Pages

Thursday, 26 January 2012

Menenek.

Kalau nenek kau suka ambik tahu hal semua benda, dan nenek kau ada cucu 6 orang je, 2 perempuan, dan kau perempuan, dan 'macam cucu kesayangan', then you are dead. Untuk sesiapa yang tak tahu, nenek aku adalah sangat concern, sangat ambik berat, sangat segalanya. Dari apa yang aku suka makan sampailah ke pakwe aku siapa pun semua dia tahu dan suka ambik tahu. Maka setiap kebajikan aku semua nenek ambik tahu. Jadi sempena cuti seminggu ni terdapat 3 perkara yang didebatkan dengan nenek.



1. Braces. YEEEEEE! Nenek aku suruh pakai braces. Dia kata gigi aku tak lawa maka dia suruh aku pakai braces. Ini dah kali ke seratus nenek suruh aku pakai braces. Lepastu aku cakap macam ni pun dah comel, dah ramai orang nak buat menantu. Lepastu aku cakap kalau pakai braces atau pun pergi betulkan gigi nanti lagi comel kang lagi ramai orang berkenan nanti tak larat nak layan. Selepas beberapa hujah maka aku menang, nenek terpaksa terima alasan aku yang tak berapa munasabah tu agaknya. Maka takyah pakai braces. VICTORY!


2. Belajar memandu. Akan disapot sepenuhnya oleh nenek. Walaupun setelah dibagitahu nanti kahwin ada driver, pun nenek still suruh belajar memandu juga. Nenek kata sama ada sem depan ambik kat Kuantan ataupun lepas bulan 6 ambik kat rumah. Yang ini nenek menang. Maka mari belajar memandu. Siaplah nenek nanti aku ada lesen aku nak mintak kereta seketul. Siapa suruh orang ambik lesen.


3. JANGAN MINTAK KERJA DI SABAH ATAU SARAWAK ATAU SINGAPURA ATAU LABUAN ATAU LUAR NEGARA! DUDUK DEKAT-DEKAT NENEK JEWWW OK! Aku: Ye nenek T.T





True story. #laga-laga gelas macam 9gag

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com