Hah! Hah! Yang menjadi kesayangan sekarang ini lah bendanya. Bukan bermaksud 4 yang lain tak sayang, semua sayang. Beli 1 dapat 2. Bukan dua henset. Kalau beli cover belakang hitam, akan dapat juga percuma cover putih satu maka kalau nak bergaya dengan yang putih??? Pun boleh. Ahak. Kalau beli, tapi cari-cari dalam kotak tak ada cover putih tu, sila pergi lempang apek kat kedai mintak yang lain. Sebab memang sah, tidak dapat tidak memang dia bagi.
Warranty: Masa aku beli aku dapat warranty Samsung. Kalau henset lain sila tanya sama ada warranty tu ORI atau AP! Sila jangan tertipu ye tentuan dan pempuan. Kalau dia kata AP, sepatutnya harga lagi murah dalam Rm 100 lebih atau Rm 200 lebih dari warranty ORI. Kalau warranty AP tapi harga mahal jugak sila beli di tempat lain.
Membeli henset sebenarnya bergantung kepada apa yang kau nak ada kat henset tu. Tepuk dada-tanya hati. Nak ikut keperluan ke? Kehendak ke? Macam contohnya aku, contoh diri sendiri tak boleh belah, aku nak henset baru aku ada 3G, dapat wifi, kamera bagus, dapat support beberapa applications, dapat main angry bird, dan yang penting dapat buka multiple applications. Sebab aku selalu bengang dengan sony aku tak dapat support multiple applications maka bertekad nak beli henset yang boleh buat! Dan tak semua henset provide ini ye penting diteliti semua aspek.
Selain dari size yang besar sikit untuk orang sekecik aku, semua bagus. Cuma battery cepat low kalau main internet selalu. Kalau nak battery tahan lama, beli henset lain, atau beli notebook. Haha. Applications boleh download kat android market, ada banyak boleh download apa nak type je, banyak je yang free! Aku download sikit je, yang penting-penting sahaja sebab tak nak load dengan benda tak berguna. Bayangkan diri sendiri kena buat banyak kerja, tak ke rimas. Maka henset pun begitu jua.
p/s: beli henset je pun dah macam nak pilih bakal hubby. Aku bukan nak cari perfectionist, cukuplah kalau benda/dia melengkapkan hidup aku, dapat gembirakan aku. Tak gitu? Erk.
0 comments:
Post a Comment