I like you the way you are. Then you become somebody else around everyone else, I see the way you acting like you are somebody else, gets me frustrated. You look like a fool to me. Honestly. Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-galanya. Dari yang ada kepada tiada, dari yang tiada kepada ada. Tiada siapa mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptanya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama manusia. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.
Namun waktu tidak boleh mngubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji, tetap keji walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan hari jadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan pangkat dan darjat kepada orang lain, belum tentu diri sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah. Seorang yang miskin di ceruk terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi, namun itu bukan tanda hinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing.
Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati juga tentunya jauh berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Hasil yang dikeluarkan dan jasa yang ditaburkan kadang-kadang tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika diberikan masa yang berganda.
Kita tidak boleh mengubah masa. Tetapi kita boleh menjadikan masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas. Untuk merentasi kehidupan dan masa, banyak yang kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan? Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Berapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar mejadi kerdil. Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup.
Semoga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tak boleh menongkah masa. Kita tak boleh menghalang putaran masa. Kita tak boleh menghentikan masa. Kita juga tak boleh keluar dari sistem masa. Jauh sekali mengembalikan masa. Namun kita boleh berdoa kepada Allah agar masa kita diberkati, doa dan usaha kita diberkati. Yang paling penting NIAT kita deberkati.

"Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekejap"
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)

On kempen: