Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.Bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
" Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan."
Copy paste here : http://ms.wikipedia.org/wiki/Chin_Peng
Semua orang tahu sejarah sebab dari kecik lagi kita memang belajar sejarah. I'm really sure you know who he is definitely kalau tak tahu google sendiri. Aku malas nak cari banyak-banyak. Kalau kamu nak tahu lepas kita merdeka (tahun 1957) pun sisa-sia komunis ada lagi kat dalam hutan tu dan anggota yang bertanggungjawab membasmi mereka adalah askar-askar yang memang hensem-hensem semua (baca:prihatin).
Cuba bayangkan kamu jadi askar masa tu dan tinggalkan anak isteri kamu malam-malam sebab kena masuk hutan cari komunis? Cuba bayangkan kawan baik kamu sendiri yang memamg baik gila susah senang sama-sama tiba-tiba mati kena periuk api komunis dua atau tiga kaki je jarak dia dari kamu?
Cuba bayangkan kawan baik kamu yang baru je kamu minum air sama-sama dengan dia tiba-tiba putus kaki kena jerangkap samar? Tak ke kamu rasa nak sepak atau bunuh je kalau kamu jumpa orang yang arrange semua tu? Macam mana perasaan kamu kalau dulu kamu pergi majlis pengebumian kawan baik kamu tiba-tiba orang yang bunuh rakan kamu tu nak balik kampung?
Bila Chin Peng nak balik Malaysia setelah banyak benda yang telah dilakukan kamu rasa patutkah kita bagi dia balik? Cuba kamu kira berapa ramai rakyat kita meninggal dulu? Berapa ramai askar-askar kita yang terkorban masa lawan komunis tu? Berdasarkan akal aku yang sempit ni kan dia memang tak patut balik la.
Kenapa dia nak balik sangat dia nak buat apa kat sini or they have their own agenda? Tak faham betul aku. Tolong la fikir dengan logik akal (ke aku yang tak reti pikir?) Correct me if i"m wrong aku memang tak faham dan tak akan faham. Memang kita tak boleh bias dengan hanya menuduh Chin Peng sorang je sedangkan komunis-komunis lain juga bunuh orang-orang melayu masa zaman darurat dulu. Tapi kalau ketuanya tak suruh bunuh mereka tak kan bunuh? Ye tak?
Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, ("Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.")
Dia langsung tak menyesal setelah bunuh ramai orang tapi dengan bangga nya nak balik. Mungkinkah dia cemburu tengok Malaysia yang dah membangun dengan pesat? Mungkinkah dia sangat teruja dengan KLCC atau Putrajaya? Atau teringin nak pergi melancong ke pulau bebas cukai? Mungkin scuba diving kat Pulau Perhentian?
Wednesday, 3 June 2009