Buat open house jadi sibuk betul. Tapi raya tahun ni orang tak seramai raya tahun lepas jadi boleh rehat sikit. Raya tahun lepas lagi ramai. Open house sampai pukul 5 pm je. Pukul 6 balik kampung abah. Penat owh sampai rumah dah malam. Lepak-lepak kejap borak-borak dengan sanak saudara yang jauh dan dekat lepastu tidur.
Hari Raya Ke-2:
Masih dikampung abah. Emak saudara dan jiran-jiran abah ramai buat open hause jadi pergi SEMUA rumah yang buat open hause start jalan dari pagi sampai petang. Semalam punya jadual duduk atas kereta je. Turun kereta-makan-salam-ambik duit raya-naik kereta-turun-makan-naik kereta lagi. Macam tu la. Juadah macam-macam ada. Aku makan hampir di SEMUA rumah yang pergi haha. Hopefully can gain more weight by next week yeah! Berusaha! Petang balik rumah hari Khamis ni mungkin balik lagi kampung abah sebab ada kenduri.
Dalam keluarga kami (keluarga En. Syed), makin tinggi belajar makin banyak dapat duit raya. Kalau degree tu beratus-ratus boleh dapat. Contoh kalau budak sekolah seorang bagi rm10 sahaja tapi kalau ambik degree atau diploma mungkin dapat rm 50 atau rm 100. Ok kalau nak duit raya banyak sila beraya dikampung abah! Ini norm bagi keluarga abah jadi adik aku dengki sungguh kakak dia dapat banyak duit raya haha aku cakap nanti kau dah besar boleh dapat banyak duit raya jugak. Aku memang sokong sistem macam ni sebab makin tinggi belajar makin banyak guna duit jadi apa salahnya bagi sedekah lebih sikit kan.
Hari Raya ke-3:
Hari ini lah. Pagi dah start baca Human Genetics sikit. Aku baru start chapter one tau! En.Syed macam pelik apahal anak aku rajin betul baca buku haha aku cakap ada exam la lagi banyak betul kerja nak kena buat. Truth be told aku TAK baca buku dan TAK buat satu pun homework sebelum raya haritu. Padan muka sekarang dah banyak betul kerja kena buat. Kejap lagi kena pergi rumah sedara nak kawin lepastu ada nak buat birthday party la. Esok lusa pun ada lagi haih.
-Aktiviti raya beraya tamat-
-Aktiviti buat homework start-
-Aktiviti buat homework start-
- Buat proposal nak pergi rumah anak yatim atau rumah orang tua (kena hantar masa kelas 29/9 -malam) - Leadership punya homework. Kena buat complete ada surat-surat semua tau. INI HOMEWORK SAHAJA! Bukan betul-betul. Haih seumur hidup tak pernah buat proposal macam ni mana pandai nak buat. Contoh pun aku tak ada. Kalau paper work untuk buat bangunan ke buat dewan ke buat klinik ke mintak pinjaman bank ke aku pandai ah.
- Siapkan report Physio (hantar 28/9)
- Baca Human Genetics - Exam (3/10)
- Cari bahan untuk presentation Human Genetics - Lupa bila next discussion.
- Cari bahan untuk presentation UNGS - Lupa bila next discussion.
Ok aku lupa bawak balik my diary jadi tak tau bila kena submit! Cheh muda-muda lagi dah lupa. Nasib baik aku ada backup, reminder dekat phone kalau tak lupa semua benda yang kena buat.