Pages

Saturday, 2 January 2010

Bila Tuhan Berbicara

Dah habis baca buku ini semalam sambil makan Zinger Maxx.





Buku ini haih. Sangat berat. Banyak isu masa kini yang diutarakan secara mendalam, secara terang-terangan. Bila kau baca kau akan sedar betapa dunia kini tak aman mana pun, tak berapa stabil. Isu tentang gunung berapi contohnya, diuraikan satu persatu sampai aku rasa kalau kira muka surat nak sampai setengah buku. Penulis memang buat kajian sangat terperinci pasal gunung berapi ni. Aku kagum! Sebab tak ramai penulis (biasanya) yang akan terangkan sesuatu benda sampai aku rasa puas hati. Sebab semua benda berkaitan gunung berapi ada ditulis termasuk sejarah semua.



Hadis dan Quranic verses pun banyak, setiap satu diselitkan dengan makna dan kesimpulan, disesuaikan mengikut keadaan masa dalam novel ni dan yeah tak salah kalau kita mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain. Walaupun ini hanya novel tapi isu-isu kat dalam novel ini buat kita banyak berfikir. Berfikir tentang alam dan hikmahnya. Berfikit tentang kenapa Allah jadikan sesuatu, semuanya bersebab. Lepastu juga ambil pengajaran dari tragedi Pompeii, tentang kisah Ashabul Kahfi.



Ini sebuah novel drama sebenarnya, sebuah novel tapi dengan format drama. Menarik sebab lain dari yang lain dan penuh imiginasi tapi masih tidak lari dari fakta, dari hakikat. Masih lagi BEST sampai rasa macam nak bagitahu semua orang "tolong lah baca novel ini!" Banyak pengetahuan yang aku dapat, yang kebanyakannya aku tak tahu langsung, dan mungkin kamu juga tak tahu.



Novel ini bercerita tentang hari kebangkitan, tentang keinsafan sesudah maksiat, tentang kehidupan yang sementara, tentang bagaimana menuju negeri yang abadi. Bercerita tentang Sahlan (seorang vulcanologist), Mazlan (doktor perubatan), dan Razlan (Ustaz muda) yang terperangkap bersama-sama di dalam bunker semasa menyelamatkan diri dari letusan gunung berapi. Ada sense of humor jugak jadi tak bosan. Ada isu berat, ada juga isu ringan yang mereka bincangkan.




Barangkali di sana ada jawapannya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
bersahabat dengan kita
cuba kita bertanya
pada rumput yang bergoyang..





p/s: Hujung minggu yang superb sebab ada banyak buku untuk dibaca jadi rasa sangat seronok. Kalau lah hari-hari kerja baca buku je tak yah belajar kan bagus.





Sekian.

2 comments:

hafiza haris said...

kakak...haha...sy bace buku nih dah setahun tak habes2 jugak....adeh... ssh sgt nk phm...
kagum lah ngan kakak....
::clap::clap::clap::

Zulikha Syed said...

huhu apa yang kagum nya.. dah tak de benda nak buat baca je lah, tapi memang dalam dia berat sikit ah. best kot cte dia.. :D

 

Blog Template by YummyLolly.com