Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini maka emak buat business. Katanya sebab saya ada kat rumah boleh tolong-tolong dia. Kalau buat sensorang memang tak sempat sebab nak siapkan sebelum pukul 7 pagi! Jadi selepas sahur tak boleh tidur sebab kena isi bendalah ni dalam bekas-bekas kecik. Kerja buruh je lah yang boleh ditolong, kerja resepi masak-memasak hancusss.
Dengan adanya perencah segera ni, maka ibu-ibu yang bekerja diluar sana bila balik kerja tak perlu lah bersusah payah nak buat perencah lagi, bakar ikan sahaja untuk berbuka sebab ikan tidak disediakan. Fresh. Hari-hari kita buat. Dengan bahan-bahan terpilih yang juga fresh dan berkualiti tinggi sebab kita nak bagi perencah ni dapat bertahan sampai petang atau malam. Yang semalam-semalam memang tak pakai ye untuk kualiti yang bagus dan tip top!
Perencah ikan bakar

Hurry Up! Limited edition sebab buat sikit je hari-hari.
Hanya boleh didapati sampai minggu depan sahaja.
Ada dijual Ahad-Khamis, hujung minggu cuti.
p/s: Iklan tak menahan. Dah lah buat sikit je, hari bekerja sahaja pulak tu, dan sampai minggu depan sahaja sebab emak kata buat untuk suka-suka je isi masa lapang tsk.
p/s/s: Bila lagi nak buat business kueh raya? Ehwahhh perasan kemain. Kita pergi bawak duit tunjuk-tunjuk kat kedai je lah ye dok?
0 comments:
Post a Comment