Pages

Monday, 27 July 2009

2nd year biomedic family day in action!!!

Amaran: Note ini mungkin akan guna banyak perkataan bagus huhu.

Semalam kami budak-budak (err..budak-budak ke?) tahun dua ada program family day. Satu hari sahaja tapi ke-best-an tu macam satu minggu program. Sangat bagus. Rasanya tak ada kata-kata yang sesuai untuk menerangkan betapa bagusnya program itu. Best, awesome, great, funny, happy..ah semua benda yang bagus-bagus sahaja ok. Committee semua macam poyo je tak macam committee sangat pun macam member-member je.


Pagi:
Mula-mula makan nasi lemak dulu, lepastu senaman sikit untuk sisters, bila brothers sampai kami buat poco-poco. Yes people poco-poco! Haha tak pernah pun menari poco-poco untuk 21 tahun tapi memang seronok ah.


Lepastu ada ice-breaking. Walaupun start lambat sikit tapi memandangkan cuaca tak panas pagi semalam jadi tak kisah sangat. Kami tak kisah pun walaupun kena duduk atas rumput basah tu tau. Group pulak kena tukar-tukar je. Tapi memang pembahagian group yang sangat bagus sebab contohnya aktiviti pertama kamu akan group dengan orang lain, tapi next aktiviti kamu akan jumpa orang lain pulak. Jadi kamu akan berpeluang kenal lebih ramai orang dalam satu masa. Bagus kan?


Pukul 12 lebih:
Makan, solat dan rehat kejap. Makanan memang sedap-sedap semua timing pun bagus. Sesekali makan bawah pokok macam bagus gile. Ada je yang tak cukup nasi masa lunch semalam tau (haha ehem ehem) sebab sangat seronok makan ramai-ramai macam tu. Rasanya macam semua orang ikut peraturan yang ditetapkan nampak tak budak-budak second year memang bagus semua haha.


Pukul 2 lebih: Jungle Trekking
Fasa 1: Lumpur

Ini yang paling best dan mencabar. Thumbs up i tell ya. Walaupun saya tak join aktiviti ini sebab saya alahan dengan pacat lintah semua jadi saya join committee ambik gambar je. Guess what walaupun saya ambik side way je tapi lumpur tu sampai lutut tau jalan pun susah gak kena pegang-pegang pokok semua sampai tangan kena duri. Yang join lagi lah lumpur sampai pinggang ada yang dalam sikit sampai dada. Semua habis kena lumpur tapi sebab committee dah bagi amaran awal-awal lagi suruh pakai baju,seluar dan tudung pakai warna gelap jadi still ok la. Jalan semua lumpur je ada yang tertinggal kasut dalam lumpur lepastu cari-cari kasut dalam lumpur yang sampai pinggang haha. Rasanya kalau saya join saya buat-buat kasut lekat dalam lumpur sebab macam seronok je main hide and seek dengan kasut kat dalam lumpur. Mana lagi nak cari pengalaman macam ni? Lepastu masa jalan-jalan (masih lagi dalam lumpur) ada banyak halangan. Ada spider web (ye ke, apekebendatu nama dia?), ada kena jalan atas kayu balak kecik je sambil pegang tali, ada yang pegang tali macam tarzan kalau tak lepas masuk dalam air. Saya dah pernah buat semua ni tapi saya tak buat dalam lumpur beb LUMPUR!


Fasa 2: Sungai kecik
Mula-mula masuk dalam sungai kecik lepastu diorang sapu lumpur dekat muka macam buat facial dekat spa tu. Kalau basuh nanti kena sapu lagi jadi biarkan je sebab semua orang macam tu. Lepastu jalan-jalan sikit kena naik guna tali tapi ada kayu. Ini yang paling paling paling susah (mereka bagitau sebab saya tak join pun tengok je). Masa pun lama sikit habiskan dekat sini sebab nak naik tu sangat susah dan kena naik sorang-sorang. Lepatu ada LINTAH tau wawawa geli gila tapi rasanya tak ada yang kena gigit dengan lintah sebab lintah nak pegi tengok-tengok budak UIA je kot, kalau pacat rasanya ramai yang kena gigit. Lepastu ada crawling yang ni simple je rasanya tiap-tipa tahun buat masa sekolah dulu.


