Pages

Thursday, 4 August 2011

Sunway Lagoon

Adalah lagoon yang berada di Sunway. Entrance kecik je kat atas tu biasa-biasa je, bila dah sampai bawah ambik kau! Rasa tak nak balik. Bulan lepas saya pergi merayap-rayap di sini. Fees adalah Rm60 seorang dewasa berwarganegara Malaysia untuk 3 parks, kalau bukan warganegara kena RM80, deposit RM10, sebab pergi berdewasa-dewasa maka kena bayar Rm 140, dan dua-dua ada IC. Dah keluar dapat balik Rm10 jangan risau. Bila dah keluar tak boleh masuk balik dah. Masa tidak terhad, maka sila mandi dan main air sampai lebam. Lain kali kalau nak pergi kena pergi pagi-pagi pukul 10am dia buka terus masuk baru puas dan tak kena beratur pepanjang kalau nak main certain game.



Saya pergi dalam pukul 11 macam tu sebab jakun tak tahu nak simpan beg mana itu ini maka lambat juga lah masuk. Nak masuk dia akan cek bag tak boleh bawak makanan semua macam biasa lah. Dah masuk jakun lagi berkali-kali sebab luas jugak tempatnya, nak main game itu game ini pun tercari-cari kat mana. Masa pergi main game gelongsor air tu mula-mula tak ramai sangat beratur. Bila dah main benda lain, nak main lagi sekali ya amat ko panjang bebenor! Last-last kita tak jadi main benda tu lagik, pi main benda lain.



Kalau ada anak kecik ke anak besar ke adalah sangat sesuai bawak kesini. Pasti pulang dengan senyum riang gembira. Ibubapa gembira, anak-anak gembira, keluarga bahagia. Bukan main air je, kat Wild Park ada banyak hewan-hewan yang boleh ditengok. Semua pelik-pelik. Parrot pun ada, ini tak masuk kategori pelik lah tapi. Kesimpulan, bagi aku, memang berbaloi-baloi lah bayar RM60 masuk kat dalam tu.





Gambar dari atas

Gambar dari bawah


Extreme Park punya peta SAHAJA okayyy!
Ada peta yang ada semua park aku tengok sampai juling mata.


Bistro pun ada.

Sini best. Konon-konon main air hujan adalah romantik *lempang*


Surf Park. Ada masa-masa dia je dia buka.



Ambik gambar sikit je sebab teruja sangat sampai lupa nak kuorkan kamera. Pergi sini memang kena bersedia mental dan fizikal. Bukan apa, letih amat main air kot. Makanan mahal sikit lah kan ikut harga standard. Tapi nasi ayam kat dalam tu woh woh woh dap! Makan nasi ayam konon bagai ditepi pantai selepas penat lelah main air adalah dap! Makan jugak yang aku kisahkan akhirnya kan tsk tsk.



0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com