Pages

Thursday, 28 April 2011

Wanita muda. Lelaki Afrika. Inikah cinta sejati?

Khamis, 28 April 2011 (Berita Harian): "Seramai 10 orang warga Malaysia ditahan kastam New Zealand selepas didapati cuba menyeludup masuk dadah jenis methampetamine atau syabu seberat 10 kilogram bernilai Rm24 juta yang disorok dalam kasut mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, kelmarin." Oleh Wan Faizal.



Kita sebagai masyarakat yang prihatin, rakyat tempatan yang sedar diri, yang waras, tak terkesankah dengan berita-berita sebegini? Yang biasa kita dengar adalah wanita-wanita muda yang terperangkap dengan cinta sejati (konon) lelaki afrika lalu terpedaya dan menjadi 'keldai dadah' mereka. Membawa dadah bagi pihak orang lain mungkin kerana cinta sejati (konon) atau mungkin juga dikaburi dengan kemewahan dan ganjaran wang ringgit.



Kalaupun kerana cinta, kenapa yang lelaki tu tak pergi sama-sama? Kata hidup mati sama-sama jadi masuk lokap juga harus sama-sama. Disuruhnya wanita yang buta mata hati tak cerdik tu sorang sahaja yang pergi jadi dia seorang lah yang kena.



Statistik menunjukkan bahawa 1 per 10 (1/10) sahaja wanita-wanita yang ditangkap adalah ditipu. Yang lain sedar deme tu bawak dadah. Sedar tahu tak?! Dunia sudah terlalu majukah? Atau mentaliti rakyat yang semakin mundur?


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com