Pukul 4 lebih: Water Confident
Ini memang sangat-sangat excited tau sebab saya join jugak, yay yay!!! Saya suka berenang of course jadi saya tak akan lepaskan peluang ini haha. Tapi biasanya berenang tak pakai jaket keselamatan tu (apa nama dia BA?). Dah lupa tahun bila last berenang. Mula-mula abang tu ajar cara-cara nak guna BA tu dan cara-cara nak berenang sikit. Ini bukan berenang macam dekat swimming pool kat five star hotel yang pakai bikini tu bukan. Abang tu kata dalam dia 12 feet tak tau la kalau dia tipu. Tapi kat tepi memang cetek lepas jalan dalam 7 langkah dah tak rasa tanah dah. Memang betul la kot abang tu cakap. Sebab saya pandai berenang jadi tak ada masalah tapi ada yang tak tahu berenang pun memang tak ada hal sebab tak tenggelam pun. Haha tapi kemungkinan untuk tertelan air sangat tinggi kalau tak tahu berenang. Tapi pengalaman tu penting kan mana nak cari. Dalam 45 minit lepak-lepak dalam air. Penat berenang baru sampai tengah kalau tengok dari tebing kat atas nampak macam tak besar sangat tapi bila berenang rasa macam jauh je. Rasanya kecik sikit daripada tasik kat depan tu haha (bila ek tasik tu nak bukak untuk orang ramai berenang-renang? Gosh bagusnya kalau diorang buat macam tu!)


Pukul 6 lebih:
Tamat. Semua aktiviti habis lepastu balik. Overall semua perfect! Transport, makanan, timing, committees, all activities semua bagus. Kerjasama memang sangat-sangat penting tapi bila masa macam ni dah tak hairan siapa-siapa pun semua main tolong je. Semua orang pun tegur even tak tau nama. Kadang-kadang macam kelakar dah borak berjam-jam tapi baru nak tanya nama sapa. Lagi kelakar bila ada orang tanya nama sapa saya cakap Zue, lepastu diorang kata "bukan kakak ke?". Haha poyo je and yeah walaupun sebelum ni tak pernah bertegur sapa tapi kamu,mereka dan saya sebenarnya tahu nama masing-masing tapi tak pernak borak-borak je. Masa macam ni lah boleh kenal satu sama lain. Ada orang kata macam ni "aku ingat sebelum ni dia sombong tau tapi sejak tadi aku tahu dia sebenarnya baik je" (haha *ehem ehem*) ingat balik sape cakap macam ni.


Walaupun abang yang in charge jungle trekking tu garang semacam dan ramai dah sumpah seranah beliau dalam hati (ke saya je?) tapi bila dah habis sebenarnya macam tak kesah pun. Masa tu memang la tension sikit dah la halangan susah-susah abang tu pulak suruh cepat-cepat jalan. Sebenarnya trainer semua macam tu pegi la dekat mana-mana pun trainer semua garang nak mati tapi mereka sebenanrnya baik hati kan? Thats norm. Macam tu lagi mencabar tau kalau korang buat dengan lemah lembut jalan macam pergi pasar memang tak mencabar ini kena berlari semua baru ada cabaran.


Cuba pergi tanya siapa yang join family day semalam dan dia cakap tak best, tak seronok, tak ada cabaran, tak ada feel? Belief me that you cant find any! Walaupun sangat penat, sakit kaki tangan semua tapi kita enjoy. Walaupun sebelum ni ada yang tak pernah buat aktiviti macam ni tapi rasanya kalau ada lagi mereka akan join (so am I). Thanks to all committees second year boimed yang telah bersusah-payah dan bersengkang mata siapkan paper work dan uruskan semua ni dalam masa seminggu! Yeah all of you are great definitely. Rasa-rasanya objectif korang untuk buat aktiviti ini tercapa dengan jayanya betul tak?


Yang cedera pun tak ada la teruk sangat setakat jatuh, cramp, luka-luka kecil tu biasa la. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan semua peserta boleh balik dengan selamat tak ada yang masuk hospital sebab alahan ke apa ke (haha saya ke?). Owh credit to supervisor jugak yang datang tengok-tengokkan kitorang semalam. Supervisor high class tau import lagi haha.
 

Blog Template by YummyLolly.com