Pages

Wednesday 2 February 2011

Tips kecantikan

Memanggil semua wanita-wanita! Ladies, kita sebagai ciptaan yang terindah kita semua layak untuk merasa betapa indahnya kita, cantiknya kita, menawannya kita diciptakan sebagai wanita. Tidak kira lah bagaimana rupa paras kita sekalipun. Pandang diri sendiri sebagai lawa, kerana kita memang lawa. We are pretty, and cute, don't let other people say otherwise! Memandangkan kita semua gadis-gadis comel, menawan dan menarik maka kita harus menjaga kesihatan untuk mengekalkan kecomelan itu. Kalau kita tak sihat, macam mana kita nak menonjolkan kecomelan kita? Make sense.



Tips yang paling utama adalah kita menjaga kecomelan kita untuk diri sendiri. Jangan pernah comel untuk orang lain! (kecuali suami). Itu bukan comel namanya, itu buat-buat comel, dan itu perbuatan tak bagus. Kita wanita dan gadis, sebagai ciptaan terindah buat apa nak jaga kecomelan kita untuk orang lain. Jaga untuk diri sendiri. Kalau orang lain kata kita tak lawa, pedulikan! Laki-laki (no offense) yang baik, pengasih dan penyayang, tulus ikhlas dan jujur kadang-kadang tidak kisah bagaimana sekalipun rupa kita. Kalau dia tak mahu anda sebab anda tak lawa bagi pelempang sebijik lalu kata "macam kau hensem sangat!". Itu semua alasan sang buaya je jangan percaya.



Apa ada pada rupa? Ok jawab sendiri. Kalau laki-laki mencintai kita kerana paras rupa, ia tak akan berakhir selama-lamanya. Kalau muka kita lawa dan comel disertakan dengan budi pekerti yang baik, itu bonus! Bila kita tengok cermin kata "anak siapa lah comel ni' macam ada siapa entah buat *tak mengaku*. Bila kita kata kita comel, cakap itu satu doa, dan lama-lama comel lah kita. Betul tak? Juga kena yakin bahawa kita comel. Confidence. Kalau kita tak yakin kita lawa, macam mana kita nak yakinkan orang lain yang kita lawa? Make sense lagi.



Selain itu juga, cara untuk menjaga kecantikan (dan kesihatan juga) adalah menjaga pemakanan. You are what you eat. Ye makan! Aku memang kisah bab-bab makan-memakan ni, terutama bila balik rumah. Sebab bila balik rumah sahaja dapat makan yang cukup semua vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan dan yang penting, sedap.



Ok itu baru intro. Intro pun panjang meleret-leret apalah. Bagi peminat-peminat susu, tahniah! Susu kan selain bagus untuk kesihatan, susu juga mampu membuat kulit muka menawan. Jadi apa lagi lekas dapatkan susu segera! 900ml susu Dutch Lady yang full cream ataupun fresh boleh membuatkan kulit lawa dalam masa seminggu. Its true! Diuji keatas diri sendiri (tak tahu lah berkesan kat semua jantina atau tak). Ini juga mungkin disertakan dengan perubahan hormon, pemakanan yang sihat, jenis kulit dan juga berkurangnya stress. Maklumlah duduk rumah hati gembira. Tapi tak salah mencuba bukan? Tak payah nak susah-susah beli produk ratus-ratus, susu 900 ml baru rm 5 (kot?).



Susu mengandungi kalsium, fosforus, laktosa, protein, mineral dan pelbagai jenis vitamin. Susu juga dikatakan boleh menguatkan tulang, mengurangkan tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol, barah dan lain-lain lagi - source (aku translate). Milk is considered as NATURE'S MOST PERFECT FOOD because it contains all substances essential for human. Jadi apa lagi? Dengan kebaikan-kebaikan susu ini maka wajarlah kita mengamalkan minum susu dalam kehidupan seharian kita. Tapi berhati-hati, pH susu adalah dalam 6.4 - 6.8 membuatkan ia sedikit asid. Masa mula-mula minum bila lama tak minum mungkin akan membuatkan perut sedikit tidak selesa.





p/s: emak aku masak breakfast tergoda pula, dah malas nak tulis.

Bye!

4 comments:

Unknown said...

apela yg ko meraban pagi2 buta ni~ hahaha

btw, nice entry lor!
akan ku cuba susu lepas ini!
ngeh2~

Zulikha Syed said...

hahaha aku pun heran gak pagi2 dah merepek :p


aah try lah..selamat berjaya! hehe

miko si maruku said...

bila habis baca..
ooo..pasal susu rupanya,
susu jugak boleh membuatkn anda mnjadi tembam..hehe

Zulikha Syed said...

haha ye..terima kasih atas tambahan tips.

jadi kesimpulannya, minum susu juga haruslah tidak berlebih lebihan hihi

 

Blog Template by YummyLolly.com