Pages

Thursday, 28 January 2010

Honeymoon

Honey-week sahaja sebenarnya. Selepas pergi KL bershopping sakan tak ingat dunia jadi pulang dengan gembira. Rancangan asal hendak membeli baju sehelai dua tetapi terbeli banyak pula, sekali dengan kasut semua haha memang sakan. Setelah menyiapkan semua lab report dan assignment yang perlu dihantar selepas cuti jadi mood malas mula datang. Rasa malas baca buku adalah rasa yang paling teruk.



Walaupun ada exam selepas cuti tapi tetap malas baca buku juga. Konon-kononnya balik lambat untuk baca buku tapi haram baca sikit je. Baca nanti balik kuantan lah ye? Yang lagi teruk adalah bukan sahaja malas baca buku, malas nak online juga. Ini berita gembira buat puan emak sebab tak payah susah-susah bayar bil. Buka kejap je lepastu tutup.



Tapi memang thrill duduk sorang-sorang kat bilik haritu. Bilik sebelah kosong, lagi sebelah kosong juga. Bilik lagi satu baru ada orang. Kawan ajak makan sama, ajak tidur bilik dia pun tak mahu. Sampai dia kata berani betul duduk sorang-sorang. Seronok. Selalu mulut bising-bising je ini cakap je lah sorang-sorang. Tak pun borak-borak dengan bebear. Tak pun nyanyi. Sumbang pun bukan ada orang dengar (macam kau nyanyi sedap).



At least kena tahu lah ada orang around kalau tak nahas juga susah nak minta tolong kalau ada apa-apa hal. Jumpa orang pun masa pergi beli lunch je. Tak pun kadang-kadang kawan aku datang check aku hidup lagi ke tidak. Maklumlah baru sihat. Risau betul dia orang dah cakap sihat dah pun datang juga ketuk pintu. Bagus-bagus.



Yang lagi thrill adalah bila malam-malam duduk sorang-sorang, cakap sorang-sorang dan tengok cerita bunuh orang. Memang sial. Siapa yang imiginasi tinggi dan tak kuat iman macam aku tolong jangan buat macam ni. Sebab nanti orang lain duk sibuk takut hantu kamu sibuk duk takut orang datang bunuh. Itulah yang terjadi pada malam last itu. Kalau takut hantu tak heran tau boleh baca Quran tak pun buka je surah-surah kat winamp. Senang cerita. Tapi kalau takut orang memang parah.



Memang rasa takut betul. Takut sampai pergi toilet pun kunci pintu sebab takut orang pakai jubah hitam bawa pisau/parang/kapak datang masuk bilik masa pergi toilet. Tak masuk akal. Sebab aku jenis yang memang menghayati cerita, jadi aku akan rasa benda ini betul. Lagi contoh, semalam aku tengok Case 39. Aku sampai mimpi hantu budak tu. See? Dah taste cerita thriller bantai je lah tengok.



Dah malas nak taip lagi. Haritu aku pergi makan pizza, lepastu kalau biasa aku pergi dia bagi bill terus lepas makan bayar sendiri kat kaunter. Ini aku mintak dulu baru bagi. Lepastu dia bagi bill yang macam makan kat hotel 5 bintang yang harga ratus-ratus yang kalau tak bapa sendiri, sugar daddy je layak bayarkan untuk budak-budak macam aku.



Yang jenis dia letak bill kat dalam benda kecik dan keras macam buku menu, dan kita kena letak duit sebelah bill tu, lepastu nanti dia datang bagi baki. Aku seorang je masa tu, makan pizza, dua tiga ringgit je pun haha tak berbaloi layan macam anak raja. Dah la aku sorang je asyik panggil bidak-budak tu nak itu lah nak ini lah.





p/s: yang best nya budak-budak pizza tu panggil aku akak. Weeeee~

5 comments:

miko si maruku said...

NOW..my turn plak duk sorang2,tapi dah biasa la, WOHA!sgt best merapu sorang2 dlm bilik!

Master J said...

wahh..duk bilik sorg2..mkn piza sorg2..dasyat zu =p

Zulikha Syed said...

miko si maruku: yup! rasa sangat bagus dan bebas sebab tak ada orang. tapi at least kamu ada orang kat bilik sebelah tu. haha..



Master J: itu baru sikit. banyak lagi benda2 pelik yang telah dibuat dan akan dibuat. huhu..

miko si maruku said...

hehe...sibok jer miko nk komen first, xmo kasi master j jadi first.
ye la, dh ramai yg balik...

Zulikha Syed said...

ada kaitan ke dengan komen??? haha..

master j komen sebab beliau kesian tak ada orang nak komen jadi beliau tolong komen... =p

 

Blog Template by YummyLolly.com