Hari ini Professor Madya Izzudin Haji Ali aka Prof. Izzi datng bagi ceramah kat sini. Prgramme start pukul 800 am. Dalam 845am Prof. Izzi sampai.
Talk 1: Nothing impossible with the willing heart.
Talk 2: Towards ultimate triumph.
Prof. Izzi : Ambil kertas kosong macam ni (sambil menunjukkan sekeping kertas A4). Tulis besar-besar apa yang saya cakap.
1: PEAK PERFORMER
2: HIGH ACHIEVER
Semua orang tulis besar-besar. Jap lagi saya check. Semua start menulis. Lepas 2 beliau g check.
Prof. Izzi: Ni apehal tulis kecik je ni? Badan besar tapi tulis kecik je. Haa..yang ni plak badan kecik tapi dia tulis besar-besar. Tulisan harus berkadar terus dengan badan. Erk..? Seisi dewan ketawa.
Prof Izzi: Kamu tahu tak kenapa orang kat Terengganu cakap ada "G" kat belakang? Contoh: Makang ikang dalam pinggang kt tepi longkang. Semua ni sebab salah orang Kedah. Cuba tanya orang kedah mereka sebut 'Kambing' macam mana? (Sila tanya member-member dari Kedah). Mereka sebut 'G' dekat hujung 2 tak bunyi sangat. Oleh itu 'G' yang dekat hujung tu pergi ke Terengganu. Lagi satu, cuba kamu dengar orang Kedah cakap "Hang dah makan ke?". Bukankah sepatutnya "Hang" 2 digunakan oleh orang Melaka sebab mereka ada "Hang Tuah dan Hang jebat." Semuanya salah orang kedah.. Huhu..
(Aku memang ingat la part ni sebab romate aku ada Kedah dan Melaka)
Prof. Izzi: Ni gambar masa sekolah-sekolah dulu. (Sambil menunjukkan gambar beliau kat slide). Ini gambar masa pertandingan badminton. Cuba teka saya yang mana? Yes..dua dari kanan. Cuba kamu tengok yang kat tepi saya ni yang rendah sikit. Sape dia? Yes..Halim Othman. Bila kami semua senyap beliau berkata "Kagum nampak" Hehe..
Apa itu pelajar perkasa:
1) Akademik
2) Akhlak
3) Agama
Kekuatan rohani:
1) Integriti/ Kejujuran
2) Energy/ Semangat
3) Inspirasi/ Idea/ Semangat
4) Wisdom/ Bijaksana
5) Keberanian dalam membuat keputusan
Dan banyak lagi benda yang best-best masa ceramah 2. Ini hanya cket je. Banyak fakta2 yang kita tak tahu yang beliau tunjukkan. Jadi, lain kali kalau nak merasai sendiri perasaan "best" 2, kalau ada ceramah.. Pergi..jangan tak pergi. Korban kan sikit masa kita yang sangat berharga tu. Hidup bukan sekadar studi, g kelas, lepak, dengar lagu. It's beyond that. Kadang-kadang rohani 2 kita kena isi juga, bukan sekadar makan je untuk mengisi keperluan fizikal kita.
Jadi "Renung-renungkan dan selamat beramal" Hehe..
Saturday, 31 January 2009