Pages

Sunday, 20 December 2009

Jurujual dari kedai kaca mata

Jumaat lepas aku ada pergi kedai kaca mata di satu pusat membeli belah terkemuka di Kuantan. Aku beli contact lens sebab bulan tujuh haritu baru buat spec baru tak kan nak buat spec lagi. Sekurang-kurangnya setahun baru tukar ok!



Diorang ada buat promotion, tapi untuk yang colour lens sahaja sepasang Rm 38. Biasa dalam Rm 60 atau Rm 70 kalau tak silap aku. Jadi cepat dapatkan segera sementara stock masih ada terhangat di pasaran. Promotion untuk bulan ini sahaja tau!



Yang colourless pun ada promotion jugak. Tapi tak ada limit masa promotion seumur hidup gitu aawwww. Kalau beli tujuh (7) kotak contact lens itu dapat percuma satu kotak. Aku beli satu je, jadi diorang simpan aku punya data dan nanti kalau aku pergi beli lagi diorang akan simpan sampai cukup tujuh kotak seterusnya dapat percuma satu.



Yang menariknya bukan promosi-promosi hangit di pasaran itu. Beberapa minit yang lalu akak yang jual tu call aku. Dia call cuma nak tanya aku selesa tak pakai lens tu, ok ke tak. Sungguh bagus. First class I tell ya! Mana ada orang kedai cermin mata call tanya pelanggan dia selesa tak pakai spec mereka atau pun contact lens yang dibeli dari kedai mereka.



Mengikut sejarah, sepanjang pengalaman aku pakai spec dan contact lens selama bertahun-tahun ini TAK PERNAH ada orang kedai call tanya selesa ke tak pakai. Sungguh memang tak ada. Ini yang pertama kalinya. Dia call aku pagi tadi tapi aku tak jawab sebab ada design workshop jadi dia call balik.



--> Ini nama dia jurujual yang concern dengan pelanggan. Aku kagum betul. Pandai diorang ambik hati aku (baca:pelanggan).

2 comments:

Master J said...

hmm..contact kaler apa??

Zulikha Syed said...

beli yg colourless je lor..xdak duet.. =p en.jaz g ah beli yg kaler biru, ada promotion tu.. ahaha..

 

Blog Template by YummyLolly.com