Aku pacal hina,
yang mencari kasih sayang di lautan tak bertepi.
Sesekali diamuk badai,
karam tak bernisan.
Aku sang pungguk,
yang rindukan secebis sinar bulan di malam tak berbintang.
Sedangkan engkau sang bulan itu, yang dikelilingi beribu bintang,
mana mungkin kita sehaluan.
Aku sang perantau,
yang bertatih merantau di kota usang tak berpenghujung.
Sedang engkau berlari mengejar sang pelangi,
mana mungkin langkah kita seiringan.
p/s: aku tahu ia tak sempurna, tajuk pun aku tak tahu nak tulis apa. Tapi kadang-kadang tiba-tiba sahaja muncul idea entah datang dari mana maka aku tulis je. Satu kelemahan bendalah ni adalah orang yang buat tu je sebenarnya faham setiap perkataan yang dia tulis.
0 comments:
Post a Comment