Reaching For The Star With Prof. Izzi Haji Ali
Talk 1: Nothing impossible with the willing heart.
Talk 2: Towards ultimate triumph.
Prof. Izzi : Ambil kertas kosong macam ni (sambil menunjukkan sekeping kertas A4). Tulis besar-besar apa yang saya cakap.
1: PEAK PERFORMER
2: HIGH ACHIEVER
Semua orang tulis besar-besar. Jap lagi saya check. Semua start menulis. Lepas 2 beliau g check.
Prof. Izzi: Ni apehal tulis kecik je ni? Badan besar tapi tulis kecik je. Haa..yang ni plak badan kecik tapi dia tulis besar-besar. Tulisan harus berkadar terus dengan badan. Erk..? Seisi dewan ketawa.
Prof Izzi: Kamu tahu tak kenapa orang kat Terengganu cakap ada "G" kat belakang? Contoh: Makang ikang dalam pinggang kt tepi longkang. Semua ni sebab salah orang Kedah. Cuba tanya orang kedah mereka sebut 'Kambing' macam mana? (Sila tanya member-member dari Kedah). Mereka sebut 'G' dekat hujung 2 tak bunyi sangat. Oleh itu 'G' yang dekat hujung tu pergi ke Terengganu. Lagi satu, cuba kamu dengar orang Kedah cakap "Hang dah makan ke?". Bukankah sepatutnya "Hang" 2 digunakan oleh orang Melaka sebab mereka ada "Hang Tuah dan Hang jebat." Semuanya salah orang kedah.. Huhu..
(Aku memang ingat la part ni sebab romate aku ada Kedah dan Melaka)
Prof. Izzi: Ni gambar masa sekolah-sekolah dulu. (Sambil menunjukkan gambar beliau kat slide). Ini gambar masa pertandingan badminton. Cuba teka saya yang mana? Yes..dua dari kanan. Cuba kamu tengok yang kat tepi saya ni yang rendah sikit. Sape dia? Yes..Halim Othman. Bila kami semua senyap beliau berkata "Kagum nampak" Hehe..
Apa itu pelajar perkasa:
1) Akademik
2) Akhlak
3) Agama
Kekuatan rohani:
1) Integriti/ Kejujuran
2) Energy/ Semangat
3) Inspirasi/ Idea/ Semangat
4) Wisdom/ Bijaksana
5) Keberanian dalam membuat keputusan
Dan banyak lagi benda yang best-best masa ceramah 2. Ini hanya cket je. Banyak fakta2 yang kita tak tahu yang beliau tunjukkan. Jadi, lain kali kalau nak merasai sendiri perasaan "best" 2, kalau ada ceramah.. Pergi..jangan tak pergi. Korban kan sikit masa kita yang sangat berharga tu. Hidup bukan sekadar studi, g kelas, lepak, dengar lagu. It's beyond that. Kadang-kadang rohani 2 kita kena isi juga, bukan sekadar makan je untuk mengisi keperluan fizikal kita.
Jadi "Renung-renungkan dan selamat beramal" Hehe..
An Accident
Sejam perjalanan.. nampak orang ramai2. Apehal ni? Rupanya ada kemalangan kt lorong sebelah. Lori dengan motosikal.. Motosikal 2 masuk bawak lori betul2 kt tengah2 tayar depan. Kerosakan memang xleh nk kata ape. 100%. Tp mn drivernya? Bas jalan dlm 5 minit baru nampak mangsa. Polis tutup ngan kain, tp x tutup penuh. Still bleh nampak lg, dengan darah2 semua. Tapi mangsa memang berada agak jauh dari lori dan motosikalnya. Mungkin lepas berlanggar, lori yang bawa muatan berat 2 xleh berhenti serta merta. Jadi lori 2 seret motosikal 2, atau motosikal dengan tuan dia sekali.. Aku terkejut. Sebab perjalanan aku jauh lagi. Macam2 aku fikir.. Mungkin 5 minit lalu dia masih bernafas, sekarang dah meninggal. Mungkin baru 5 minit lalu dia jumpa family dia.. In 5 minutes everything can happen.
Al-Fatihah to whoever he is..
Aku cll mak..
" Mak, ada accident.. Orng 2 mati. Kakak takut.."
"Xpe2 jangan risau..xde ape. Mak Doakan kakak sampai dgn selamat. Abah dari tdi dah ready nk g ambik kak kt stesen bas. Kak nk mkn ape tengah hari ni?" (Ini soalan feveret aku ni)
Lepas dua jam perjalanan ada ambulan lalu.. Erk? X kan baru nk g ambil orang tdi? X kot..mungkin kes lain..
Pukul 130pm lebih aku sampai. My daddy xde lgi. Aku cll dia x jwb. Ish..mana abah ni.. Sbb abah aku x pernah lewat dlm ape2 hal pn melainkan ada kes2 tertentu. Then aku cll mak.
"Mak abah mana? Nape xde lg ni..?"
"Abah pukul 1230pm lg da kuar..g ambil kak. Mana plak abah kamu ni?" Aku risau..mak aku lg risau.
Then dkt pkul 2pm abah aku cll..
"Da smpai ke? Abah g solat tdi.." Patut la..
Masuk je keta dia cll mak aku..
"Da ambik kakak ni, tdi g solat jap, jangan risau da ambil kakak dah, nk cakap ngan kakak ke?"
Aku cakap.. "Kite ckp kt umah je lah mak. Bleh cakap bnyk2" Hehe..
Lepas 2 aku sampai dengan selamat nya.. Alhamdulillah..
SEBIJI EPAL
Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di puncak.
Sejak seminggu lalu, epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin dan mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihatku pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manis rasaku. Tetapi kenapa aku masih tidak dipetik orang?
Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan kenapa manusia memilih rakan-rakan nya yang berada di bawah
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek tetap menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang? Apa kurang nya dia?
Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipetik manusia. Warnaku yang merah berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia yang bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tidak ada seorang pun yang datang mengambilnya. Buah-buah yang tergantung dan mudah dicapai tangan itu juga yang menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga yang mrnjadi buruan. Rasa gembira menjadi risau. Dari risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu, kasihan.. Akhirnya epal itu busuk di atas tanah menjudi habuan ulat dan serangga perosak.