Macam biasa bila semester baru bermula banyak drama yang akan berlaku. Rindu-rindu tak payah nak cerita la kira dengan jari kaki pun memang tak cukup. Semua dalam mood yang nak balik rumah haha so bad same thing happen to me too. Saya sangat rindukan rumah dan rasa nak balik (as if Im the only one who missing my mom).
Bersyukurlah kamu kalau kamu boleh balik rumah hujung minggu ini (dengki sebenarnya). Saya pun nak balik kalau ada kesempatan tapi malangnya tak ada. Selama tiga bulan berada dalam zon selesa, cakap je apa nak semua dapat, tak payah susah-susah keluar pegi beli sendiri even topup pun kadang-kadang emak yang tolong belikan.
Semua orang sayang emak mereka saya tahu itu dan saya pun sayang emak saya. Dah la beliau biasanya tak bagi saya buat kerja-kerja rumah dan suruh duduk diam-diam je. Tak pun dia suruh saya pergi jalan-jalan atau paksa main futsal tapi saya lagi rela duduk rumah je daripada pergi mana-mana.
Emak memang seseorang yang sangat bagus,memahami,baik hati (sebab emak saya best maka saya andaikan emak kamu juga bagus) maka bersyukurlah kamu yang masih mempunyai emak kerana mereka sangat penyayang kan?
Sebenarnya nak cerita pasal ke-best-an emak saya sila jangan dengki ok. Banyak sangat nak cerita jadi sampai tak tahu mana nak mula. Emak saya sangat best (haha dah berapa kali ulang ni?) dan saya tak akan bagi mak saya dekat orang lain ingat tu betul-betul. Never tau. Emak saya jenis yang tak suka anak-anak buat kerja (agaknya la) sebab dia selalu marah kalau saya basuh pinggan.
Saya pun pelik sebab basuh pinggan pun sampai boleh nak gaduh (gaduh-gaduh sayang). Kalau pagi biasanya emak pergi siram bunga dulu baru kemas-kemas bahagian dapur dan kalau kebetulan saya rajin saya akan kemas dulu dan kalau emak masuk dia akan marah sebab saya basuh pinggan dan dia suruh saya tinggal untuk dia basuh (pelik kan?).
Lagi ke-best-an emak bila dia dengan rela hati nak bayar bil internet saya. Masa mula-mula beli saya tak cakap pun suruh emak bayar tapi dia berkeras nak bayar walaupun saya dah cakap nak bayar separuh-separuh. Alahai emak.
Dia dah mula risau takut saya tak cukup duit nak bali-beli barang dekat sini macam la saya tak boleh mintak kalau duit dah habis. Dia selalu kata kalau saya duduk rumah tak apa lah dia boleh tanggung tapi dia sangat risau saya dekat sini (haha sebab saya suka habiskan duit). Tapi sampai bila emak nak tanggung saya kan?
Saya dekat rumah cuma tolong tengok-tengokkan Zaim je takut-takut dia naik tangga itu pun saya tak pernah mandikan dan pakaikan pampers dia semua emak atau abah yang buat. Haha so bad girl am I? Emak biasanya jarang suruh saya sidai kain atau potong bawang (bila saya nak pandai masak kalau macam ni?) Kalau dia rasa dah tak sempat atau dia ada kerja lain baru dia minta tolong saya buatkan.
Kalau dia ada perjumpaan (biasanya seminggu sekali hari Selasa pukul 9am) dia akan masak siap-siap dan abah akan jaga Zaim. Saya cuma tolong sikit-sikit je. Emak saya memang macam tu. Kalau cakap nak kerja masa cuti biasanya dia akan buat tak tahu je sedangkan saya dah beritahu bahawa pengalaman kerja sangat penting kalau nak minta kerja nanti tapi emak lebih rela tengok saya goyang kaki kat rumah daripada penat pergi kerja.
Masa mula-mula ni emak biasanya akan rindu saya sikir-sikit je kadang-kadang call macam biasa haha emak memang akan call kalau dua hari saya tak call dia risau kot. Kalau dah lama saya tak balik dia akan mula hantar messages rindu-rindu biasanya kalau dia hantar message dia memang rindu saya la tu.
Huhu emak saya sentimental sikit dan baik hati orangnya macam saya. Dia paling risau kalau saya hantar message suruh topup dia memang akan topup asap padahal saya bukan nak guna sangat pun. Lagi seronok masa beli barang dia memang tak nak guna duit saya dan dia seboleh-bolehnya guna duit dia. Kalau macam ni bila agaknya saya nak berdikari?
Masa saya duduk asrama dulu lagi drama queen. Rumah saya dengan sekolah Cuma 15 minit tapi gatal nak duduk asrama jugak tapi tiap-tiap minggu balik walaupun peraturan kena balik dua minggu sekali tapi sebab budak comel dan manja nak balik cikgu biasanya akan bagi je. Kesian En.Syed kena pergi ambik dan hantar tiap-tiap minggu.
