Pada pagi yang hening ning ning. Saya bangun pagi mamai-mamai ada kucing saya tengah tidur. Saya main-main dengan dia tiba-tiba dia gigit-gigit, cakar-cakar tangan! Huuu sakit betul. Sakit tu tak kisah lagi, nanti raya yang kesah. Nanti macam mana nak salam saudara mara, kawan-kawan, dan yang paling terpenting emak mertua??!! Nanti mereka kata muka dah comel boleh tahan, tangan macam %$#@*&. Akan mencuba semua cara moden mahupun tradisional supaya tangan kembali mulus seperti sedia kala. Sebarang cadangan amat dialu-alukan bolehlah hubungi di #twitter. Terima Kasih.

Tangan siapa entah. Ada lagi banyak kena, kat lengan pun ada tapi situ boleh cover sikit T.T
p/s: kepada yang berpuasa, sila lah berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan tekun. Kepada yang tak berpuasa, sila lah bergerak perlahan-lahan ke dapur.
p/s/s: emak marah betul tadi kat kucing tu, dia kata kalau dia ada masa kucing tu gigit saya dia nak pukul kucing tu! Tadi saya tak pukul pun sebab kesian, biar je dia. Lepastu emak denda kucing tak bagi makan tengah hari harini sebab gigit saya T.T
0 comments:
Post a Comment