Pages

Sunday, 31 July 2011

Ramadhan tahun ini tanpa Kenet.

Mummy Kenet dan anak-anak: dalam kenangan T.T

We will miss you all. Always until forever T.T




Harini genap sehari Kenet pergi. Rasa macam baru je jaga dia masa dia sakit. Rasa baru semalam jaga anak-anak dia membesar. Pada minggu lepas semua ahli keluarga Kenet sakit, dah bagi ubat masih tak sihat. Lepas satu-satu anak Kenet yang gemuk, debab dan sihat tu mati. Lepastu Kenet pulak jatuh sakit. Mungkin sedih bila anak-anak dia mati. Kenet sayang sangat-sangat dekat anak-anak dia. Kalau Kenet sedih, saya lagi sedih, kami semua sedih. Kami sayang semua sekali.



Mula-mula dia demam. Pastu dia tak mahu makan sampai last-last kena paksa dia minum susu nak bagi dia tenaga sikit. Buka mulut dia, masukkan susu pakai picagari. Sampai satu tahap dia sampai muntah. Dia tak ada lah nampak macam sakit nak mati. TAK ADA. Dia boleh je pergi jalan-jalan, cuma tak lalu makan je. Dia pelik sangat sebelum dia mati. Dia buat benda yang tak pernah dia buat. Pagi semalam nak bawak pergi jumpa doctor, tapi klinik tutup. Petangnya, Kenet batuk kejap, muntah kejap, lepastu dia mati. DIA MATI!!! T.T Saya kata kat emak Kenet pengsan je ni, tapi tepuk-tepuk dia tak bangun alahai sedih tak boleh terima kenyataan T.T



Kenet kucing saya. Lahir awal tahun lepas, dia muda lagi. Sebab dia comel, gemuk, manja, adorable dan lain-lain tetiba saya terus letak nama Kenet. Tak tahu kenapa. Dan semua orang kat rumah ni pun panggil dia Kenet. Nanti dah tak ada siapa nak datang manja-manja mintak makanan malam-malam buta masa saya online sampai saya terpaksa pergi dapur cari whiskas. Nanti dah tak ada siapa nak datang mintak nak manja-manja masa nak tidur. Nanti dah tak ada siapa nak kejut malam-malam. Nanti dah tak ada anak-anak kucing sepah-sepahkan rumah. Yang penting dah tak ada siapa nak bangun sahur sama-sama T.T




May rest in peace tunggu saya disana *nangis*


 

Blog Template by YummyLolly.com