Pages

Saturday, 29 August 2009

Sekadar ingatan

"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadilah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas". (Riwayat Tirmizi)



Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara;

1. Kerana hartanya
2. Kerana keturunannya
3. Kerana kecantikannya
4. Kerana agamanya

Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya.


Cinta tanpa syarat

Anak hanya belajar menghargai kasih sayang ibu bapanya,



apabila akal sudah hidup dikepala.



Namun,



Ibu bapa sudah menyayangi anak-anak,



sebelum mereka lahir ke dunia.



Anak-anak,



Jiwanya tak sebesar ayah bonda,



Kasihnya,



Kadang-kadang tidak sampai ke makan ayah bonda.



Hanya ibu bapa yang mampu mengasihi anak-anaknya,



tanpa syarat,



Sebab itulah,



anak-anak tidak mampu membalas kasih itu.



Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata) :
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa':24)
Thursday, 27 August 2009

Mari belajar berbudi bahasa

Konsep give and take bukan konsep baru dalam kamus hidup tamadun manusia. Tapi masih ramai yang tak amalkan konsep ni dengan cara yang betul. It is not just about I give you something then you owe me one. Itu tak ikhlas namanya.



Orang berbudi
Kita berbahasa
Orang memberi
Kita merasa



Ok tipu la kalau kamu cakap tak pernah dengar kata-kata diatas sepanjang kamu hidup dan bernafas. Kat mana-mana pun memang selalu dengar benda ni dekat sekolah cikgu ada cakap dekat perhimpunan supaya menghormati guru, dekat tv ada iklan orang muda harus menghormati yang tua manakala yang tua juga kena menghormati orang muda, dekat kelas ustaz ada cakap anak-anak wajib menghormati ibu bapa tak kira lah siapa pun ibu bapa kita, ustazah pun ada cakap isteri kena menghormati suami dan begitulah sebaliknya (erk? haha). Lain lah kalau kamu tak pernah pergi sekolah, tak pernah tengok iklan dekat tv dan juga tak pernah pergi ceramah agama.



Berbalik kepada tajuk asal, tadi aku pergi terminate akaun broadband lama dan tukar kepada plan baru yang untuk student. Aku pergi tiga orang tadi. Roomate 1 dapat kaunter 3, aku kaunter 4, roomate 2 dapat kaunter 5. Akak jaga kaunter aku macam nak cakap tak nak cakap je. Dah la aku banyak nak tanya pasal plan baru ni.



Dengki dengan roomate 2 dapat akak baik je siap boleh tanya-tanya khabar dan borak-borak. Aku yang kat kaunter sebelah ni pun tumpang borak-borak dengan akak kaunter roomate 2. Sabar je la. Kaunter tiga ada abang yang jaga. Abang tu pun baik jugak. Ada pakcik tanya macam-macam, tau-tau je la pakcik ni banyak sikit soalan dia abang tu jawab sopan je semua yang pakcik tu tanya dia.



Aku tahu la akak puasa tapi orang lain pun puasa gak.
Aku pergi pun pagi lagi kot jadi masih tak lapar sangat kan?
Dah la aku sorang yang tak dapat kertas yang sekali dengan sim card baru tu.
Dah la aku dapat nombor baru yang TAK LAWA! I prefer my previous number. Comel je.
Dah la aku masih tak dapat connect internet sedangkan roomate 2 dari tadi lagi dah boleh online dengan gembira.



Ok aku dengki sebenarnya.





Wednesday, 26 August 2009

Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu

Suppose to write about this topic earlier but i was some kinda busy before haha ok tipu. Actually the idea is there but due to some reasons (read:malas) i just kept the secrete behind the closed door syyhh. Cheh secrete. Dah lama sangat aku tak merepek-merepek kat sini banyak kerja lah katakan.



Rutin harian masa Ramadhan sedikit berubah dari hari-hari biasa. Kalau hari biasa makan breakfast dan lunch tapi bila bulan puasa tak ada orang akan buat semua aktiviti ni kecuali kalau tak puasa hehe. Pagi-pagi kena bangun awal untuk sahur. Menu utama sahur aku meggi sedap disukai ramai atau mushroom soup dengan roti. Itu je la makanan hari-hari. Lepastu pegi kelas macam biasa. Petang ramai-ramai pergi beli makanan lepastu malam solat terawih ramai-ramai.



Biasanya bulan puasa ni semua benda dah macam buat ramai-ramai samaada dengan kawan rapat atau dengan roomates. Kalau buka puasa pun makan ramai-ramai tapi kalau sabelum puasa contohnya masa lunch makan sorang-sorang je. Dalam bab solat memang ada peningkatan yang bagus solat isya' sure berjemaah sebab sekali dengan terawih. Malam tadi dah terlepas solat terawih dengan diorang sebab aku ada kelas sampai 10 lebih pastu ada disscussion sampai 12 lebih tsk. Minggu ni macam banyak sangat kerja. Malam lepas terawih terus ada kelas atau discussion sampai pukul 1200 atau 100am. Esok lusa pun sama.



