Pages

Wednesday, 26 August 2009

Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu

Suppose to write about this topic earlier but i was some kinda busy before haha ok tipu. Actually the idea is there but due to some reasons (read:malas) i just kept the secrete behind the closed door syyhh. Cheh secrete. Dah lama sangat aku tak merepek-merepek kat sini banyak kerja lah katakan.



Rutin harian masa Ramadhan sedikit berubah dari hari-hari biasa. Kalau hari biasa makan breakfast dan lunch tapi bila bulan puasa tak ada orang akan buat semua aktiviti ni kecuali kalau tak puasa hehe. Pagi-pagi kena bangun awal untuk sahur. Menu utama sahur aku meggi sedap disukai ramai atau mushroom soup dengan roti. Itu je la makanan hari-hari. Lepastu pegi kelas macam biasa. Petang ramai-ramai pergi beli makanan lepastu malam solat terawih ramai-ramai.



Biasanya bulan puasa ni semua benda dah macam buat ramai-ramai samaada dengan kawan rapat atau dengan roomates. Kalau buka puasa pun makan ramai-ramai tapi kalau sabelum puasa contohnya masa lunch makan sorang-sorang je. Dalam bab solat memang ada peningkatan yang bagus solat isya' sure berjemaah sebab sekali dengan terawih. Malam tadi dah terlepas solat terawih dengan diorang sebab aku ada kelas sampai 10 lebih pastu ada disscussion sampai 12 lebih tsk. Minggu ni macam banyak sangat kerja. Malam lepas terawih terus ada kelas atau discussion sampai pukul 1200 atau 100am. Esok lusa pun sama.



Masa puasa ni rasa macam semua nak jaga. Terutama sekali patah-patah perkataan yang keluar dari mulut aku ni. Haha susah tau bagi budak yang talkative macam aku ni. Cuba untuk tak sakitkan hati orang dan hati sendiri. Ok baru je kelmarin marah-marah orang. Aku bukan tak sengaja nak marah dia tapi memang sengaja haha aku nak bagi peringatan sebab dia selalu tak datang discussion jadi aku slow talk je bukan marah betul marah sayang tak pe kan? Aku tak nak cakap-cakap kat belakang jadi aku message terus haha nasib baik dia tak marah aku dan yeah mungkin dia beleh terima cara aku ingatkan dia jadi dia dah datang discussion.



Aku tahu yang dia lagi pandai dari aku tapi macam aku peduli haha kalau tak tepati masa tak baik tau sebab dah janji pukul 1030 jadi datang je la kalau lambat sikit tak ada hal ini tak datang langsung. Kalau sekali tak apa ini dah berkali-kali mula-mula cakap boleh datang lepastu bila kami dah start discuss tunggu punya tunggu tak sampai-sampai tetiba cakap ada hal.



Masa berbuka memang meriah sebab berbuka ramai-ramai dengan roomates dan jiran. So we are 8 of us (my roomates and my jiran as well) lepak-lepas tunggu azan sambil borak-borak sangat seronok. Lepas makan borak-borak lagi haha. Kongsi-kongsi air dan makanan semua. Tak ada lah rasa macam hidup sorang-sorang dekat sini.



Tapi kalau boleh berbuka dekat rumah lagi best kan? Tak pe nanti balik boleh berbuka dengan family sama-sama. Adik aku dah sibuk tanya nak beli baju raya warna apa sebab nak tempah aku ingat nak beli yang dah siap masa balik nanti tapi tak pe lah dah emak dah excited sangat dah tu padahal dia nak suruh aku balik cepat-cepat kemas rumah jadi bodek beli baju raya segala huhu.



p/s: Roomateku pun dah bising aku lama tak update. Tulis sambil malu-malu sebab nanti dia baca. Macam kelakar je pergi compartment roomate tengok dia tengah baca belog I! V(^_^)V
p/s/s: Selamat bepuasa dan beramal. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu. Tak lupa juga selamat berbuka. Hee~

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com