“Bohong.. Abang kata abang cintakan Zue, abang sayangkan Zue, tapi apa yang zue dapat?” Tanya Zue (bukan nama sebenar tau).
“Abang terpaksa Zue. Bukan niat abang untuk tinggalkan Zue. Tapi..”
“Usah berpura-pura abang. Segalanya dah jelas. Abang akan tinggalkan Zue kan? Apa ertinya kata sayang yang selama ini abang ucapkan kalau akhirnya abang akan tinggalkan Zue?”
“Abang harap Zue faham. Abang terpaksa. Selamanya Zue akan tetap bertakhta dalam hati abang yang paling dalam.” Kata Azhisyam (juga bukan nama sebenar) sambil tunduk.
“Antara kita nampak macam dekat, tetapi hati abang menyatakan kita terlalu jauh. Zue dengan dunia Zue dan abang dengan dunia abang. Sampai bila kita akan macam ni? Keadaan tetap tak berubah. Dan abang rasa dah sampai masanya untuk abang lepaskan Zue pergi.”
“Mana perginya janji-janji abang selama ini? Adakah semuanya hanya dusta? Hanya mainan abang?”
“I have to. Abang harap Zue faham.”
“Apa salah Zue dengan abang sampai abang tinggalkan Zue?”
“Zue tak ada salah apa-apa dengan abang. Cuma Abang rasa abang tak layak berada disamping Zue. Zue dengan impian Zue tapi abang rasa abang tak mampu nak gapai semua tu.”
“Kita boleh bincang abang. Tak kan sebab sekecil ni abang nak tinggal kan Zue?”
“Abang minta maaf Zue. Abang dah buat keputusan. Dan abang tak akan sekali-kali ubah. Abang harap Zue boleh terima keputusan abang dengan hati terbuka. Antara kita jangan ada dendam walaupun dulu abang pernah ada dalam hati Zue. Selamanya Zue akan tetap berada dalam hati abang. Abang terpaksa pergi.” Kata Sham sambil berlalu.
Dan dia hanya mampu melihat Sham pergi dengan air mata. Tiada daya untuk menolak. Kata putus sudah diberi dan siapa dia untuk menolak apa yang Sham sudah putus kan? Siapakah dia dihati Sham sebenarnya?
Zue terduduk. Tak disangka begini akhirnya cinta yang dibina. Bertahun dia membina harapan untuk bersama Sham tapi begini akhiranya. Apa salah dia sampai Sham nekad meninggalkan dia?
Salah Shamkah kerana terlalu mengambil berat? Atau salah diakah kerana dalam diam menyimpan hasrat?
Sham adalah segala-galanya dalam hidup dia. Dan sekarang Sham dah pergi. Macam mana dengan hidup dia kelak? Berhari-hari dia berfikir tapi tiada jawapan yang dia peroleh. Sebelum ni Sham tak begini dan perangai dia pun tak berubah .
Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Sham akan pergi meninggalkan dia. Sham melayan dia seperti biasa dan dia langsung tidak menyesyaki apa-apa.
Apa yang buat Sham membuat keputusan mendadak untuk tinggalkan dia? Apa salah dia sampai Sham tolak dia ke tepi? Bertahun dia memasang angan-angan untuk hidup bersama Sham, akhirnya ini yang dia dapat.
Sunday, 28 June 2009