments:
Post a Comment