Hari Selasa adalah hari terpenting sebab saya akan hantar surat dekat emak guna bonda anakanda segala padahal 5 hari je tak jumapa haha so dramatic tau. Esoknya emak akan balas “Dear anakanda yang jauh dimata” padahal kalau jalan kaki pun sampai rumah.
Emak bisanya akan pesan suruh saya jangan tinggal sembahyang tapi tak pernah suruh saya jangan tinggal belajar. Emak memang jenis yang tak kisah pasal keputusan peperiksaan saya sebab biasanya abah yang akan in charge bahagian ni.
Cuma satu ni je yang emak pesan itu pun sekali je masa saya dekat matrik tapi saya akan ingat sampai bila-bila. Emak pesan kalau tak habis belajar lagi tak boleh kawin, dan kalau gatal-gatal allowence bulanan akan dipotong dan setakat ni emak tak pernah lagi potong allowence saya haha.
Emak saya memang bagus dan sayang anak-anak dia semua. Jadi saya sangat sayangkan emak saya. Kalau sesetengah orang yang cetek akal lari dari rumah sebab emak tak bagi kahwin dengan teman lelaki yang konon-kononnya cinta mati la segala bagai saya memang menyampah. Apa yang lebih penting daripada keberkatan emak?
Tak ada yang lebih penting dari emak setuju dengan apa yang saya buat. Ingatlah emak biasanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia. Mungkin ada yang tak kena dimata dia sebab tu dia marah kamu. Jangan asyik nak salahkan emak je semua benda sebab mereka dah buat yang terbaik untuk kita. Mungkin hidup kita serba kekurangan tapi emak biasanya akan membuat kita bahagia tak kira apa pun yang berlaku.
Emak adalah segala galanya bagi saya. Kalau suatu hari nanti emak tak bagi kahwin saya memang tak akan kawin. Apa gunanya kawin tapi emak tak setuju? Apa gunanya kawin kalau saya jauh dari emak? Apa gunanya saya kahwin kalau emak masih risaukan keadaan saya? Apa guna saya kawin kalau emak tak gembira?
Kebahagiaan emak adalah kebahagiaan saya. Saya akan bahagia kalau saya tengok emak senyum. Kesedihan emak adalah kesedihan saya. Itu saya pasti. Tapi setakat ini emak memang boleh terima jadi terima kasih emak.
Saya sangat rapat dengan emak mungkin sebab emak tak kerja jadi hari-hari saya mesti tengok dan borak-borak dengan emak. Emak dah macam best friend saya tempat nak luah perasaan nak cerita-cerita semua. Emak saya pulak jenis yang easy going dan memahami dia memang citarasa sama dengan saya dan adik-adik. Saya tak boleh bayangkan kalau tiba-tiba emak pergi tinggalkan saya. Apa akan jadi nanti? *sigh*
Sebelum saya tidur biasanya saya akan ucap selamat malam dekat emak tak kira la masa tu emak ada dekat mana. Saya memang tak perasan benda ni sebab dah biasa buat kadang-kadang kita lupa. Ada satu hari saya lupa nak ucap selamat malam dekat emak lepastu emak pergi cari saya dekat bilik dan tanya dah tidur ke saya cakap dah dan tanya kenapa lepastu emak cakap saya tak ucap selamat malam lagi. Saya memang tak perasan benda ni tapi emak alert.
Dah nampak kan betapa banyak emak sayang saya. Jadi tolong la hargai emak kamu kalau emak kamu masih hidup. Saya sangat kagum dengan emak sebab walaupun mungkin emak juga ada banyak masalah tapi dia sentiasa akan buat saya gembira. Kadang-kadang dia cerita jugak dekat saya dan adik. Emak memang baik dan saya sayang emak.
Emak kata kalau anak-anak semua dah besar dia nak duduk Kl saya pun tak faham kenapa emak nak pindah Kl. Mungkin emak teringat zaman muda-muda dia dulu masa dia mula-mula couple dengan abah haha ini cerita kelakar siap ambil-ambil gambar semua masa pergi dating. Emak saya duduk Kl dulu sampai dia kawin dengan abah saya dan pindah-pindah. Emak kata dia nak duduk dengan Amir (abang saya sebab sekarang dia duduk Kl) atau dengan saya nanti saya dah kerja (maksudnya dia nak saya kerja di Kl kah?).
Saya tak kisah langsung kalau emak dengan abah nak duduk dengan saya kalau saya dah kerja nanti. Alangkah bagusnya hari-hari saya kalau saya dapat tengok wajah emak sebelum pergi kerja. Alangkah bagusnya kalau saya boleh bagi duit saya sendiri dekat emak. Lagi bagus bila saya boleh bawa emak pergi jalan-jalan dan dia boleh beli apa sahaja barang yang dia nak dengan duit saya. Hari-hari jadi indah. Bangun pagi boleh tengok wajah emak, malam pun sama. Apa lagi yang saya nak?
p/s: sekejap guna saya sekejap guna aku. haha ikut mood la sebenarnya..
Saturday, 18 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment