Pages

Saturday, 6 February 2010

Bukit pelindung. Sahabat. Cahaya matahari.

Sedang dalam mood bercerita jadi mari merepek. Ini cerita betul, memang ada kena mengena dengan orang yang masih hidup sebab semua watak belum meninggal lagi. Watak utama adalah penulis blog ini sendiri, serta kawan satu (D) dan kawan dua (S). Kedua-dua mereka pakai spec, dua-dua tak ada blog, dan dua-dua tak ada kereta. Dua-dua baca Stoicism, for sure haha. Kawan satu adalah bila dia baca blog aku dan kalau aku update cerita cepat dia akan message "wow cepatnya update". Dia dah lama suruh tulis kat sini aku asyik lupa sekarang baru teringat.



Kami tiga orang, masa tu lepas lab nak tunggu asar sebab ada kelas lagi jadi rehat-rehat. Kawan yang ada kereta balik bilik masa tu. Tiba-tiba kami bercerita tetang outing. Semua sedih sebab kat sini hidup susah sebab kami tak ada kereta. Hidup tak ada lah macam orang lain yang bawak kereta boleh pergi sana pergi sini. Kalau rasa nak makan apa-apa boleh je pergi terus. Kalau rasa nak pergi mana-mana 10 minit dah sampai. Kitorang? Kalau rasa nak pergi mana-mana seminggu baru sampai. This is the truth. Sebab kena rancang awal-awal nak keluar pergi mana, buat apa. Kalau tiba-tiba rasa nak keluar tu jarang sangat lah boleh keluar.



Ada satu hari tu kitorang nak keluar, dah tengah hari rasa macam nak keluar, lepastu message akak-akak dan abang-abang yang buat delivery semua feedback menghampakan. "Sori ada kelas", "sori tak ada kat Kuantan" bla bla. Sucks. Lepastu tidur sebab frust. Nak keluar petang balik malam malas pulak sebab takut tak ada orang ambil kena naik teksi. Esoknya baru ada orang free. Ini baru nak keluar pergi bandar having some pizza or kfc. Dekat je pun. Tak ada orang yang sudi menghantar anda ke bandar dengan gembira.



Second of all, kalau nak pergi Teluk Chempedak ke lagi lah. Aku at least pernah pergi. Dua tahun dah duduk sini baru sekali pergi TC dan aku tak rasa aku boleh pergi lagi lain kali walaupu aku teringin nak pergi. Kawan aku terkejut aku kata baru sekali aku pergi tc. Itu pun secara kebetulan je pergi kejap je tak sempat explore sampai hujung pun. Kawan aku yang satu tu, dia TAK PERNAH PERGI TC pun! This is for real. Kesian kan dia? Maka kalau kamu ada kesempatan itu bersyukurlah. Kadang-kadang aku sampai terfikir, what the hell I am doing here? 4 tahun tau tak terperuk IN THE MIDDLE OF NOWHERE!!!



Emak, masa aku kat matrik mula-mula tahu kita kena datang Kuantan dia suruh aku tukar U tau. Nampak tak emak aku lagi otai, aku ni penat backup sebab sayang pulak nak pindah-pindah. Ini kena pindah duduk luar pulak lagi emak aku hangin. Dulu atuk aku suruh aku jadi cikgu (sebab dia cikgu), boleh didik orang. Kadang-kadang aku rasa aku meyesal tak ikut cakap diorang. Kadang-kadang je. Most of time, hell man no (sejak bila jadi jahat tak tahu).



Kalau rasa nak pergi makan ikan bakar malam-malam kat tanjung lumpur ke, nak tengok bulan kat tc ke, tiba-tiba lepas exam rasa nak pergi jalan-jalan, haram. Jangan sebut. Dalam mimpi pun belum tentu sampai. Double-suck. Dah lah jauh juga nak pergi. Contoh kalau pergi dengan akak atau abang buat delivery yang tak kenal tu hantar boleh lah. Nak message diorang dah satu hal. Kalau dah janji nak suruh dia ambik, belum tentu lagi dia ingat. Lepastu kitorang ni nak balik dengan apa? Malam-malam kalau ada teksi tak apa lah. Kalau tak ada? Nak cari hotel dekat-dekat mana tahu jalan. Tak kan nak merempat, nak jalan kaki balik jauh juga tu esok pagi lah kot sampai.



Sekali sekala tu nak juga rasa macam orang lain. Keluar malam-malam tengok bulan sambil makan ikan bakar. Sekali dalam masa 4 tahun pun tak apa lah dah kira bagus sangat dah tu. Shut up! Jangan bagi harapan palsu kat diri sendiri. Pergi mandi-manda kat tc sekali pun cukup lah. Shut up! Ini nama je duduk Kuantan air laut kat tc tu pun tak pernah rasa entah-entah manis tak masin macam biasa. Bukan nya tahu pun. Agaknya kalau kau cakap air laut kat tc tu manis aku percaya. Transportation menjadi satu masalah besar kalau nak keluar jadi jangan ajak aku keluar kalau tak nak ambik haha.



Sampaikan kita tiga orang cakap siapa-siapa cari lah boyfriend yang ada kereta. Senang sikit boleh bawak kita semua pergi jalan-jalan. Kalau rasa nak makan apa-apa at least ada orang boleh tolong. Tak nak bawa kitorang pun tak apa, no problem, asal tolong belikan pun dah cukup. Dua-dua kawan aku tu bukan tak mampu nak beli kereta. Seorang anak tokey hospital, seorang anak tokey tabung haji, duit berkepuk. Saja je tak nak bawak. Lagi pun bukan nya hari-hari kitorang nak keluar, SEKALI DALAM MASA EMPAT TAHUN cukup lah. Ulang lagi, sekali dalam masa empat tahun. Nak ulang lagi?



Hey, look what surrounds you now more than you've ever dreamed, have you forgotten just how hard it used to be? So what's it going to take for you to realize it all could go away in one blink of an eye? - Hoobastank. Insaf serta merta. Kalau kita susah orang lain ada yang lagi susah. kalau kita rasa sedih orang lain ada yang lagi sedih daripada kita. Orang-orang yang kat Palestine tu contohnya, tak sempat pun nak pakai baju cantik-cantik pergi jalan-jalan. Nak bernafas pun takut inikan pulak pergi mall. So, yeah kawan-kawan, forget about those issues.



Tapi ada berita gembira, esok, kalau jadi, senior-senior ajak pergi panjat bukit pelindung (senyum lebar senyum lebar). I will return the favor no worry. Beliau dengan baik hatinya sudi ambik dan hantar. Sila berterima kasih dekat mereka. Sebenarnya tak pernah dengar pun nama bukit tu, tak tahu kat mana dan yang paling penting betul ke ejaan dia macam tu? Haha. Lepastu message member semua nak pergi ke tak, ini peluang sekali seumur hidup ok.



Ingatkan tak nak pergi sebab ada 2 exam minggu depan sekali semua nak pergi haha aku dah cuak takut tak muat kereta. Aku gembira betul. Ye aku gembira, so what? Kalau seorang je antara kawan satu dan kawan dua itu nak pergi aku tak akan pergi. Kalau susah biar sama-sama susah, kalau tak pergi biar sama-sama duduk bilik. Haha.



p/s: aku harap mereka sedar pagi esok, kalau tak melepas kitorang nak pergi jalan-jalan haha.

p/s/s: Cheesy wedges, nasi yang sedap di secret recipe, ocean tuna di pizza hut. Cheesy wedges roomate aku dah belikan. Yang dua lagi tu aku rasa bulan depan baru boleh makan.


2 comments:

hafiza haris said...

kakak, jgn ckp cmtuh....i can bring u! jum..serius neh...

p/s: if u judge ppl before u know, u'll not love them..hee:)

msg me k klo de pape prob. try my best

Zulikha Syed said...

okey then.. lepas CNY planning nak g lepak2.. nnti kakak gtau.. haha.. yay! double yay! =p

 

Blog Template by YummyLolly.com