Masa puasa ni rasa macam semua nak jaga. Terutama sekali patah-patah perkataan yang keluar dari mulut aku ni. Haha susah tau bagi budak yang talkative macam aku ni. Cuba untuk tak sakitkan hati orang dan hati sendiri. Ok baru je kelmarin marah-marah orang. Aku bukan tak sengaja nak marah dia tapi memang sengaja haha aku nak bagi peringatan sebab dia selalu tak datang discussion jadi aku slow talk je bukan marah betul marah sayang tak pe kan? Aku tak nak cakap-cakap kat belakang jadi aku message terus haha nasib baik dia tak marah aku dan yeah mungkin dia beleh terima cara aku ingatkan dia jadi dia dah datang discussion.



Aku tahu yang dia lagi pandai dari aku tapi macam aku peduli haha kalau tak tepati masa tak baik tau sebab dah janji pukul 1030 jadi datang je la kalau lambat sikit tak ada hal ini tak datang langsung. Kalau sekali tak apa ini dah berkali-kali mula-mula cakap boleh datang lepastu bila kami dah start discuss tunggu punya tunggu tak sampai-sampai tetiba cakap ada hal.



Masa berbuka memang meriah sebab berbuka ramai-ramai dengan roomates dan jiran. So we are 8 of us (my roomates and my jiran as well) lepak-lepas tunggu azan sambil borak-borak sangat seronok. Lepas makan borak-borak lagi haha. Kongsi-kongsi air dan makanan semua. Tak ada lah rasa macam hidup sorang-sorang dekat sini.



Tapi kalau boleh berbuka dekat rumah lagi best kan? Tak pe nanti balik boleh berbuka dengan family sama-sama. Adik aku dah sibuk tanya nak beli baju raya warna apa sebab nak tempah aku ingat nak beli yang dah siap masa balik nanti tapi tak pe lah dah emak dah excited sangat dah tu padahal dia nak suruh aku balik cepat-cepat kemas rumah jadi bodek beli baju raya segala huhu.



p/s: Roomateku pun dah bising aku lama tak update. Tulis sambil malu-malu sebab nanti dia baca. Macam kelakar je pergi compartment roomate tengok dia tengah baca belog I! V(^_^)V
p/s/s: Selamat bepuasa dan beramal. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu. Tak lupa juga selamat berbuka. Hee~
Monday, 24 August 2009

Linkin Park - New Divine

Video klip macam game.. Hmm..tapi best.

Jason Mraz ft. Ximena Sariñana - Suerte (Lucky)

Enjoy...

The Fray - Never Say Never

Friday, 21 August 2009

Jason Mraz ft. Ximena Sariñana - Suerte

Do you hear me? I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I’m trying

Se que quiero cuando te vas
supe desde tiempo atras,
es que mi corazon no sabe
queres hasta volverte a ver

Suerte que despierto junto a ti,
Suerte que senti lo que senti
suerte que regresas para mi

Nadie tiene la razon
de que exista el amor
solo hay un tu y yo
la promesas de los dos
me esperaras, aqui estare
lo seeeeeeee

Suerte que despierto junto a ti,
Suerte que senti lo que senti
suerte que regresas para mi

Suerte que hay mas para conocer
Suerte que contigo crecere
Suerte que te tengo al volver

And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music, feell the air
I put a flower in your hair

Todo tiene final feliz
desde que te conoci
no hay mas que las ganas
de estar y volver a empezar

Suerte que despierto junto a ti,
Suerte que senti lo que senti
suerte que regresas para mi

Suerte que hay mas para conocer
Suerte que contigo crecere
Suerte que te tengo al volver
Wednesday, 19 August 2009

David Cook - I Dont Want To Miss a Thing

Thursday, 13 August 2009

It is as it is..




You Are Confident and Dominant



You are a very independent, do it yourself kind of person. You've had to rely on yourself.

You know how to be strong for yourself and the people you love. You have a protective streak.



You sometimes come off as a little assertive. You know what you want, and you're not afraid to go get it.

The only thing you require from people is that they're straight with you. You are ready for the truth.

Tuesday, 11 August 2009

Tanpa tajuk

Tadi aku dengar radio dengan abah. Dj tu tanya satu soalan lepastu ada yang call untuk jawab.



Soalannya berbunyi begini:

Siapakah pemain baru Manchester United yang dibeli dari Newcastle?

Lepastu ada sorang makcik ni call dia jawab dengan yakin



David Beckham!



Hahaha abah aku dah gelak-gelak haduyai makcik kalau tak tahu jangan la jawab. Untuk pengetahuan makcik David Beckham tu dah lama pindah dari Man United makcik. Masa saya sekolah lagi kot.


Tapi..err..



Apa jawapan dia sebenarnya? haha..
 

Blog Template by YummyLolly.com