Pages

Saturday 21 May 2011

Aktiviti saya semasa berpraktikal di hospital.

Sebab asyik test darah dan urine orang lain je sungguh bosan, lepastu pergi test urine sendiri. Semalam pulak ambik darah buat Full Blood Count dan Biochem test. Ambik darah 5ml sahaja tapi aku macam nak mati letihnya. Mungkin sebab red blood cell aku low sikit jadi letih melebih-lebih pulak. Nasib baik hemoglobin dan platelet aku normal, kalau tak cuak jugak.



Letihnya sampai aku balik rumah terus tidur tak boleh nak bangun makan, walaupun lapar sangat. Itu tak kira lagi tulang kat tangan yang pelik menyebabkan masa ambik darah tu sakit sebab vein aku ada kat tepi. Macam-macamlah peliknya. Semalam tangan lebam, dia kata biasa esoknya akan lebam lagi kuat, tapi tangan aku yang pelik dah tak lebam pulak harini. Apa kena entah tangan aku ni.



Semalam jugak, aku test urine untuk Urine Pregnancy Test (UPT) kat akak tu, dah siap aku keluar pergi panggil dia. Test tu positive. Lepastu akak tu datang dengan suami dia, bila dapat kertas, dia baca pastu dia macam gembira betul. Aku yang teruja jugak ni masuk makmal cerita kat semua. Diorang kata aku pulak yang lebih-lebih teruja. Jarang nak nampak muka teruja macam akak semalam tu, selalu macam teruja sikit-sikit je, apa kelas. Aku kalau test UPT dapat positive eishhh rasa kang terlompat-lompat nanti gembira. Ye lah nak dapat baby kan, BABY wehhhhhh!





2 comments:

miko si maruku said...

satu department berapa minggu???
kdg2 jeles bila tgk org lain punya praktikal mcm saintifik gila.
jgn lompat2...xelok~ hehe

Anonymous said...

Zulikha yang malas nak login;

satu dept seminggu. tapi kalau bosan bantai g buat kerja kat dep lain..diorang xde hal sangat hahaha

tapi kte xde lah scientific sangat pun..sama je macam yg belajar cuma tambah2 info lain je. alah anda jumpa haiwan haa seronok gak



yelah yelah x lompat ehehe :P

 

Blog Template by YummyLolly.com