Pages

Monday, 29 June 2009

Oliver James dan rambutnya

Amaran: Tengok rambut dia sahaja ok.









Bini muda abah aku

Tadi aku tengah tengok tv dengan adik aku emak aku pun ada tengah lepak-lepak. Tetiba adik aku terfikir macam mana la kalau ayah aku kawin lain. Ini mesti pasal tengok cerita poligami banyak sanagt sampai terikut-ikut.

"Kakak, kalau abah kawin lagi kita nak duduk dengan sapa? Aku tak nak duduk dengan abah. Aku nak duduk dengan mak. Boleh ke?" Tanya adik aku. Apa punya soalan boleh pulak dia tanya soalan pelik cam gini dekat aku.

"Boleh. kalau dah besar boleh pilih nak duduk dengan sapa-sapa." Aku jawab dengan cool.

"Aku tak nak jejak kaki pun rumah abah. Kau macam mana?" Tanya dia lagi.

"Kalau abah kaya aku nak je pergi rumah dia lagi satu. Nak pegi mintak duit."

Mak aku dah gelak-gelak dengar aku jawab.

"Kalau duit dia juta-juta pun aku tak sudi pergi." Muka masam je masa cakap.

"Tak pe. Aku boleh tolong mintak untuk engkau sama. Kau nak berapa?" Aku tanya sambil buat muka tak bleh blah lepastu pusing tengok dia dah siap nak baling bantal dekat aku.
Sunday, 28 June 2009

Hasta la vista, baby - Versi I

“Bohong.. Abang kata abang cintakan Zue, abang sayangkan Zue, tapi apa yang zue dapat?” Tanya Zue (bukan nama sebenar tau).


“Abang terpaksa Zue. Bukan niat abang untuk tinggalkan Zue. Tapi..”


“Usah berpura-pura abang. Segalanya dah jelas. Abang akan tinggalkan Zue kan? Apa ertinya kata sayang yang selama ini abang ucapkan kalau akhirnya abang akan tinggalkan Zue?”


“Abang harap Zue faham. Abang terpaksa. Selamanya Zue akan tetap bertakhta dalam hati abang yang paling dalam.” Kata Azhisyam (juga bukan nama sebenar) sambil tunduk.
“Antara kita nampak macam dekat, tetapi hati abang menyatakan kita terlalu jauh. Zue dengan dunia Zue dan abang dengan dunia abang. Sampai bila kita akan macam ni? Keadaan tetap tak berubah. Dan abang rasa dah sampai masanya untuk abang lepaskan Zue pergi.”


“Mana perginya janji-janji abang selama ini? Adakah semuanya hanya dusta? Hanya mainan abang?”


“I have to. Abang harap Zue faham.”


“Apa salah Zue dengan abang sampai abang tinggalkan Zue?”


“Zue tak ada salah apa-apa dengan abang. Cuma Abang rasa abang tak layak berada disamping Zue. Zue dengan impian Zue tapi abang rasa abang tak mampu nak gapai semua tu.”


“Kita boleh bincang abang. Tak kan sebab sekecil ni abang nak tinggal kan Zue?”


“Abang minta maaf Zue. Abang dah buat keputusan. Dan abang tak akan sekali-kali ubah. Abang harap Zue boleh terima keputusan abang dengan hati terbuka. Antara kita jangan ada dendam walaupun dulu abang pernah ada dalam hati Zue. Selamanya Zue akan tetap berada dalam hati abang. Abang terpaksa pergi.” Kata Sham sambil berlalu.


Dan dia hanya mampu melihat Sham pergi dengan air mata. Tiada daya untuk menolak. Kata putus sudah diberi dan siapa dia untuk menolak apa yang Sham sudah putus kan? Siapakah dia dihati Sham sebenarnya?


Zue terduduk. Tak disangka begini akhirnya cinta yang dibina. Bertahun dia membina harapan untuk bersama Sham tapi begini akhiranya. Apa salah dia sampai Sham nekad meninggalkan dia?


Salah Shamkah kerana terlalu mengambil berat? Atau salah diakah kerana dalam diam menyimpan hasrat?


Sham adalah segala-galanya dalam hidup dia. Dan sekarang Sham dah pergi. Macam mana dengan hidup dia kelak? Berhari-hari dia berfikir tapi tiada jawapan yang dia peroleh. Sebelum ni Sham tak begini dan perangai dia pun tak berubah .


Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Sham akan pergi meninggalkan dia. Sham melayan dia seperti biasa dan dia langsung tidak menyesyaki apa-apa.


Apa yang buat Sham membuat keputusan mendadak untuk tinggalkan dia? Apa salah dia sampai Sham tolak dia ke tepi? Bertahun dia memasang angan-angan untuk hidup bersama Sham, akhirnya ini yang dia dapat.
Wednesday, 17 June 2009

Kamu nak bahagia ke tak nak?

“Jika kebahagiaan tarletak pada harta, maka kamu boleh menahannya dariku. Jika kebahagiaan terletak pada perhiasan, maka kamu boleh menghalangnya supaya tidak sampai kpadaku."



