Pening aku dengan kau ni. Dah la beberapa hari ni aku sakit kepala je. Cuba kau bagitau terus terang dengan aku kau sakit apa? Apa yang tak kena nya? Dah pergi repair banyak kali pun sama jugak. Aku dah cuba banyak benda nak bagi kau senang hati, bagi kau selesa, bagi kau rasa tak terbeban.
Aku pegang dengan lemah lembut sopan santun takut kau buat hal, kalau bukak tab bukak sikit je takut berat, dah guna plug dekat luar takut plug yang ada masalah tapi hasilnya? Sama sahaja. Nampaknya tidak banyak membantu atau lebih tepat lagi tidak membantu langsung. Kang aku trade in kang sia-sia je jadi laptop. Huh!
Ke kau nak start perang dengan aku ni? Merajuk? Kita bukan baru kenal. Dah bertahun dah susah senang bersama-sama. Merantau entah mana-mana berdua tapi ini balasannya? Nak auto restart lagi? Try me!
Kalau trade in boleh dapat berape sen ek???
Thursday, 24 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehe..dh try format?
dah 2 kali ah en.jaz.. degil betol ni! huhu..
Post a Comment