Pages

Friday, 4 March 2011

Kita hanya merancang

Hari ini Jumaat sekarang 03:03pm:


Saya Zulikha, yang akan pergi 'meronggeng' di pulau kapas selama beberapa hari bermula malam ini. Sebenarnya tak tahu pun apa maksud meronggeng tu sebelum ni. Teka je lah maksud dia. Agak cuak weiii nak pergi pulau kapas tu naik bot. Bot tak merisaukan sangat.



Kayak. Nanti akan naik kayak dilautan dalam. Dilautan biru. Dilautan luas. Dilautan yang berombak, beralun. Dilautan yang tanpa sempadan. Dengan penjelasan tersebut sudah tahu kecuakan penulis. Kalau orang biasa mungkin tak cuak, tapi aku yang naik kayak kat tasik yang kecik pun lulus atas pagar je ni.



Jadi berterima kasihlah dengan penciptaan jaket keselamatan. Kalau terjatuh pun nescaya tidak akan tenggelam dalam masa terdekat. Jangka masa panjang? Kita serahkan pada Tuhan. Yang pergi tetap akan pergi, yang tak pergi duduk diam-diam tunggu yang pergi (iaitu saya) balik ye!





p/s: jangan rindu saya. Doakan saya (& kami) selamat pergi dan pulang in one piece. We both know what it means.

p/s/s: tak sedap hati sebenarnya nak pergi. Tolong tengok-tengokkan bebear nanti dia sunyi. Haih belum pergi dah mula rindu ni.

p/s/s/s: jumpa di twitter atau facebook. Till then, Bye!

 

Blog Template by YummyLolly.com