“Kebahagiaan itu bukan pada apa yang kamu miliki, atau yang dimiliki manusia lainnya. Tetapi kebahagiaan itu kamu temukan pada keimanan kamu di dalam hati. Dan hati kamu itu tidak ada yang boleh menguasai kecuali Tuhanmu.”



Itulah kebahagiaan sebenar, iaitu kabahagiaan iman. Tidak ada yang merasakan kecuali orang-orang yang hatinya, jiwanya, dan fikirannya mengalirkan cinta kepada Allah.
Tidak ada cara untuk memperolehi kebahagiaan melainkan degan mengikuti ajaran agama yg benar, iaitu agama yg dibawa oleh Rasulullah (saw).



Sesiapa mengetahui jalan ini, maka tidak ada masalah baginya sama ada tidur di dalam pondok, berbantalkan jerami, atau hanya makan sepotong roti, tetapi ia menikmati dan bahagia di dunia.



Orang-orang yang melencong dari jalan ini, maka hari-hari nya akan dihiasi dengan kesedihan, hartanya akan menjadi beban, amal perbuatanya akan merugikannnya, dan hujungnya ia tercampak dalam keadaan terhina.

Bagaikan Puteri..

Di hatiku kau lah puteri
Di hatiku tetap menanti
Di hatiku kau kucintai
Di hatiku kan ku pastikan
Kau milikku selamanya



Makin kudekati
Kuselami
Dirimu kasih
bagai yang kuimpikan



Makin kufahami
Kusayangi
Tiada lain
kan menjadi ganti



Kau lah puteri
Kau dihati
*Ops ini sebenarnya lagu tapi tak tau tajuk apa dan siapa penyanyi dan malas nak google ;)

Kamu Dia

Dia
Dia untukku
Bukan untuk mu
Dia milikku
Bukan milik mu



Kamu
Kamu tak mungkin
Mendapatkannya
Kerana dia berikan aku
Penanda cinta



Biar
Biarkan nanti
Biarkan saja
Janganlah kamu mendekatinya
Kerana dia mencintai aku
Wednesday, 3 June 2009

Chin Peng nak balik kampung?

Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.Bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.



" Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan."
Copy paste here : http://ms.wikipedia.org/wiki/Chin_Peng



Semua orang tahu sejarah sebab dari kecik lagi kita memang belajar sejarah. I'm really sure you know who he is definitely kalau tak tahu google sendiri. Aku malas nak cari banyak-banyak. Kalau kamu nak tahu lepas kita merdeka (tahun 1957) pun sisa-sia komunis ada lagi kat dalam hutan tu dan anggota yang bertanggungjawab membasmi mereka adalah askar-askar yang memang hensem-hensem semua (baca:prihatin).



Cuba bayangkan kamu jadi askar masa tu dan tinggalkan anak isteri kamu malam-malam sebab kena masuk hutan cari komunis? Cuba bayangkan kawan baik kamu sendiri yang memamg baik gila susah senang sama-sama tiba-tiba mati kena periuk api komunis dua atau tiga kaki je jarak dia dari kamu?



Cuba bayangkan kawan baik kamu yang baru je kamu minum air sama-sama dengan dia tiba-tiba putus kaki kena jerangkap samar? Tak ke kamu rasa nak sepak atau bunuh je kalau kamu jumpa orang yang arrange semua tu? Macam mana perasaan kamu kalau dulu kamu pergi majlis pengebumian kawan baik kamu tiba-tiba orang yang bunuh rakan kamu tu nak balik kampung?



Bila Chin Peng nak balik Malaysia setelah banyak benda yang telah dilakukan kamu rasa patutkah kita bagi dia balik? Cuba kamu kira berapa ramai rakyat kita meninggal dulu? Berapa ramai askar-askar kita yang terkorban masa lawan komunis tu? Berdasarkan akal aku yang sempit ni kan dia memang tak patut balik la.



Kenapa dia nak balik sangat dia nak buat apa kat sini or they have their own agenda? Tak faham betul aku. Tolong la fikir dengan logik akal (ke aku yang tak reti pikir?) Correct me if i"m wrong aku memang tak faham dan tak akan faham. Memang kita tak boleh bias dengan hanya menuduh Chin Peng sorang je sedangkan komunis-komunis lain juga bunuh orang-orang melayu masa zaman darurat dulu. Tapi kalau ketuanya tak suruh bunuh mereka tak kan bunuh? Ye tak?



Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, ("Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.")



Dia langsung tak menyesal setelah bunuh ramai orang tapi dengan bangga nya nak balik. Mungkinkah dia cemburu tengok Malaysia yang dah membangun dengan pesat? Mungkinkah dia sangat teruja dengan KLCC atau Putrajaya? Atau teringin nak pergi melancong ke pulau bebas cukai? Mungkin scuba diving kat Pulau Perhentian?
 

Blog Template by YummyLolly.com